Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi
Entah kenapa malam tadi, saya tidak dapat tidur. Rasanya pukul 4.00 pagi, saya masih terkebil kebil. Pinggang saya sakit tak tahu sebab apa. Pagi pagi lagi saya ke klinik dan doktor yang merawat saya menasihatkan saya supaya banyak berehat. Hatta jika ingin menonton TV sekali pun, minta orang lain tolong on kan. Hmm tapi saya tidak menpunyai pembantu rumah. Mana mungkin ada orang yang boleh melayan saya seperti ini.
Doktor juga memberitahu pinggang saya sakit mungkin kerana jangkitan pundi kencing kerana kurang minum air atau salah teknik penggunaan tongkat sebagai walking aids. Dia menasihatkan saya menggunakan tongkat yang diletak di bawah ketiak.
Fikiran saya bercelaru antara mahu memendekkan cuti sakit dan ke pejabat atau terus bercuti sakit seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Saya memang tidak sabar untuk ke pejabat tapi bayangkan bagaimana untuk ke pejabat dengan kaki yang masih tidak dapat berpijak sendiri lagi. Akibatnya saya tidak dapat bercuti sakit dengan rehat fizikal dan minda yang secukupnya.
Kata doktor, kaki adalah bahagian yang paling lambat penyembuhannya kerana ia berada di bawah sekali yang banyak digunakan dan terpaksa menampung berat badan seseorang. Tidak seperti tangan atau bahagian lain. Paling minimun adalah 8 minggu. Ianya adalah fakta yang diketahui oleh semua orang yang tidak perlu dipertikaikan. Saya dipesan supaya menjaga kesihatan diri terutama di usia ini yang mungkin menyebabkan penyembuhan lebih memakan masa.
Hari ini saya ingin kongsikan resepi tradisional iaitu Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang digandingkan dengan Pucuk Ubi. Saya mendapat bekalan daging salai dari Daging Salai Cik Yah dari Instagram @dagingsalaicikyah yang diusahakan oleh Wani dan suaminya. Nama daging salai Cik Yah diambil sempena nama Bonda Mertua yang berasal dari Nogori. Mereka mengusahakan daging salai original yang menggunakan kaedah menyalai secara tradisional. Tag line mereka ialah real smoke, real flavour.
Doktor juga memberitahu pinggang saya sakit mungkin kerana jangkitan pundi kencing kerana kurang minum air atau salah teknik penggunaan tongkat sebagai walking aids. Dia menasihatkan saya menggunakan tongkat yang diletak di bawah ketiak.
Fikiran saya bercelaru antara mahu memendekkan cuti sakit dan ke pejabat atau terus bercuti sakit seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Saya memang tidak sabar untuk ke pejabat tapi bayangkan bagaimana untuk ke pejabat dengan kaki yang masih tidak dapat berpijak sendiri lagi. Akibatnya saya tidak dapat bercuti sakit dengan rehat fizikal dan minda yang secukupnya.
Kata doktor, kaki adalah bahagian yang paling lambat penyembuhannya kerana ia berada di bawah sekali yang banyak digunakan dan terpaksa menampung berat badan seseorang. Tidak seperti tangan atau bahagian lain. Paling minimun adalah 8 minggu. Ianya adalah fakta yang diketahui oleh semua orang yang tidak perlu dipertikaikan. Saya dipesan supaya menjaga kesihatan diri terutama di usia ini yang mungkin menyebabkan penyembuhan lebih memakan masa.
Saya bukan asal orang Nogori tapi sebab saya suka masakan Nogori, saya belajar, saya google, saya menanya di sana sini. Haa dari situ, saya dapat tahu yang masak lemak cili api daging salai sedap digandingkan dengan rebung, pucuk ubi, terung pipit atau terung telunjuk.
Kalau ayam kampung atau burung puyuh sedap digandingkan dengan pucuk pegaga. Kalau itik salai, sedap dimasak rendang yang digandingkan dengan daun puding dan daun maman. Tapi jenuh mencari maman atau daun puding belacan tapi tak menemuinya. Itu yang hari ini cuma menggunakan pucuk ubi yang dipetik dari pokok di taman belakang dapur.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Kalau ayam kampung atau burung puyuh sedap digandingkan dengan pucuk pegaga. Kalau itik salai, sedap dimasak rendang yang digandingkan dengan daun puding dan daun maman. Tapi jenuh mencari maman atau daun puding belacan tapi tak menemuinya. Itu yang hari ini cuma menggunakan pucuk ubi yang dipetik dari pokok di taman belakang dapur.
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gram daging salai
2 ikat pucuk ubi - celur
1 batang serai - ketuk
1 biji kelapa - santan
Garam kasar
Bahan kisar:
Garam kasar
Bahan kisar:
1 inci kunyit hidup
20-25 tangkai cili api - ikut suka pedas
Cara cara:
Masukkan daging salai bersama bahan yang telah dikisar lumat berserta serai yang telah dititik ke dalam kuali. Masak dengan sedikit air sehingga daging empuk.
Setelah daging lembut, baru dimasukkan santan. Sentiasa dikacau sehingga ia mendidih.
Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur serta garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.
Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak naik minyak sehingga mendidih dan tiada lagi kelihatan buih buih kecil. Setelah kuah kelihatan cantik, bolehlah ditutup api. Terus kacau beberapa minit selepas ditutup api bagi mengelakkan kuah berketul.
Nota:
Daging salai sedap digandingkan dengan rebung, pucuk ubi, terung pipit atau terung telunjuk.
Cara cara:
Masukkan daging salai bersama bahan yang telah dikisar lumat berserta serai yang telah dititik ke dalam kuali. Masak dengan sedikit air sehingga daging empuk.
Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur serta garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.
Nota:
Daging salai sedap digandingkan dengan rebung, pucuk ubi, terung pipit atau terung telunjuk.
Assalamualaikum Azie,
BalasPadamsedapnya daging salai masak lemak cili api tu... terliur!
Bawa-bawa berehatlah ye, ikut nasihat doktor. Moga cepat sembuh.
ini betul2 buat sy meleleh ailio
BalasPadamWah...Azie dah mahir masak style Nogori ya. Lauk ni memang kegemaran suami saya kalau balik Melaka. Mak mertua akan masak sendiri utk anak lelaki dia.Anyway, banyakkan berehat supaya cepat sembuh.
BalasPadamapa yg bff Azie cakap tu betul. Azie dah mewah dgn duit, aset dan keluarga bahgia...usah difikir pasal bonus2 tu.kalau ada rezeki, Azie tetap dapat bonus yg banyak sebab performance diukur sepanjang tahun bukan pada hujung tahun sahaja. Saya doakan dari jauh Azie sehat dan tetap dapat bonus yg bagus.