Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kota Bharu


Sempena cuti hujung minggu yang panjang yang kebetulan dengan cuti hari keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agung, kami sekeluarga dan besan kami telah bercuti di Kota Bharu untuk JJCM. Percutian yang hanya mengambil masa 24 jam sahaja, khas untuk menikmati makanan dan masakan Kelantan. 

Kami tiba di bandar Kota Bharu hampir pukul 12 tengahari dan sesampainya di sana, kami terus ke Pasar Siti Khadijah dengan menaiki dua buah kereta yang disewa.  Satu lagi kereta dipandu oleh Boy bersama Mia, Nellisa dan Juita. 

Hajat hati untuk bersarapan lewat tengahari dengan nasi dagang di gerai Kak Moh yang terletak di atas pasar. Tapi sayang sekali kerana nasi dagang telah kehabisan. 


Kami memutuskan untuk makan tengahari di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Jadi saya bungkuskan nasi kerabu untuk dibawa makan di sana. Seperti biasa, saya akan mencari makanan Kelantan setiap kali balik Kelantan. 

Orang terlalu ramai ketika kami sampai sehingga agak sukar untuk mencari tempat duduk yang boleh memuatkan 9 orang termasuk Finar yang datang menemui kami di sana. 

Kami menikmati makan tengahari dengan pelbagai lauk pauk yang semuanya sangat sedap. Antaranya ialah ikan patin masak asam pedas, ikan keli goreng rangup, ikan berlado, masak lemak telur itik, ayam percik, ayam kampung goreng dll. Yang pasti ialah pelbagai ulama ulaman yang mana saya meratah ulam ulaman terutama petai rebus yang memang kesukaan saya. 


Selepas makan, kami sekali lagi menuju ke pasar untuk membeli belah. Saya hanya mencari toto Narita sahaja. Selepas itu, kami hanya menemani Datin Nursinah yang mencari kain batik serta pakaian dari batik untuk cucu mereka.




Selepas itu kami ke hotel untuk check in. Sementara menunggu semua bilik disiapkan, kami duduk bersembang di lobi hotel. Tiba tiba Dato Saleh menanya kalau mahu ke restoran Pak Mat untuk menikmati Teh Madu. 


Oleh kerana ianya tutup pukul 4.30 petang, kami bergegas ke sana. Sesampai di sana kelihatan beberapa buah bas dengan orang ramai yang beratur panjang. Di situ ada dijual sup kepala ikan, sup gear box selain lauk pauk Kelantan. Kami hanya memesan minuman air teh madu sahaja. Di dalam nya diletakkan ais krim yang juga diperbuat dari air teh madu. 


Selepas itu, kami menuju pula ke Simpang Empat Cherang untuk mencari nasi dagang dan kuih muih tradisi Kelantan. Selepas puas berpusing pusing kerana terlupa jalan masuk, akhirnya kami berjaya menemuinya. Gerai baru ini yang terletak tidak jauh dari lokasi asal, tidak semeriah gerai lama yang biasa kami kunjungi di mana mereka berniaga di atas wakaf sahaja. Kebetulan hari cuti, jadi banyak gerai termasuk gerai nasi dagang yang tidak dibuka. Selepas membeli sedikit kuih muih, kami terus ke hotel untuk check in. 

Sebelah malam Prof Dr Anizu datang ke hotel untuk sama sama makan malam. Setelah puas mencari restoran untuk makan malam di Wakaf Che Yeh, akhirnya kami memilih Restoran Kuning. Cukup susah untuk mencari parking dengan kedudukan trafic light yang sangat jauh untuk membuat u turn menyebabkan kami hampir mahu menukar ke tempat lain. 


Inilah kali pertama saya ke Wakaf Che Yeh yang selama ini dikatakan sangat happening di waktu malam kerana adanya pasar borong. Kami memesan udang goreng, ikan bakar berlado dan sotong celup tepung dengan pelbagai ulam ulaman. 




Balik ke hotel, kami bersembang sembang dengan Finar  di lobi hotel sementara menunggu sahabat saya Cikgu Sakinah datang untuk menghantar keropok lekor yang baru siap dimasak untuk kami bawa balik. 

Setakat ini dahulu catatan perjalanan JJCM kami pada hari pertama di Kota Bharu. Nantikan sambungan nya di entri akan datang.


3 ulasan for "JJCM Kota Bharu"

  1. Rindu nak bercuti ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ni

    BalasPadam
  2. Heee.. Kelantan ini macam sinonim je menu makanan eksotik ;). Kekadang nama menu pun pelik² jugak kan?

    BalasPadam