Kerang Goreng Dengan Kacang Panjang
Saya akan memilih lauk yang sama setiap kali membelinya. Kalau tidak silap saya lauk gulai ayam yang sangat sedap. Dan yang pasti sayur kacang panjang goreng dengan isi kerang yang terasa sangat sedap pada tekak saya. Walaupun sayur kacang panjang tersebut nampak sangat simple tapi sungguh sedap.
Ketika itu, saya menyewa bilik di Kg Baru dan pergi kerja dengan menaiki bas mini. Jika terlewat, ianya pasti kehabisan. Lagi pulak, mereka juga kerap tidak berniaga yang tidak dipastikan sebabnya.
Ketika itu, saya menyewa bilik di Kg Baru dan pergi kerja dengan menaiki bas mini. Jika terlewat, ianya pasti kehabisan. Lagi pulak, mereka juga kerap tidak berniaga yang tidak dipastikan sebabnya.
Saya cuba secara trial and error bagi memasak sendiri kacang panjang goreng seperti yang pernah saya makan satu ketika dulu. Saya mengubahsuai resepi di SINI yang mana kacang panjang digoreng dengan hati dan mempedal. Ala ala sambal Jawa.
Hasilnya sangat sedap dan kena dengan selera saya yang selama ini mencari cari lauk yang pernah saya gemari berpuluh tahun yang lalu. Lagi pulak, saya memang suka masakan dan lauk pauk yang simple sahaja.
Sedikit berkenaan harga barang. Aduhaai terlalu mahal. Macam mana lah anak anak hendak hidup di masa depan. Pastinya Allah menjanjikan rezeki untuk setiap makhluk tapi akan struggle lah juga. Bayangkan harga seekor ikan selar saiz sederhana RM4. Untuk kerang hari ini, sekilo kerang berharga RM13. Hubby beli 2 kilo, dapatlah isi kerang yang telah siap dikopek dalam satu bekas plastik. Itu pun tak penuh. Boleh tengok gambar di bawah.

Jom layan resepi di bawah ini dan video cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI.
Kerang Goreng Dengan Kacang Panjang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
12 batang kacang panjang - hiris serong
1/2 mangkuk kecil isi kerang
1-2 sudu besar sos tiram
Garam - jika perlu
Bahan hiris:
1-2 sudu besar sos tiram
Garam - jika perlu
Bahan hiris:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 - 3 inci halia muda - hiris nipis
1 tangkai cili merah
Cara-cara:
Kerang dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam kuali tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali dengan penutup. Selepas beberapa minit, buka penutup kuali dan kacau rata.
Setelah kerang mula terbuka, bolehlah ditutup api. Tuang air ais ke dalam kuali untuk menghentikan kerang dari terus masak. Kopek isi kerang dan ketepikan. Isi kerang akan kelihatan cantik dan tidak kecut.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan akhir sekali halia muda sehingga wangi. Lagi banyak halia muda, lagi sedap rasanya.
Masukkan kacang panjang dan sos tiram secukup rasa. Kacau rata.
Masukkan isi kerang, garam dan cili merah yang dihiris. Kacau rata. Bolehlah ditutup api kerana kacang jangan dimasak terlalu lama untuk mengekalkan kerangupannya.
Nota:
Jika terdapat lebihan isi kerang, masukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam freezer.
Jika kerang, tidak mahu direbus terlebih dahulu dan mahu simpan kerang hidup, pastikan kerang tidak kena dengan air paip. Insya Allah selagi tidak kena dengan air paip, boleh hidup selama 2-3 hari.
Jika kerang, tidak mahu direbus terlebih dahulu dan mahu simpan kerang hidup, pastikan kerang tidak kena dengan air paip. Insya Allah selagi tidak kena dengan air paip, boleh hidup selama 2-3 hari.
tkaseh Azie berkongsi petua utk mendapatkan kerang rebus segar. Selama ni x tau pun cara tu. Tkaseh sekali lagi.
BalasPadam