Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Hari ini saya ingin menyediakan Asam Pedas Johor kerana sangat teruja dengan kata kata, kalau Johor mesti hari hari nak ada lauk Asam Pedas. Haa masakan istimewa di Johor, jadi mestilah ianya sedap sehingga menjadi lauk utama. Jom baca catatan seterusnya sebelum ke resepi Asam Pedas yang paling sedap dan mantap ini. 

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Walaupun menggunakan bahan yang hampir sama dengan mana mana resepi namun terdapat kelainan dalam penyediaannya. Sedikit kelainan kadang kadang boleh memberikan hasil yang berbeza. Bunga kantan dan daun kesum dimasuk ketika masih menumis bahan bahan tumisan iaitu sebelum dimasukkan air lagi.

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Satu lagi sukatan cili mestilah lebih dari sukatan bawang untuk mengelakkan kuah menjadi pahit. Nisbahnya ialah 1:3. Asam pedas yang sedap mestilah cukup pedas dan masamnya. Nama pun Asam Pedas kan. 

Jika ingin melihat entri resepi Asam Pedas Melaka, boleh klik di SINI dan di SINI, Asam Pedas saya yang biasa yang menggunakan daun kari, boleh klik di SINI. Saya ada banyak versi Asam Pedas kerana saya sangat suka makan lauk asam pedas. Boleh google sahaja asam pedas dan taip Azie Kitchen di belakangnya. Insya Allah Pak Cik Google akan bantu untuk mencarinya dengan mudah.

Resepi hari ini memang menghasilkan asam pedas yang sangat sedap. Asam pedas yang mendapat pujian suami saya. Beliau jarang sekali memuji. Tapi hari ini kembang kempis hidung saya bila dipuji. Encik Hubby makan selain dengan nasi, juga dicicah dengan roti canai. Hubby siapa promote pada anak anak supaya cicah dengan asam pedas ni, lagi sedap.  Boleh gunakan apa apa ikan sahaja yang disukai. 

Jom layan resepi yang saya salin dan ubahsuai ikut selera saya di bawah ini, juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...  

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Asam Pedas Johor 

Bahan bahan:
1 ekor ikan baung - atau apa apa ikan yang disukai
1 biji terung
5 sudu besar cili kering kisar 
1/2 cawan air asam jawa pekat 
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan
1 biji buah tomato - belah 6 
800-900 ml air  atau secukupnya
1 sudu besar garam 
Gula 

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia 
1 inci kunyit hidup - atau serbuk kunyit
Sedikit belacan - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan serbuk kunyit, jika tidak guna kunyit hidup. Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak. 

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Apabila bahan tumis tadi pecah minyak, masukkan air asam jawa dan masukkan bunga kantan dan daun kesum. Kacau kacau lagi sehingga harum dan naik bau daun kesum dan bunga kantan. 

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Bila dah naik bau, masukkan garam dan gula atau serbuk perasa. 

Masukkan air separas ikan sahaja. Jika tak cukup, boleh ditambah kemudian sedikit demi sedikit supaya kuah asam pedas tidak menjadi cair. 

Masak sehingga kuah mendidih, baru dimasukkan ikan supaya ikan tidak hancur. 

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Masukkan juga terung atau kacang bendi dan buah tomato, mengikut yang disukai. 

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap

Nota:
Sukatan cili mesti melebihi sukatan bawang untuk mengelakkan kuah menjadi pahit. Nisbahnya ialah 1:3.

Asam pedas juga perlu cukup rasa pedas dan asamnya.

Menumis perlu minyak yang banyak. Minyak berlebihan boleh diceduk keluar. 

Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap



2 ulasan for "Asam Pedas Johor Ikan Baung Yang Paling Sedap"

  1. Orang JDT kalau jumpa ikan baung mesti buat masak asam pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh ye ke? Nasib baik saya pun buat asam pedas hari ini.

      Padam