Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Butir Nangka

Kuih Butir Nangka

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Kuih Butir Nangka yang merupakan antara kuih kegemaran saya terutama di bulan Ramadhan. Sebelum itu, kita sembang sembang jap. Sejak beberapa tahun kebelakangan, saya menjadi kurang berminat menonton televisyen. Saya biasanya berada di depan TV hanya waktu berita pukul 8.00 malam. Itupun menonton sementara saya duduk di sofa di ruang keluarga. 

Saya jadi malas untuk stresskan diri dengan babak dalam drama atau cerita di TV. Saya juga jarang sekali menonton drama atau rancangan hiburan di TV. TV di bilik saya pun jarang dibuka. Bila dibuka, nak tukar channel pun terkial kial. 

Cuma satu yang saya akan tengok berulang ulang ialah drama Winter Sonata yang saya tengok sebulan sebelum saya dan anak anak bercuti ke Korea. Sehingga kini, bila terasa sunyi dan sedih, saya akan menonton drama ini. Entah kenapa saya sangat suka menonton watak Kang Joon Sang dalam drama itu walaupun ada ketika, ada adegan yang tidak logik. 

Saya suka watak dia yang kelihatan sangat perfect untuk seorang lelaki. Beliau handsome, bergaya, berjaya dalam kerjaya dan romantis. Aduhaaiii.... haa setakat ini dulu, sebelum ter over. Meh layan bab kuih pulak. 

Kalau di Kelantan, kuih ini dipanggil Kuih Butir Nangka bukan biji nangka. Orang Kelantan, panggil butir merujuk kepada buah. Sebagai contoh sebutir durian, sebutir nangka. Menyediakan kuih ini sangat mudah dan cepat. Kalau nak sedap, guna santan segar untuk menyediakan kuahnya. Barulah terasa lemaknya. 

Kuih Butir Nangka

Saya menyediakan kuih ini sebenarnya untuk interview dengan akhbar The Star. Entah macam mana sebab tak sihat agaknya. Saya dah confuse. Interview hari Ahad tapi saya dah bangun memasak pada pagi Sabtu. Adoi lah. Apa apa pun, saya boleh makan kuih ini lebih awal. Masukkan dalam peti sejuk dan makan ketika sejuk, memang menyamankan. 

Jom layan resepi di bawah ini. Juga ada video di Azie Kitchen youtube channel di SINI.  Selamat mencuba. 

Kuih Butir Nangka

Kuih Butir Nangka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan butir nangka:
2.5 cawan tepung beras pulut
1.5 sudu besar tepung gandum
240 ml air daun pandan 
1-2 titis pewarna hijau - opsyenal
1 sudu kecil air kapur

Cara cara:
Sebelum menguli, panaskan dahulu setengah periuk air  di dalam periuk. 

Potong daun pandan dan kisar dengan 250 air. Tapis dan ambil airnya. Titiskan sedikit pewarna hijau. 

Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tuang air daun pandan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tepung tidak melekat pada tangan dan bekas. Tambah tepung atau jus pandan, jika perlu.

Kuih Butir Nangka

Kuih Butir Nangka

Kemudian ambik secubit dan bulatkan sebelum dibentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  

Kuih Butir Nangka

Terus masukkan doh itu ke dalam air yang sedang mendidih. Apabila butir nangka masak, ia akan timbul di permukaan air.  

Kuih Butir Nangka

Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

Kuih Butir Nangka


Bahan-bahan kuah:
2 kotak santan kotak + 2 cawan air
2 helai daun pandan -  disimpul
1/3 cawan gula atau secukupnya
Secubit garam 
1 sudu kecil halba
4 ulas nangka - opsyenal

Cara cara:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 

Masukkan isi nangka yang dicarik. Kacau sehingga hampir mendidih. 

Kuih Butir Nangka

Masukkan butir nangka yang telah di tos airnya. Kacau sehingga mendidih. Tutup api dan terus mengacau lagi selama 1-2 minit.  

Kuih Butir Nangka

Kuih Butir Nangka

Sedap dimakan sejuk. 

Nota: Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.  



2 ulasan for "Kuih Butir Nangka"

  1. Assalamualaikum,
    Kenapa sy buat keras sedikit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. sukatan air mungkin tak sama atau sukatan pulut mungkin tak sama. jadi masa adun tu kena bagi lembut dan tak melekat di tangan. Jika keras tu tandanya air kurang tau pulut terlebih

      Padam