Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Baru sehari Juita berangkat balik ke Manchester, saya sudah terasa teramat amat untuk menyusul ke sana. Malahan minda saya memang seolah telah berada di sana. Namun ada beberapa hal yang tidak dapat dielakkan untuk saya berada di sana ketika ini. 

Pertama cuti tahunan yang berbaki sedikit sahaja lagi. Saya perlu menyimpan beberapa hari untuk tujuan kecemasan atau yang memerlukan saya bercuti sehingga akhir tahun. Kedua, kerana adanya cinta hati saya, Ammar yang sentiasa menggamit saya untuk pulang sesegera mungkin dari pejabat setiap hari. Ammar menyebabkan saya sentiasa teruja setiap hari. Setiap hari adalah hari yang ditunggu tunggu. Jadi, saya terpaksalah bersabar dan menunggu saat yang sesuai untuk bercuti.

Hari ini saya ingin kongsikan cara menyediakan Butter Chicken yang sangat mudah tetapi rasanya sangat meletup. Mudah kerana hanya perlu menggaulkan ayam di dalam Tepung Goreng Berempah. Hanya perlu ikut aturan yang ditulis di pek pembungkus. Salutan tepung lebih kemas dengan teknik celupan basah dan kering. Tak perlu menggunakan telur untuk mencelup ayam. Itulah yang dikatakan sangat mudah dan ringkas.

Jika dimakan di restoran atau hotel hotel, memang sangat mahal harganya. Jika dimakan di gerai, jarang yang sedap walaupun harga lebih murah. Sebenarnya nak menyediakan Butter Chicken yang sentiasa menjadi kegemaran anak anak ini, tidaklah susah tetapi proses menyediakannya yang agak remeh. 

Penggunaan cili padi terpulanglah pada kesukaan masing masing. Jika suka pedas, boleh dilebihkan. Tapi jika guna cili padi kampung, kenalah kurangkan. Takut anak anak tak tahan pulak. 

Butter Chicken Sedap dan Mudah
Perbezaan resepi ini dengan resepi sebelumnya adalah penggunaan Tepung Goreng Berempah. Saya memilih Perisa Asli. Serious sangat sedap. Malahan ayam yang digoreng dengan tepung berempah ini sedap dimakan begitu sahaja. 

Beberapa ketul ayam yang siap digoreng dimakan sambil memasak. Kalau nak dicicah dengan sos cili atau sos tomato pun boleh. Memang secukup rasa tepung goreng berempah ini. Saya cadangkan untuk anda mencubanya sendiri di rumah, barulah tahu apa yang saya maksudkan. 

Butter Chicken Sedap dan Mudah
Saya pernah menyediakan Butter Chicken yang begitu popular di kalangan pembaca blog Azie Kitchen. Ramai yang telah mencubanya. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi Butter Chicken yang kami sediakan sebelum ini. 

Ada sedikit kelainan. Tiada penggunaan cheese dalam resepi ini. Dengan bahan bahan yang lebih ringkas tapi rasanya sama sahaja keenakannya. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini serta langkah langkah penyediaannya secara bergambar. Seperti biasa lihat video cara cara penyediaannya di Instagram Azie Kitchen dan youtube Azie Kitchen channel untuk video yang lebih panjang masanya di SINI

Butter Chicken Sedap dan Mudah
Butter Chicken Sedap dan Mudah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan Ayam:
500 gram chicken fillet - potong kecil
1 pek Tepung Goreng Berempah  

Bahan bahan Buttermilk:
5 sudu besar mentega
6 ulas bawang putih - cincang
4-5 tangkai cili padi - hiris halus
1 -2 tangkai daun kari
200 ml susu cair
1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dg sedikit air - opsyenal
Secubit garam
Secubit gula

Cara cara:
Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk A dan 5 sudu besar air. Kacau rata. Dalam mangkuk B pula, tuangkan tepung goreng berempah. 

Ambik sekeping ayam dan dicelup dalam mangkuk A sebelum digaul gaul dengan tepung dalam mangkuk B. Ketepikan. Buat sehingga habis kesemuanya.  

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemas emasan. Angkat dan tos. 

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Menggunakan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang naik bau dan berwarna sedikit kekuningan. 

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah


Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, gula dan garam. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan. 

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata rata dan sedia untuk dihidangkan panas panas.  Wallaa sangat sedap. 



Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Butter Chicken Sedap dan Mudah

Selamat mencuba...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

20 ulasan for "Butter Chicken Sedap dan Mudah"

  1. sedapnya tak sabar nk try resipi ni

    BalasPadam
  2. Puan azie, kalau tiada susu cair, optional lain apa ya puan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. susu lain pun boleh macam susu segar ke atau susu berkrim.

      Padam
  3. Puan Azie, kalau guna santan boleh tak ya?

    BalasPadam
  4. Terima kasih resepinya puan.. Mau di cuba ni

    BalasPadam
  5. kenapa kuah saya jadi warna kuning dan bukan warna putih?

    BalasPadam
  6. Mentega xda klu guna planta boleh ke

    BalasPadam
  7. Saya kenal kak juita..kami sama sekolah dulu 🥺 dia cantik😭

    BalasPadam
  8. Simple dan sedap...sesuai dgn Saya suka ringkas saja. Tak suka duduk dapur lama-lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya masa kena peruntukan juga utk urusan lain. Kena bijak membahagikan masa

      Padam
  9. Kalau tak ada duan kari boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun kari untuk naikkan bau dan rasa, kalau tak da pun xpe janji bahan lain tu ada supaya ada rasa butter tu

      Padam
  10. Memang sdp la resepi ni.ank2 suka.tq

    BalasPadam
  11. Saya masukkan honey sikit mmg umph rasanya

    BalasPadam