Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Sebelum saya kongsikan tentang masakan bubur kacang hijau ini, saya ingin pesankan supaya jangan tersalah faham, saya menpunyai draft senarai masakan yang panjang yang belum di publish. Tidak semestinya masakan yang saya post adalah masakan hari ini atau semalam atau minggu ini. Ianya mungkin masakan yang telah lama tetapi belum sempat dikongsikan.

Dengan erti kata lain, jika saya tidak memasak selama setengah tahun pun, saya tetap boleh update blog ini. Saya lambat update kerana menulis memerlukan mood. Jika tiada mood, memang saya tak mampu menulis walaupun sebaris ayat.

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Setelah lebih 2 bulan bercuti sakit, kaki saya semakin surut dan dinasihatkan untuk menjalani rawatan physiotherapy bagi menggerakkan otot otot serta membolehkan saya berjalan seperti biasa. 

Saya mula berjalan tanpa tongkat bagi membiasakan diri supaya saya tidak berjalan berjengkek jengkek atau senget sebelah kerana selepas pembedahan secara teknikalnya, otot kaki saya yang dibedah akan menjadi lebih pendek. 

Namun pergerakan tanpa tongkat menyebabkan kaki saya perlu menampung bebanan berat badan serta perlu digunakan sepenuhnya. Ia menyebabkan kaki saya membengkak dan lebih sakit. 

Kepada yang tidak pernah kena, mungkin akan mempersoalkan kenapa saya lama bercuti sakit. Saya juga tiada jawapan kepada urusan yang bukan di dalam bidang kuasa saya. Kesihatan, ajal maut adalah urusan Allah. Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja, jika itulah takdirnya. 

Malahan duit berjuta tidak mampu membeli kesihatan yang baik. Saya memilih kaki saya, saya memilih kebebasan bergerak, memilih beribadah secara normal dan memilih ingin lepas bebas seperti sebelumnya, jika diberi peluang memilih. Tapi apakah saya boleh mengubah takdir yang ditetapkan ke atas saya?  Dan saya tidak bersedia untuk mengambil risiko ke atas kesihatan saya. 

Sekarang masuk bab masakan iaitu resepi bubur kacang hijau. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Ini adalah entri lama yang tertunggak dan menunggu giliran untuk di publish. Sementara saya ada mood dan bersedih dengan mereka yang tidak prihatin, saya mengambil peluang untuk menulis isi hati saya di sini. 

Bukan niat saya untuk mendoakan mereka sebarang kecelakaan, tidak sesekali. Itu bukan penting dalam hidup saya. Saya tidak mendapat sebarang keuntungan atau sebarang kerugian dari kesusahan atau kesakitan yang dialami oleh sesiapa sahaja. Saya hanya mendoakan dan mengharapkan yang baik baik sahaja kepada semua orang.  


Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bubur kacang hari ini memang sangat sedap kerana cukup lemaknya, cukup manisnya, cukup pekatnya dan cukup segalanya. Saya makan menambah nambah. Keesokannya pun kami masih menikmati bubur kacang samada dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti putih. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa, video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 


Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bubur Kacang Hijau 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg kacang hijau
2 keping gula melaka  
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan
2 helai daun pandan
2 cawan air
3-4 cawan santan
3 ulas durian - opsyenal
1 sudu besar garam

Cara cara:
Basuh bersih kacang hijau dan rendam selama 3-4 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam kuali dengan api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan.

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Dalam periuk lain, masak air dengan air rendaman kacang hijau sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan kacang hijau dan rebus sehingga kembang dan empuk. 


Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Setelah kacang hijau empuk, masukkan air gula tadi, isi durian dan daun pandan. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Rebus sagu sehingga menjadi jernih. Tuang ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip. Kacau rata dan masukkan sagu yang jernih ke dalam kuah bubur. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 


Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Nota:
Rendam dulu kacang hijau selama 3-4 jam sebelum direbus.

Masak air sehingga mendidih, sebelum dimasukkan kacang hijau. Rebus dengan api sederhana.

Gula dan garam hanya dimasukkan selepas kacang hijau kembang dan empuk.


3 ulasan for "Bubur Kacang Hijau Dengan Durian"

  1. sedap makan petang2
    #jmbelog

    BalasPadam
  2. dalam kesakitan kita ada pulak orang yang sakit hati rupanya, semoga Kak Azie terus sabar dengan kecaman yang diterima.

    Bubur Kacang tu buat sy kecur petang2 ni

    BalasPadam
  3. Juadah kegemaranku no.1
    Tetiba aje rasa macam nak datang menziarah... 😎

    BalasPadam