Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Saya sebelum ini tidak pernah mengalami kecederaan kaki atau pembedahan kaki. Tidak seperti yang dijangkakan, kesakitan agak berpanjangan. Selepas lebih 3 minggu, ianya masih sakit dan berdenyut. 

Bertambah lagi selepas bandage dibuka. Kaki akan menjadi bengkak dengan tiba tiba bila lama duduk di kerusi. Kaki perlu diangkat dan dilapik dengan bantal atau permukaan lebih tinggi termasuk waktu tidur. Kini baru saya faham kenapa doktor menasihati saya supaya berehat dan terus bercuti sakit. 

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Sedap versi Azie Kitchen sebagai lauk nasi lemak di SINI. Memang meletop dan entri di laman blog saya untuk resepi ini dilawati oleh beribu ribu viewers dalam satu malam sahaja dan lebih seratus ribu dalam Instagram.

Saya merasakan ianya sangat sedap sehingga saya kongsikan di group WhatsApp famili memberitahu kesedapannya. Hubby yang ketika itu berada di luar atas urusan kerja, menghantar mesej untuk segera balik makan nasi lemak.


Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Seperti biasa, Boy yang tinggal di Shah Alam juga request supaya saya menyediakan Sambal Ikan Bilis untuk dimakan dengan nasi lemak pada hari Sabtu. Setiap hujung minggu, Boy dan Mia akan balik ke rumah. Kiranya ini dah batch ketiga kerana sebelumnya, saya juga menyediakan satu mangkuk. Tapi Hubby minta dimasak lagi kerana dikuatiri ianya tidak cukup.

Untuk nasi lemak hari ini, saya juga menyediakan Ayam Goreng rangup. Maklum anak anak saya, bila tiada ayam, seolah tiada lauk. Goreng panas panas dengan minyak yang banyak menjadikan ayam saya hari ini sangat win.Yang satu lagi dalam pinggan saya ialah Rendang Itik Salai dengan Daun Puding di SINI.

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Yang paling penting untuk menentukan keenakan nasi lemak ialah sambalnya. Jadi sambal ini yang perlu diberi perhatian supaya hasil dan kejadiannya sedap dan memikat hati suami dan anak anak. Kalau boleh, bukan sahaja enak tetapi juga cantik kejadiannya. Sambal merah dan berkilat cantik.

Jom saya kongsikan sekali lagi resepi dan kali ini saya sertakan sukatan bahan bahan yang saya gunakan. Bolehlah diubahsuai sana sini ikut selera masing masing, jika suka. 

Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel untuk mendapat gambaran bagaimana ianya disediakan. Boleh klik di SINI untuk video yang saya sediakan sebelum ini. 

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Sambal Tumis Ikan Bilis  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 gram/1 1/2 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar  - hiris
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air
1 sudu besar garam kasar
1/4 keping Gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan minyak masak 

Bahan kisar:
6 sudu besar cili kisar 
7-8 ulas bawang merah 
7 ulas bawang putih
Sedikit belacan - opsyenal, tak letak 

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu. 


Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi dimasukkan akhir sekali.

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak


Ayam Goreng
Ayam dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk cili sehingga bergaul rata. Kemudian taburkan sedikit tepung beras. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga garing.

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak



1 ulasan for "Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak"

  1. Salam Kak Azie,selamat berpuasa. Sy dh cuba banyak resipi dari Azie Kitchen,so far semuanya sedap n puas hati. Semoga pahala buat akak yg sudi berkongsi resipi masakan akak. Aminn

    BalasPadam