Peria Goreng Dengan Telur Yang Banyak Khasiat
Biarpun sekarang zaman Instagram menguasai social media, tapi saya tetap setia dengan blog. Blog tempat saya menulis dan berkongsi resepi dan petua. Lagi satu, resepi yang dikongsi di blog juga lebih mudah untuk dirujuk dan dibuat pencarian semula di masa depan.
Cuma taip nama resepi dan taip azie kitchen di belakangnya, Insya Allah boleh jumpa dengan mudah. Saya harap blog akan terus kekal sebagai medium untuk perkongsian resepi sampai bila bila.
Lagi pulak, mereka yang follow blog saya adalah mereka yang benar benar setia. Bukan sahaja mengikuti resepi juga mengikuti kisah kisah dan perkongsian yang saya buat. Saya menjadi terus bersemangat untuk menulis blog, kerana adanya sokongan padu dari mereka. Ada kala bila melihat statistik satu satu entri rendah sahaja, mula lah terasa mood ke laut.
Tapi pengalaman menerima komen negatif di youtube menjadikan saya adakalanya terpaksa membalas dengan sepadannya. Atau saya terus remove dan block sahaja. Bayangkan apa perasaan anda bila membaca komen yang ditinggalkan seperti 'sungguh biadap video ini". Masya Allah video masak masak yang simple pula dikatakan biadap. Jika tidak suka, tak perlulah tengok. Bukan kena beli tiket untuk melihat video saya. Buat apa nak menyemai dosa. Kalau ditengokkan nama penulisnya seperti seorang Melayu yang beragama Islam. Memang dunia akhir zaman agaknya. Ramai yang berfikiran celaru.

Peria goreng dengan telur adalah lauk yang saya sediakan untuk hidangan makan malam Nana. Saya pun buntu idea untuk memasak lauk bagi wanita lepas bersalin. Sayur peria juga bagus untuk memperbanyakkan susu badan pada wanita lepas bersalin. Jadi banyakkan makan sayur seperti lobak putih, peria, pegaga dan buah kurma untuk bertindak sebagai milkbooster.
Selain itu, peria juga boleh menurunkan bacaan kadar gula dalam darah dan jika diamalkan secara berterusan, boleh mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Jadi kita sama sama makan ulam ulaman yang memang berkhasiat dan bahan alami giteww.

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Peria Goreng Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 biji peria katak
Sedikit ikan bilis
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
3 tangkai cili padi - hiris
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - opsyenal
Cara cara:
Buah peria kata dibelah dua, buang biji dan hiris nipis. Rendam peria dengan 1 sudu besar garam selama 25-30 minit. Bilas dengan air bersih dan tos.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau rata.
Masukkan peria dan kacau rata sehingga agak lembut. Masukkan gula dan garam secukupnya.
Ketepikan bahan bahan, masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan setelah sedikit mengeras, baru dikacau rata.
Akhir sekali, masukkan serbuk kunyit, cili merah dan cili padi. Kacau rata. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
munira
BalasPadamassalam betul tu kak azie.saya sokong 100%...xsuka xpayah tgok kan..dan kalau xsuka sekalipun xyah la komen yg boleh menjatuhkan emosi seseorang cube seseorang komen awak begitu?apa perasaan awak..apa2 pun saya selalu folow akak..setiap hari saya akan buka blog akak..saya senang ngan cara akak menyampaikan isi penulisan ini..sungguh tersusun dan teratur jalan penceritaannya...anyway syabas akak..abaikan insan2 diluar sana yg hanya bersikap negetif tu..
Wslm Munira. Terima kasih kerana sudi komen. Gembira sekali saya membacanya. Walaupun cuba bersabar, adakala kita rasa terusik dg komen yang melampau yg seolah tidak langsung takut dosa menyinggung hati orang lain.
PadamTerima kasih..kak azie. Semua resepi saya cuba menjadi. Suka tulisan kak azie.. byk bagi inspirasi kpd diri sendiri.
BalasPadam