Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Dendeng Yang Sedap


Daging Dendeng Yang Sedap

Dulu saya kadang tertanya kenapa orang yang menpunyai cucu, asyik bercerita mengenai cucu. Bila saya sendiri telah menpunyai cucu, baru saya faham bagaimana perasaannya. Balik sahaja dari pejabat, terus mahu bergegas sampai di rumah. Bila keluar pada hari minggu, terasa rugi masa dan ingin cepat cepat balik melihat cucu. 

Menpunyai cucu, menyebabkan saya rasa muda kembali, suntikan semangat baru. Masuk ke kedai menjual barangan bayi, terasa semua ingin dicapai. Keterujaannya memang tidak boleh diukirkan dengan kata kata. Jika saya seorang yang cerewet dalam menjaga anak anak sendiri, pastinya cerewet saya menjadi dua kali ganda dalam bab cucu. Tak perlu dipertikaikan atau diragui terutama bagi yang menyambut cucu pertama kali. OK lah sekarang kita masuk pula bab masakan yang saya sediakan pada hari kemerdekaan semalam iaitu daging dendeng. 

Pertama kali makan Daging Dendeng semasa beraya Aidil Fitri yang lalu di kampung besan kami Dato Salehuddin dan Datin Nursinah di Kampung Lawin, Kuala Kangsar. Selepas menjamahnya, terasa sangat sedap sehingga saya bertanya apa nama masakan tersebut. Saya mengulang ngulang makan lemang dengan daging dendeng. 


Daging Dendeng Yang Sedap

Seperti biasa, saya tak akan senang duduk selagi tidak menanyakan resepinya. Saya menyalin resepi dari Datin Nursinah yang mempelajarinya dari Bonda beliau sendiri yang berasal dari Perak. Jadi saya mengagak masakan ini adalah masakan orang Perak. 

Saya tidak pernah melihat daging dendeng dimasak atau dihidangkan di rumah mertua sebelum sebelum ini. Jadi bila hari raya kali ini, tiga rumah yang kami kunjungi menghidangkan daging dendeng, menjadikan saya rasa teruja untuk cuba menyediakannya sendiri. 

Setelah saya google, barulah saya faham rupanya ada pelbagai resepi daging dendeng ini. Ada yang memasukkan halia, ada juga yang meletakkan asam jawa. Tapi sebab saya suka rasa daging dendeng Datin Nursinah jadi saya memilih untuk mencuba resepi beliau. 

Daging dendeng saya hari ini terlebih hitam mungkin kerana saya telah terlebih memasukkan kicap. Walaupun hitam melegam, rasanya sedap dan menjadi. Insya Allah saya akan cuba memasak lagi sekali daging dendeng ini. 

Resepi baru yang pertama kali dicuba, pasti ada ketika kejadiannya tidak sempurna. Jadi kena cuba dan cuba lagi. Berbeza dengan lauk pauk yang kita biasa melihatnya sejak kita kecil. Pandai jer kita mengagak bahan dan sukatannya. 

Jom layan resepi yang saya ubahsuai berdasarkan bahan yang saya gunakan hari ini. Juga saya sediakan video di Azie Kitchen youtube channel di SINI sebagai rujukan.


Daging Dendeng Yang Sedap

Daging Dendeng

Bahan bahan:
2 kg daging
5-6 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Kicap lemak manis
Kicap masin
Garam secukup rasa
Gula secukupnya

Bahan Kisar:
4 biji bawang besar 
6-7 ulas bawang putih 

Cara cara:
Daging dipotong dua atau tiga ketul. Rebus daging dalam 30 minit atau agak agak tidak ada darah jer. Hiris nipis.

Daging Dendeng Yang Sedap

Daging Dendeng Yang Sedap

Tumbuk ketuk hingga agak agak pecah urat sahaja. Ketuk dari tepi dulu sebelum ke bahagian tengah. 

Daging Dendeng Yang Sedap

Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diketuk tadi. Goreng daging seketika hingga agak perang sikit. Semasa goreng daging, kena sentiasa jaga api takut hangus. Angkat dan ketepikan. 

Daging Dendeng Yang Sedap

Daging Dendeng Yang Sedap

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar hingga wangi. 

Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing serta pecah minyak. 

Daging Dendeng Yang Sedap

Lepas tu masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan garam serta gula, jika perlu.  

Setelah pecah minyak, masukkan daging yang siap digoreng. Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar mereneh lama hingga kering sikit. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan daging. 

Daging Dendeng Yang Sedap

Nota:
Cili kering biar ada yang dikisar kasar sedikit. 


7 ulasan for "Daging Dendeng Yang Sedap "

  1. Hah....baru tau nikmatnya bila ada cucu kan. nampak kasut, beli. nampak stokin, beli. nampak baju, beli. rasanya nenek yg lebih2 daripada mak sendiri.nasib baik cucu lelaki.kalau perempuan agaknya hari2 masuk kedai emas.....hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kita dulu, masa baru nak bina kehidupan, duit tak banyak. Nenek dah stable bolelah belanja itu ini.

      Padam
    2. betul tu Azie. dulu kita langsung tak mampu beli pampers, pakai seluar getah ikat je. beruntung anak2 sekarang sebab nenek bekerja.Pengalaman dulu sentiasa ingatkan kita utk muhasabah dan merendah diri, jgn riak dan menunjuk2 sebab kita pun berasal dari keluarga susah.Kesenangan yg kita dapat inilah dugaan yang sebenarnya. Sama2lah kita sentiasa saling ingat-mengingati...

      Padam
  2. Cucu Kak Azie pula tu hensem sangaattt. Saya pun suka tengok gelagat dia kalau Kak Azie share tu.
    Kak Azie, saya nak cuba resepi ni juga. Nak tukar menu tahun ni. Instead rwndang daging,nak buat dendeng jer. Lagipun bahan2 dia lebih mudah. T. Kasih kak..

    BalasPadam
  3. Izinkan Sy mencuba msk daging dendeng. T. kasih


    BalasPadam
  4. Saya nak cuba resipi akak hari ni. Bila masak setiap hari semasa pkp ni, smpai dah mati kutu apa nak masak

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum alhamdulillah dpt resepi yg mudah ni tapi tengok jer dah telan air liur .. mohon ler kita buat hari ni..tq utk resepi yg terbaik I harap anak2 suka

    BalasPadam