Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Saya memang penggemar itik serati yang memang sangat terkenal di Kelantan. Tapi saya belum pernah makan itik biasa atau itik gembo gembo. Masa kecil kecil dulu, suka main dengan anak itik yang baru menetas. Cantik dengan bulu warna kuning. Siap masukkan dalam besen besar berisi air untuk melihat anak itik berenang. Telur itik diram kan bersama telur ayam yang mana ibu ayam sedang mengeram. 

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Saya mendapat idea untuk memasak rendang itik salai selepas menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia dari bilik wad ketika saya menjalani pembedahan kaki. Zaini Salai House ada membuat demonstrasi masakan rendang itik salai dengan jeruk maman. Langsung saya terus membuat pesanan daging itik salai. Tapi agak lama untuk mereka menghantarnya.

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Alhamdulillah bila rezeki kerana Daging Salai Cik Yah dari Instagram @dagingsalaicikyah telah sudi membekalkan saya daging salai dan juga itik salai. Saya tertarik dengan tag line mereka iaitu real smoke, real flavour. Mereka mengusahakan sendiri perniagaan daging salai ini.

Saya menanya nanya rakan rakan IG cara penyediaan rendang salai ori Nogori. Menurut mereka, untuk memasak lauk rendang itik salai cara Nogori yang sedap, hanya perlu pastikan cili api yang cukup dan santan yang cukup. 

Cara menyediakan rendang dan masak lemak cili api, hampir sama sahaja. Bezanya rendang lebih kering dan masak lemak berkuah. Rendang menggunakan lengkuas yang dikisar atau diketuk tapi masak lemak tidak menggunakan lengkuas. 

Setelah faham akan perbezaannya dan keperluan bahan bahannya, saya mula mencari daun puding atau daun maman. Setelah lama mencari, tiba tiba terbuka hati untuk menanya dalam group WhatsApp kejiranan kami. Alhamdulillah, jiran kami Dato' Razali memberitahu yang di rumah mereka ada 2 pokok puding dan menawarkan kami untuk mengambil daun puding serta batang untuk ditanam. 

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Haa barulah lengkap Rendang Itik Salai dengan Daun Puding atau dipanggil juga Puding Belacan. Memang sedap daun puding yang dimasak bersama rendang ini. Patutlah orang Nogori menggunakannya dalam masakan mereka.  

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...



Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Bahan bahan:
1 ekor itik salai
1 1/2 biji kelapa - lagi banyak santan lagi sedap
2 ikat daun puding
4 batang serai - ketuk
2 inci lengkuas - ketuk
Garam kasar

Bahan kisar:
30-40 tangkai cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara cara:
Masukkan daging itik salai ke dalam kuali dan tuang bahan kisar. Masukkan juga lengkuas yang diketuk. Kacau dan masakkan seketika atau sehingga air kering. 


Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Selepas itu, masukkan santan dan serai. Kacau sehingga kuah pekat. Masukkan garam.



Masukkan daun puding. Masak sehingga daun puding layu dan rendang sedikit kering.


Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding

Nota:
Jika guna pucuk mamam, dicampur dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam air panas. Biarkan semalaman. Keesokannya ditos air sebelum digunakan. 


1 ulasan for "Rendang Itik Salai Dengan Daun Puding "

  1. Salam pn azie..saya selalu refer resepi dr azie kitchen..byk resepi yg menarik dan sng utk dimasak..hehe..tgk resepi itik salai dgn daun puding ni teringat pula kg di gemencheh, N9😊 part daun puding tu slalu ibu saya buang tulang tgh tu..tgglkan daun je..lg lembut nnt 😁

    BalasPadam