Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais
Di kebanyakan masa, saya akan berehat di katil dengan berlunjur dan kaki di letak tinggi di atas bantal. Seperti saat saya menulis entri ini juga. Bila bengkak, kaki saya akan berdenyut. Saya boleh berdiri tetapi belum boleh berjalan jalan tanpa menggunakan tongkat. Kata Doktor pakar yang merawat saya, "bengkak akan hilang bila tisu parut telah matang".
Saya percaya setiap yang berlaku menpunyai hikmah yang hanya Allah sahaja Mengetahuinya. Jadi saya redha atas apa sahaja dan saya tidak mahu kuatir akan apa apa kerana yakin tiada yang berlaku tanpa izin Allah.
Masakan hari ini iaitu Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais adalah lauk yang dimasak beberapa minggu yang lalu. Bukan hari ini. Memang list draft resepi cukup panjang menunggu giliran untuk di publish. Cuma saya mengikut keadaan dan mood. Bila mood menulis tak ada, memang saya tak dapat menulis. Langsung kering idea. Tak dapat menulis hatta sebaris ayat.
Resepi ini saya belajar dari kakak saya Cik gu Asiah yang memang dari dulu pandai memasak dan rajin memasak walaupun bersekolah di asrama penuh. Saya selalu adore kakak saya kerana beliau bukan sahaja cantik dan putih melepak, aktif bersukan, pandai dalam pelajaran tapi juga pandai memasak.
Saya lebih rapat dengan beliau berbanding kakak sulung kerana kakak sulung berkahwin di usia muda dan tinggal di kampung abang ipar yang agak jauh dari rumah kami. Kakak sulung saya juga lebih garang. Masih ingat lagi, paha saya akan dicubit jika dilihat saya bersembang sembang dengan kawan kawan ketika kami sama sama mengaji Al Quran di rumah Wak Hamat.
Kalau kakak saya menggunakan ikan patin liar, saya menggunakan ikan Lais yang sedap dan dikatakan hanya terdapat di sungai belah Pahang sahaja. Tempat lain tak ada. Ikannya berwarna putih. Saya dipesan oleh Ashraf yang menghantar ikan ini supaya jangan digoreng kerana boleh menghilangkan rasa isi ikannya yang manis. Sebaliknya masak gulai atau yang berkuah sahaja.
Saya sebetulnya ingin memasak cara orang asli iaitu menggunakan daun kesang tapi Ashraf lupa untuk menghantarnya sekali. Inilah kali pertama saya melihat ikan Lais. Kalau kali pertama melihatnya, pasti juga kali pertama menikmatinya.
Serious memang sedap ikan ini. Bila dimasak lama, ianya mengeluarkan sedikit lemak menjadikan kuah asam rebus tempoyak kelihatan sedikit berminyak. Haaa itulah yang menjadikan kuahnya lebih enak. Alhamdulillah kerana dapat juga menikmati rasa ikan sungai liar segar dari Sungai Pahang.
Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 sudu besar tempoyak
2-4 keping asam keping - ikut masam yang disukai
1 sudu besar garam kasar
1 sudu kecil gula
Sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Bahan kisar:
5 tangkai cili padi - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
Rindunya dengan ikan lais.
BalasPadamKat sini dah lama pupus