Nasi Lemak Kukus Azie Kitchen Yang Sedap
Kalau dah dikongsikan resepi sambal nasi lemak di SINI, pasti tak lengkap jika tidak dikongsikan sekali resepi penyediaan nasi lemaknya. Serious nasi lemaknya sangat sedap. Cukup rasa lemak, cukup bau harumnya. Boleh buat berniaga ni. Nak tahu nasi lemak yang cukup lemak, boleh dilihat pada warna nasi lemaknya. Jika berwarna putih, dah umpama nasi putih sahaja.
Kali ini saya menyediakan nasi lemak kukus yang dihidangkan dengan lauk yang simple sahaja. Jika nasi lemak sudah sedap, sambal pulak sudah meletop, lauk biasa sahaja pun dah cukup membuatkan kita teringat ingatkan keenakannya.
Kalau tidak, tak kanlah nasi lemak bungkus yang dijual dalam bungkusan kecil dengan harga RM1.00 boleh laku. Hanya ada sambal dan sekeping kecil telur dadar jer. Jika bernasib baik, ada seketul ikan masin. Apa lagi jika dibungkus dengan daun pisang, memang lagi laris.

Nasi lemak yang lengkap pada saya, cukup dengan ada timun, telur dan ikan bilis goreng. Kira dah lengkaplah tu. Saya tak suka sangat kacang tanah goreng. Anak anak saya pun tak suka.
Itulah kesempurnaan sepinggan nasi lemak buat saya. Saya makan simple sahaja, asal sedap. Malahan saya lebih suka makan di gerai gerai pun, asalkan sedap dan bersih.
Itulah kesempurnaan sepinggan nasi lemak buat saya. Saya makan simple sahaja, asal sedap. Malahan saya lebih suka makan di gerai gerai pun, asalkan sedap dan bersih.
Jom layan resepi di bawah ini dan cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jangan lupa mencuba sendiri di rumah. Selamat mencuba...
Nasi Lemak Kukus Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 cawan beras Basmathi
1 biji kelapa parut - santan
1 sudu kecil garam kasar
4 helai daun salam
Cara cara:
Basuh bersih beras dan ditos. Masukkan santan secukupnya seperti mana sukatan air kita memasak nasi biasa.
Masukkan daun salam dan garam. Kacau rata di dalam kuali sehingga santan bergaul rata dengan nasi.
Terus kacau dengan perlahan supaya beras tidak patah sehingga santan kering.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Ceduk nasi ke dalam pengukus. Tutup penutup pengukus dan kukuslah sehingga nasi masak.
Setelah masak, kacau rata dengan berhati hati supaya nasi tidak patah dan kekal cantik. Sedia untuk dihidangkan dengan set nasi lemak.
Nota:
Kalau guna santan kotak, kena masukkan sedikit minyak.
Catat Ulasan for "Nasi Lemak Kukus Azie Kitchen Yang Sedap"
Add your comment