Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap
Cuma kadang kadang terfikir apa perasaan seseorang yang menghampiri detik kematian yang diketahui. Apakah ketika itu, mereka masih memikirkan untuk terus hidup dengan mencari jalan keluar atau ketika itu hanya bertaubat kepada Allah dan mengucap kalimah syahadah.
Semoga kita semua lebih bersedia untuk menghadapi saat itu dengan redha dengan pengakhiran yang baik. Mudah mudahan. Aameen. Sementara masih hidup di dunia, hendaklah sentiasa berbuat baik sesama manusia. Sentiasa sayang menyayangi. Jangan hanya memikirkan periuk nasi sendiri sahaja. Sekarang kita masuk pula bab resepi hari ini.
Lauk udang goreng telur masin adalah antara lauk kegemaran anak anak saya. Kalau singgah makan di Restoran Waneeda yang menjual masakan panas ala Thai, inilah antara lauk yang menjadi pilihan mereka.
Kini dengan salted egg paste, menyediakan masakan berasaskan telur masin menjadi sangat cepat dan sangat sedap. Pes telur masin saya hari ini dijual di Instragram @saltedeggpaste yang memang sangat sedap. Kalau mahu menyediakannya sendiri dari telur masin, memang bercintalah juga. Entah berapa biji telur masin yang perlu direbus dan dilenyekkan.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Udang Goreng Dengan Telur Masin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
500 gram udang
1 cawan tepung jagung
Bahan B:
3 sudu makan mentega
4 ulas bawang putih - cincang
2 pelepah daun kari
7 tangkai cili padi - dicincang
Secubit gula
120 gram pes telur masin
Cara cara:
Bersihkan udang dan tos sehingga air kering.
Tabur tepung jagung atas udang dan gaul rata. Goreng udang dengan minyak panas, sebentar sahaja.
Cairkan mentega dengan api kecil, masukkan bawang putih cincang dan kacau hingga wangi. Masukkan cili padi dan daun kari. Kacau rata.
Pes telur masin tu kat mana ada jual? Giant macam takde je.
BalasPadam