Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Kikis Yang Mudah Dan Sedap

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap

Kebelakangan ini saya sangat kemaruk makan petai. Kalau hari hari pun tak apa. Bila kakak saya dari Kelantan ke rumah kerana mahu melihat cucunda saya, Ammar Yahya dibawa sekali petai. Hati saya tersangat gembira dan keriangan sekali. Hahaha umpama anak anak dapat coklat atau ais krim gitu. Siapa mahu buat saya gembira, sila hantar petai. Hahahaha. 

Saya menanya dalam IG bagaimana cara untuk menyimpan petai dengan kulit supaya tahan lama. Akhirnya saya dapat banyak petua yang dikongsikan oleh follower saya. Caranya ialah dengan memasukkan petai dengan kulitnya sekali ke dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam peti ais. 

Selama ini saya akan kupas dan ambik isinya. Isinya disusun dalam pinggan dan diletak di tempat beku. Setelah ianya beku, masukkan isi petai tadi di dalam zip lock plastic dan simpan dalam freezer. Jadi isinya tidak melekat satu sama lain. Boleh klik di SINI. Saya suka petai yang masih di dalam kulit kerana lebih banyak pilihan memasak atau merebusnya. 


Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap

Sambal ikan bilis dengan petai kikis saya hari ini tersangat sedap. Petainya yang lembut dan tidak terasa pahit pun kerana kulitnya telah dikikis. Ikan bilis pula rangup krup krap krup krap dengan rasanya pedas dan manis. 

Saya makan dengan nasi putih, sambil juga meratah ratah terutama bahagian yang ada petai. Hahaha kalau dulu, petai ini makanan orang kampung jer tapi kini petai terdapat di hotel dan juga restoran restoran sebagai ulaman. Jadi harganya pun bolehlah tahan mahalnya. Sepapan boleh capai harga RM1. 

Sebetulnya sesiapa pun boleh memasak, jika kita merancang penyediaan bahan bahan. Memasak menjadi mudah jika di dalam peti ais di rumah sentiasa tersedia cili kering kisar. Kalau bawang merah, senang sahaja untuk mengupasnya. Bawang putih pula, saya beli yang dah siap dikupas. Bila 3 bahan ini tersedia, saya akan mudah untuk ke dapur walaupun selepas balik dari pejabat. Lauk ini saya sediakan dah lewat petang sebaik balik dari pejabat. Itu sebab gambar kurang cantik kerana hari mendung dan hampir Maghrib,

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk petai
1-2 sudu besar cili kering kisar
1 tangkai cili merah - hiris
Garam
Gula
Pes asam jawa 

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Petai dikikis kulitnya dan dihiris 2. 

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap

Panaskan minyak dan goreng petai dalam beberapa minit sahaja supaya ianya kekal lembut. Angkat dan tos. 

Masukkan pula ikan bilis dan goreng sehingga garing. Angkat dan tos. 

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap

Menggunakan kuali lain, masukkan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. 

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap

Masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga agak cili masak. Masukkan cili hiris, pes asam jawa, gula dan garam. 

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap

Masukkan ikan bilis dan petai goreng tadi. Kacau rata. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Saya lebih suka rasa sambal yang manissedikit dari rasa masam dan masin.

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Yang Mudah Dan Sedap



3 ulasan for "Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Kikis Yang Mudah Dan Sedap"

  1. Kalau petai makan bersama sambal belacan atau budu,memang tak pandang belakanglah jawabnya,hehehe..

    BalasPadam
  2. Pertama kali tau pasal petai kikis ni. Sy pun suka ratah petai kak, aduh.. Best!

    BalasPadam
  3. wow...lauk ni yg paling best...kalau ada rezeki lebih, boleh tamabah ikan masin kurau....hiris halus2 dan goreng dulu.

    BalasPadam