Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Dr Nana Yang Sedap

 Masak Lemak Udang Dr Nana Yang Sedap

Alhamdulillah. Saat yang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Kelahiran cucunda sulung saya pada 9 Ogos 2018. Subhanallaah sesungguhnya manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat hebat. Saya mengalir airmata ketika pertama kali melihat dan menyentuhnya. Doakan agar cucunda saya menjadi seorang anak yang soleh dan hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. Aameen. 

Hari ini, saya ingin kongsikan resepi yang telah lama tertangguh. Sebelum itu, kita cerita dulu bab anak anak yang tidak minat memasak. Saya pernah mendengar celoteh Bonda Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya yang anak anak beliau tak berapa minat memasak. Kata Rozita lagi, saya dah tua, lepas ni saya mati jer. 

Jadi rugi kalau anak anak tak belajar memasak. Ianya dituju pada anak anak beliau yang katanya tak belajar terutama resepi dan masakan tradisi. 

Masak Lemak Udang Dr Nana Yang Sedap
Adalah sedikit sebanyak persamaan dengan anak anak saya. Bukan mereka tidak belajar memasak tetapi ada kalanya mereka akan mengikut citarasa mereka sendiri, tidak mengikut cara saya memasak. Ianya berlaku bukanlah di kebanyakan masa. Hanya kadang kadang sahaja. 

Contoh, masa Nana memasak masak lemak udang, saya menyarankan Nana memasak Masak Lemak Cili Padi stail Nogori, tetapi dia memilih cara dia sendiri. Hari ini Nana menyediakan Masak Lemak Udang yang saya namakan Masak Lemak Udang Dr Nana. Tapi hasilnya sangat sedap.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Selamat mencuba...

Masak Lemak Udang Dr Nana Yang Sedap

Masak Lemak Udang Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10-15 ekor udang
1 batang serai - ketuk
1 kotak santan pekat
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 

Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul. 

Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 


Masak Lemak Udang Dr Nana Yang Sedap

Selamat mencuba...




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Masak Lemak Udang Dr Nana Yang Sedap"

  1. Alhamdulillah dan tahniah Azie dapat cucu sulung. cuma x beritau putra ke putri. Selamat datang ke dunia nenek, opah dsbgnya..........hehe.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..
    alhamdulillah..
    tahniah nenda..
    kebetulan dekat pulak tarikh kelahiran cucunda puan azie dng anak saya.. tarikh lahir anak saya 10/8 hihihi..

    kebetulan saya gunakan resepi puan azie lagi hari ni..
    saya buatkan kek red velvet untuknya..
    alhamdulillah resepi pilihan setiap masa..
    terbaik semuanya resepi dari azie kitchen..

    terima kasih puan azie.. di ats perkongsian resepi di azie kitchen.. minta halalkan ye..
    semoga Allah merahmati puan azie sekeluarga dan sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan amal ibadah aamiin

    love,
    ciksu qasehnyarania
    https://lobaksusue.blogspot.com/2018/08/selamat-hari-lahir-raniaku-sayang-10.html

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah k.Azie sekeluarga atas kelahiran cucunda. Baru perasan k.Azie dah ada cucu bila baca entry hari ni (makan di Mana Cafe).

    May Allah bless you and your family always. Aamiin.

    BalasPadam
  4. Terbaik la kak azie punyer resepi sellu sy google ade resepi kak azie punyer. Minta halal ye kak. Sy dah guna banyak resepi akak

    BalasPadam
  5. Saya dah berulang kali gunakan resipi ni, simple dan sedap.

    BalasPadam