Persandingan Hafez dan Mira di Hotel Marriot Putra Jaya
Kemuncak bagi majlis perkahwinan Hafez dan Mira adalah majlis resepsi di Hotel Marriot Putrajaya pada 10 Mac 2018 yang dihadiri ramai kenamaan.
Tetamu VVIP adalah DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Ketua Hakim Negara dan Menteri Besar Selangor bersama isteri masing masing. Selain itu, terdapat juga menteri menteri dan Ahli Majlis Dewan Diraja Selangor serta kerabat diraja Selangor.
Hafez dan Mira memilih persalinan gaun yang direka Datin Lynda Rahim. Pelamin pula direka oleh Adi Putra. Mira disolek oleh Alha Alfa.
Kami sekeluarga check in di hotel pada tengahari Sabtu dan terus ke grand ballroom untuk melihat persiapan akhir dan juga rehersal. Selepas solat Maghrib, kami bergegas turun kerana kedatangan tetamu adalah bermula pada pukul 7.45 malam. Agak rushing kerana waktu Maghrib adalah 7.28 malam.
Sebaik ketibaan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor ketika itu, kami mulai masuk ke holding room sementara menunggu ketibaan Tun Md Raus Sharif dan seterusnya YTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Akhir sekali diadakan sesi memotong kek perkahwinan. Selepas tetamu VIP berangkat balik dari majlis, diadakan sesi bergambar dengan pengantin. Ketika ini sahabat handai dan saudara mara mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan kedua pengantin.
Catat Ulasan for "Persandingan Hafez dan Mira di Hotel Marriot Putra Jaya"
Add your comment