Pindang Tapai Ubi Kayu
Hari ini saya ingin kongsikan resepi tradisional Kelantan iaitu Pindang Tapai Ubi Kayu. Tak pasti pulak, kalau di negeri lain juga ada kuih ini. Secara jujur saya sendiri tak pernah dengar, tak pernah makan pun kuih ni dulu dulu. Itu yang ingin mencubanya sendiri.
Sejak saya kembali bekerja seminggu yang lalu, saya memang tak berkesempatan untuk memasak. Apalagi hendak update blog. Sesampai sahaja di rumah, saya dah tertidur kepenatan di sofa.
Sejak saya kembali bekerja seminggu yang lalu, saya memang tak berkesempatan untuk memasak. Apalagi hendak update blog. Sesampai sahaja di rumah, saya dah tertidur kepenatan di sofa.
Sejak Nana pindah ke rumah sendiri seminggu yang lalu juga, dapur rumah saya belum berasap. Jadi hari ini, saya gagahkan diri untuk menyediakan kuih tradisi yang simple dan cepat disediakan.
Saya memasaknya di rumah Nana. Saya bawa semua bahan bahan yang diperlukan dari rumah. Kenapa saya memasak di sana kerana di sana ada lebih ramai orang. Jadi boleh makan sama sama. Kalau di rumah, alamaknya saya seorang sahajalah yang perlu menghabiskannya.
Saya belajar resepi ini dari kawan sekolah saya Mama Maznah. Tapi belum berkesempatan untuk mencuba. Ketika itu, saya hanya menyalin message dari WhatsApp group sahaja dan disimpan di dalam handphone.
Tapi bila saya melihat Insta Story Datin Ismatia, terus terliur bila terdengar yang kuih pindang tapai ini sangat sedap dimakan di bulan Ramadhan. Hmm, barulah tergerak hati untuk menyediakannya. Minta Hubby mencari tapai ubi kayu.

Sedap sangat kuih tradisional ini lebih lebih lagi bagi yang suka makan tapai ubi kayu. Rasanya lemak lemak manis. Kuahnya juga ala ala kuah serawa telur yang biasanya dimakan dengan pulut di SINI. Cuma serawa telur dimasukkan sedikit gula Melaka.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..
Pindang Tapai Ubi Kayu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 bekas kecil tapai ubi kayu - potong kecil
1/2 kotak santan kotak
Air secukupnya
1 biji telur
2 sudu besar gula - atau ikut manis yang disukai
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara cara:
Masak kesemua bahan kecuali tapai sambil dikacau sehingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan tapai dan kacau rata seketika.
Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
Macam serawa.. first time sha tengok kuih nie..
BalasPadam