Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Sejak makan kuih Akok dari Masak With Passion oleh Datin Isma, saya masih teringat ingat kerana Akoknya sangat sedap. Dan rasanya sangat Kelantan authentic. Rupa dan kejadiannya sangat perfect. Kalau ikutkan mahu jer saya order, tapi sebagai blogger memang saya tak akan senang duduk selagi tak cuba menyediakan sendiri kuih akok sesedap akok dari Datin Isma. 

Walaupun saya telah dua kali menyediakan Akok menggunakan dua resepi dengan sukatan berbeza di SINI dan resepi 2 di SINI tapi saya tidak pernah jemu untuk mencuba resepi lain sehingga mendapat rasa yang sesuai dengan selera saya.

Sementara tengah bercuti sakit ini, saya mencari resepi Akok asli Kelantan, maksudnya yang disediakan oleh orang Kelantan sendiri di Kelantan. Saya terjumpa satu video penyediaannya, jadi saya cepat cepat menyalin resepi dan terus mencubanya hari ini.

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kebetulan hari ini Encik Syaniq kenalan baru kami datang ke rumah untuk melihat bahagian bilik Nelly yang mahu diperbesarkan. Sebelum ini, beliau dan isterinya yang mengusahakan daging salai telah datang untuk menghantar daging salai, ayam dan itik salai. Jadi saya menghidangkan sekali kuih Akok ini. 

Alhamdulillah bila ditanya, Hubby dan Encik Syahiq memberitahu rasanya OK, secukup rasa manisnya dan lemaknya. Cuma saya sendiri belum berpuashati dengan kejadiannya yang masih boleh diperbaiki lagi supaya lebih cantik dan menarik. 

Saya yang tidak berselera makan sejak beberapa hari ini, juga menghabiskan berketul ketul Akok tanpa disedari pun. Hahaha laju jer lepas satu satu. Haa barulah berbaloi baloi menyediakan sendiri jika kita suka makan. Kalau tidak, boleh order jer dari Instagram Masak With Passion.  

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Jom layan resepi Akok di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Video disediakan untuk melengkapkan entri yang dikongsikan di blog. Selamat mencuba..

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap
Kuih Akok Kelantan Resepi 3

Bahan bahan:
1 cawan telur
1 cawan santan segar
1 cawan gula Melaka saiz 4 ½ inci - diracik halus
1 cawan air - lebih sedap diganti dengan air kelapa
½ cawan tepung gandum
3 helai daun pandan
Secubit garam

Cara cara:
Masak gula Melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur. Keluarkan daun pandan. Sejukkan. 


Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Masukkan santan, telur, garam, air gula Melaka dan tepung gandum ke dalam blender. Blend sehingga betul betul kembang.  

Panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 180C. Tuangkan minyak dalam 1 sudu kecil ke dalam setiap acuan muffin. Kemudian masukkan acuan ke dalam oven untuk dipanaskan seketika. 

Keluarkan acuan muffin dari oven dan tuang adunan ke dalam acuan yang panas separas 1/2 atau 3/4 penuh sahaja. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap


Bakar pada suhu 180C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Nota:
Satu adunan menghasilkan 12 biji Akok menggunakan acuan muffin.

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Nota:
Boleh bakar guna trio cupcake yang sangat terkenal di kalangan wanita Kelantan untuk membuat kuih akok yang cepat.


4 ulasan for "Kuih Akok Kelantan Yang Sedap "

  1. Salam Azie, rahmat disebalik kesakitan....boleh update blog setiap hari kan. Bila hari bekerja, kena curi2 masa utk update. Moga cepat sembuh ya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Resipi nya kak Azie. Nampak bahan dan cara buat nye macam mudah. Boleh la Siti cuba lepas ni. iNsyallah.

    BalasPadam
  3. Salam Puan, nampak dekat you tube macam 4-5 biji telur ..tapi resepi di blog hanya 1 cawan. Mana satu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. 1 cawan tu bersamaan dg beberapa biji telur. Kalau ikut blog, guna resepi di blog.

      Padam