Pajeri Kedondong Yang Sedap
Jika anda follower blog saya, pasti anda ada terbaca yang saya peminat pajeri terutama pajeri terung dan nenas. Kalau sekali sekala, saya makan tengahari di medan selera tempat saya bekerja, pasti lauk yang saya pilih ialah lauk yang sama setiap kali iaitu pajeri, ikan cencaru sumbat dan telur masin.
Atas sebab itu, saya gigih belajar cara memasak pajeri sehingga berjaya memasak pajeri yang menepati selera saya. Boleh klik di SINI untuk entri resepi pajeri terung saya yang sangat sedap sebelum ini.
Resepi yang saya pelajari dari Wan Chu. Pajeri sedap kerana adanya penggunaan udang kering. Kata Wan Chu pajeri mesti pekat dan berempah, barulah tidak jadi seperti kari terung.
Sebetulnya hari ini, saya hanya ingin menyediakan pajeri kedondong tetapi selepas melihat terung yang dah beberapa lama terperap dalam peti ais, saya dapat idea untuk masukkan terung sekali. Lagi pulak, terung memang antara sayur kegemaran saya. Tak kira masak apa pun, masak lemak atau goreng berlado atau goreng kicap, semua sedap.

Saya sukakan pajeri yang sedikit manis manis. Tetapi bila digandingkan dengan buah kedondong, terasa lah juga masam masam buah. Jadi rasanya kalau pajeri terung, lebih baik jangan diganding dengan kedondong atau nenas yang rasa masam masam sikit.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Pajeri Kedondong dan Terung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
20 biji buah kedondong - celur separuh lembut
9 biji terung kecil
2 paket kecil rempah kari daging
1 sudu besar kerisik
1/2 kg santan segar
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Segenggam udang kering - kali ini guna ikan bilis
Cara cara:
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.
Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
Akhir sekali, masukkan buah kedondong dan terung serta sedikit air sehingga agak agak buah kedondong dan terung tenggelam sahaja.
Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Catat Ulasan for "Pajeri Kedondong Yang Sedap"
Add your comment