Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi

Hari ini hari pertama, rumah kami sunyi kerana ketiadaan cucunda kami, Ammar Yahya. Semalam, Nana telah berpindah masuk ke rumah mereka sendiri yang telah siap dibuat pengubahsuaian. 

Pastinya kami akan merindui keletah Ammar dan juga Nana sendiri yang kadang kadang agak melucukan. Dia bercerita dengan saya, walaupun memakai mask, patient tetap mengenali beliau dan bertanya, Doktor ni anak Azie Kitchen kan? Hahaha..

Sebetulnya, sejak beberapa bulan yang lalu, saya telah membuat persediaan minda untuk menghadapi detik ini. Saya tahu anak anak gembira untuk memulakan kehidupan mereka sendiri, sedang saya bersedih kerana akhirnya seorang lagi anak telah berpindah dan tinggal berasingan. Rumah kami menjadi sunyi sepi. Tiada lagi tangisan dan gelak ketawa Ammar yang saya dengar setiap hari. 

Sangat sedih tetapi saya terpaksa menerima hakikat, yang detik ini pasti akan datang jua. Mereka juga ingin hidup berdikari seperti mana saya juga selepas berkahwin. Bezanya saya terpaksa berjauhan dengan ibubapa kerana tinggal jauh di kampung, sedang saya bekerja di bandar. Ok sekarang kita sentuh sedikit bab resepi hari ini.   

Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi hari ini sangat sedap. Serious makan menambah nambah gitu. Kombinasi kedua dua sayuran dan ulaman ini memang sangat serasi. 

Pucuk ubi dipetik dari pokok ubi di belakang rumah yang memang ditanam untuk dijadikan sayuran. Manakala jantung pisang pula dibeli di Village Grocer.

Saya yang telah berminggu tidak berapa berselera makan, tapi bila makan masak lemak ini, terus jadi berselera sekali. Serious sangat sedap. Apalagi kalau ada pula ikan gelama kering. Memang terangkat. Hmm kalau dah anak kampung, makanan ala kampung juga yang sedap di tekak saya. 

Jom layan resepi di bawah ini. Apakata mulai sekarang, kita amalkan memakan banyak sayuran dan ulaman yang pasti memberi khasiat dan kenikmatan yang berbeza. Selamat mencuba... 


Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ikat pucuk ubi
1 biji jantung pisang
1 biji kelapa parut - santan
Garam
Gula

Bahan kisar:
5 tangkai cili api
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Sejemput ikan bilis
1/2 sudu kecil ketumbar biji

Cara cara:
Jantung pisang diambil bahagian muda dan dicelur dalam air mendidih yang diletak sedikit garam. Masukkan pucuk ubi. Bila lembut, angkat dan tos. Kemudian dihiris mengikut yang disukai. 

Satukan bahan kisar dengan sayuran yang dicelur tadi. Setelah bergaul rata, masukkan santan cair. Masak hingga mendidih. 

Kemudian masukkan santan pekat dan garam. Sesuaikan rasa dan tutup api. 


2 ulasan for "Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi"

  1. Salam...syukur Azie dah berselera tapi tetap jaga kesihatan kaki tu ya.

    BalasPadam
  2. Resepi awak ni.. Sebijik resepi mak saya sebb dia masak letak ketumbar.. Sgt rare.. Tq.Bring back the memories..

    BalasPadam