Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Ikan Bawal Yang Mendapat Pujian


Saya menyediakan asam pedas ikan bawal yang bersaiz agak besar yang dihantar oleh @fishforitmy. Saiz yang besar menyebabkan saya memotong menjadikanya 5 keping. Boleh tengok Instagram beliau bagi anda yang menpunyai akaun instagram. Dapatkan promo code Azie Kitchen untuk mendapat diskaun RM5 OFF.  

Kali ini menyediakan asam pedas yang simple simple. Asam pedas ini ada banyak versi. Ada yang dimasukkan rempah rempah, ada yang dimasukkan bunga kantan atau daun kesum atau daun limau purut. Daun kari pun ada juga dimasukkan dalam masakan asam pedas. Tapi kali ini saya memilih asam pedas biasa biasa untuk orang biasa biasa macam saya. Tiada bahan kosmetik macam buah tomato pun. Kosong kosong dengan ada aroma bau dan rasa serai sahaja. Hahaha.

Wah dah lama Hubby tak memuji, hari ini pula dia memuji katanya asam pedas ini sangat sedap. Hmm kira betul lah sedap tu. Mungkin kerana saya memasak dengan hati yang penuh cinta dan ikhlas agaknya. Maklum dah beberapa hari ini asyik terbayangkan asam pedas ikan sungai yang dimasak oleh seorang kenalan Instagram. Lebih lebih lagi ikan sungai yang dimasak sangat segar kerana baru ditangkap dan penuh dengan telur.


Sejak kecil saya biasa makan ikan sungai kerana ikan sungai ditangkap sendiri oleh arwah abang dan arwah ayah di sungai atau sawah berdekatan dengan rumah. Kalau musim banjir, lagi banyak ikan sungai yang berjaya ditangkap samada menggunakan pukat atau dengan memasang tauk. 

Saya sendiri pula suka memancing. Jadi antara ikan sawah dan ikan sungai yang biasa dan saya kenal ketika itu ialah ikan lampan, ikan haruan, ikan keli, ikan puyu dsb. Lain lain seperti baung, patin kerai dsb memang tiada dalam kamus hidup saya ketika itu. 

Jadi sebab dah terbiasa makan ikan sungai semasa di kampung, menyebabkan selepas berhijrah ke KL, saya tak suka makan ikan sungai. Saya tidak suka rasa isi ikan sungai yang tawar kecuali ikan yang digoreng rangup. Hahaha bukan kes lupa asal usul lak. Sama juga dengan udang. Oleh kerana dah biasa makan udang sungai, sehingga sekarang saya jarang sekali makan udang sungai. Saya memilih ikan laut atau udang laut yang tiada rasa hanyir. 

Saya juga tidak suka memasak ikan sungai kerana badannya yang bersisik dan berlendir. Jika saya memasak ikan keli berlado yang diminta oleh Boy, saya akan meminta Hubby menyiang dan melumur garam kunyit. Kemudian Hubby akan memasukkan ikan untuk digoreng ke dalam kuali. Selepas dah masuk dalam kuali, baru saya boleh mengambil alih. Kalau tidak, memang saya tidak akan menjamahnya. Tapi kalau orang lain yang memasaknya, saya akan makan.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...



Asam Pedas Ikan Bawal

Bahan bahan:
1 ekor ikan bawal
14 batang kacang bendi
2 batang serai - ketuk
3 sudu besar cili kering kisar 
Sekepal asam jawa - bancuh dengan air
Garam
Sedikit gula - opsyenal

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah - saiz besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan serai. Lepas tu, masukkan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga cili dan bahan tumis garing dan terbit minyak. 



Masukkan air secukupnya. Masukkan air asam jawa dan garam serta gula. Masak sehingga mendidih. 

Masukkan ikan dan biarkan merenih sehingga ikan masak dengan api perlahan. 


Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Agak agak kacang bendi separuh lembut, tutup api kerana saya suka kacang bendi yang masih ranggup ketika dimakan.




Catat Ulasan for "Asam Pedas Ikan Bawal Yang Mendapat Pujian"