Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lidah Lembu Goreng Pedas Kegemaran Anak Anak

Lidah Lembu Goreng Pedas

Siapa pernah makan masakan atau lauk menggunakan lidah lembu? Lidah lembu adalah masakan exotic yang sangat terkenal terutama di Kelantan. Ianya adalah lauk yang menjadi kegemaran semua anak anak saya kecuali Nana sahaja yang tidak suka. 

Kalau di Kelantan, lidah lembu dimasak sup lidah atau dimasak merah atau digoreng pedas. Pendek kata sangat terkenal terutama di restoran masakan Thai. Boleh klik di SINI untuk lidah masak merah, di SINI untuk lidah goreng berempah dan di SINI untuk lidah goreng garam kunyit.

Hari ini saya ingin kongsikan lauk Lidah Goreng Pedas yang diminta oleh Boy. Saya memesan lidah dari Encik Suhaimi, peniaga daging segar di Sg Buloh. Kebetulan stok yang ada, hanya ada satu sahaja. Ikutkan hati, mahu masak 2 ketul terus.

Lidah Lembu Goreng Pedas

Selepas balik dari Pasar Seni, Mia masuk ke dapur kerana ingin belajar memasak lidah goreng pedas kesukaan Boy. Kata Mia, dia tidak pernah makan lidah sebelum ini. Oleh kerana Mia yang memasak, jadi senang untuk saya merekod video. 

Sebenarnya memasak lidah ini senang sahaja. Yang agak remeh adalah penyediaan lidah itu sendiri dari proses mencelur dan menyiat lapisan kulitnya. Hubby terpaksa belajar dari arwah Bonda saya kerana dia tahu saya gemar makan lidah. Tapi zaman sekarang ni kalau nak cepat, boleh sahaja minta penjual daging terus menyiapkannya. 

Sekali makan sahaja, habis. Memang lauk ini adalah lauk kegemaran semua di rumah kami. Seronok melihat mereka makan menambah nambah. Alhamdulillah kalau penat pun, tetap rasa berbaloi melihat mereka makan sehingga licin. 

Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa layan video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Lidah Lembu Goreng Pedas

Lidah Goreng Pedas

Bahan-bahan:
1 ketul lidah lembu
5 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - hiris
2 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
4 helai daun limau purut
1 batang serai - ketuk
1/2 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah - hiris
Garam
Sedikit gula 

Bahan sos:
1 sudu kecil sos nampla
1-2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato

Cara-cara:
Celur lidah dan siat kulit. Hiris lidah dan lumur garam kunyit. Masukkan dalam kuali dan rebus dengan sedikit air sehingga empuk dan air kering. 

Lidah Lembu Goreng Pedas

Lidah Lembu Goreng Pedas

Tuangkan sedikit minyak dan goreng seketika. Angkat dan tos. Kali ini, saya hanya menggoreng menggunakan minyak yang terhasil dari lemak lidah sendiri.  


Lidah Lembu Goreng Pedas


Dalam kuali lain, panaskan minyak. Boleh guna minyak yang sama.  Tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan kekuningan. 

Masukkan cili kisar. Kacau rata sehingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan sedikit air. 

Masukkan serai, daun limau purut dan semua sos. Kacau rata. 

Lidah Lembu Goreng Pedas

Akhir sekali, masukkan lidah yang digoreng, garam, gula dan perasa secukupnya. Setelah semua bergaul rata, masukkan bawang besar Holland dan cili merah. 

Lidah Lembu Goreng Pedas

Kacau dan bolehlah ditutup api. 

Lidah Lembu Goreng Pedas


2 ulasan for "Lidah Lembu Goreng Pedas Kegemaran Anak Anak "

  1. Wah! Tetiba teringin pulak saya nak mencubanya! Tq for sharing Azie.

    BalasPadam