Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Saya belajar cara cara menyediakan Pisang Goreng Rangup dari youtube Kak Ida Style. Tertarik dengan cara beliau, menyebabkan saya dan Pengasuh Ammar ingin mencuba menggoreng pisang kebatu yang kebetulan baru masak. 

Sebetulnya agak lama saya menunggu pisang ini masak kerana saya tidak sabar untuk mengetahui apa baka pokok pisang ini. Sebelum ini saya ada menanam banyak baka pokok pisang di tanah berhadapan rumah saya. Antaranya pisang raja, pisang emas, pisang nipah dan pisang nangka. Tetapi bila pihak majlis membersihkan kawasan tersebut untuk projek landskap di tasik, habis semua pokok pisang telah dibuang. 

Tapi bila masih ada rezeki, pasti tidak ke mana. Setelah lama peristiwa berlalu, satu hari saya terpandang ada satu anak pokok pisang tumbuh. Jadi saya tidak dapat memastikan pisang yang mana satu. 

Saya memang mengharapkan pokok pisang kebatu kerana benihnya dibawa dari Kelantan. Selain digoreng, ianya pisang kegemaran saya yang sedap dimasak pengat, dibuat sira pisang dan juga direbus. 

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Kalau di Kelantan, saya panggil pisang kebatu tapi rasanya di sini dikenali sebagai pisang Abu. Bezanya pisang kebatu Kelantan ialah isinya berwarna kuning dan isinya juga lebih bulat montel. Kalau pisang Abu di sini, isinya berwarna putih dan isinya kadang kadang seperti agak leper.

Tetapi ingin saya tuliskan di sini bahawa saya tidak menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Kak Ida. Saya hanya menggunakan tepung beras, garam dan air kapur sahaja. Pewarna pun tak letak. Tapi jika anda ingin mencuba resepi beliau, saya sertakan di bawah ini. 

Seronok pula melihat kepingan kepingan serdak tepung adunan pisang goreng yang melekat lekat di pisang yang telah digoreng separuh masak. Kalau mahu banyak lekatnya, kena tuang lebihlah sedikit. Kami hanya tuang sedikit sahaja. 

Tapi sayang kerana gambar agak tidak menarik kerana saya tidak berapa sihat. Sebetulnya, saya tidak bercadang untuk masuk ke dapur pun hari ini kerana saya ingin berehat setelah melihat setiap kali saya bergerak, kaki saya akan menjadi bengkak. 

Tapi sebaik masuk ke dapur, terlihat pisang kebatu yang baru ditebang petang sehari sebelumnya. Terdapat beberapa biji pisang yang telah kekuningan dan lembik. Jadi saya terus mencadangkan untuk menyediakan pisang goreng rangup. Saya makan pisang goreng sahaja sebagai sarapan.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya yang saya sediakan di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Pisang Kebatu Goreng Rangup

Pisang Kebatu Goreng Rangup  

Bahan bahan:
½ tepung beras
5 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
Sedikit pewarna kuning
½ sudu kecil baking powder
1 biji telur 
Garam
Pisang - potong nipis 4-5

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Bahagikan kepada 2 bahagian. Celup pisang yang telah dipotong nipis dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Kemudian masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair. 

Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 

Pisang Kebatu Goreng Rangup

Bolehlah angkat dan tos. Sedia untuk dihidangkan ketika panas panas.



Catat Ulasan for "Pisang Kebatu Goreng Rangup"