Mee Hoon Goreng Cili Kering Yang Sedap.
Mee Hoon Goreng kali ini dibuat tanpa menggunakan kicap kerana Nana berpantang dari makan makanan berasaskan soya buat sementara waktu. Kalau menggoreng mee hoon, memang kicap adalah antara bahan wajib digunakan. Kali ini, tiada kicap. Sebetulnya memang dah lama saya ingin menyediakan mee hoon goreng seperti ini.
Mee hoon goreng kali ini menggunakan hanya bawang merah, bawang putih dan cili kisar sahaja. Saya masukkan juga 2-3 sudu besar sos tomato tapi kalau tak dimasukkan pun, rasanya masih sedap. Mee hoon ini menjadi berwarna kemerahan. Tapi yang penting, ianya sedap. Sekali makan beramai ramai, habis licin sekuali besar. Memang teringat ingat dek kesedapannya.

Saya teringat masa di kampung dulu. Memang ini jer cara menggoreng mee hoon dulu dulu. Hanya bawang merah, bawang putih, cili kering dan garam. Tiada sos dan kicap semua tu. Tiada juga daging, ayam atau ikan bilis. Hanya kosong kosong jer. Ala ala mee hoon bodo jer.
Saya memasak ketika hari dah agak gelap. Tambahan lagi pulak, hari hujan renyai. Jadi gambar agak tidak cantik kerana ketiadaan cahaya semulajadi. Tapi itulah dugaan dan cabaran seorang blogger yang berkerjaya seperti saya. Namun apa pun, saya sangat syorkan anda mencuba resepi ini. Serious sangat sedap. Lebih lebih lagi bila menggunakan daging menjadikan mee hoon lebih berperisa.

Jom layan resepi mee hoon kampung yang sedap ini. Selamat mencuba...
Mee Hoon Goreng Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 1/2 pek mee hoon rice vermicelli cap Jati
1 mangkuk daging - hiris nipis
2-3 biji telur
1 ikat daun sawi
1 batang karot - hiris memanjang
2-3 sudu besar cili kering kisar
3-4 sudu besar sos tomato
1 biji buah tomato - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
Garam
Daun sup
Bawang goreng
Bahan tumbuk:
5 - 6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Rendam mee hoon sehingga lembut. Tos air.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak dan terbit minyak.
Masukkan daging. Kacau rata. Masukkan air secukupnya untuk merebus daging sehingga daging empuk. Masak sehingga daging empuk dan bahan tumisan terbit minyak. Jika daging belum empuk, boleh tambah air lagi.
Setelah terbit minyak, masukkan sos tomato dan garam.
Masukkan karot dan batang sawi. Kacau sehingga lembut.
Ketepikan bahan tumisan dan tuang telur. Bila hampir mengeras, baru dikacau.
Masukkan mee hoon dan daun sawi. Kacau rata sehingga mee hoon masak dan kelihatan terbit minyak.
Akhir sekali, masukkan buah tomato dan cili merah hiris. Kacau rata. Sesuaikan rasa.
Angkat dan sebelum hidang, boleh tabur daun sup dan bawang goreng.
Nota:
Boleh juga rebus daging berasingan. Masukkan air rebusan daging ke dalam bahan tumisan untuk menambah keenakan mee hoon.
Nota:
Boleh juga rebus daging berasingan. Masukkan air rebusan daging ke dalam bahan tumisan untuk menambah keenakan mee hoon.
Auntie azie... seumur hidup sy...memang ini la resepi sejak dr dulu lg sy goreng bhun untuk mak sy.. kerana mak sy sgt2 menggemari meehoon goreng... tekak mak hanya sedap resepi yg ini saja... sejak dr sy tingkatan 3 dok goreng. Mcm ni saja...sgt2 sedap... kadang2 xletak udang hanya dengan bawang saja pun sudah sedap... bihun goreng bodo katanya....
BalasPadamBetul tu. Tak letak apa apa bahan lain pun tak apa. Rasa dah sedap untuk selera kita yang suka masakan melayu.
Padam