Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Antara makanan kegemaran saya sejak kecil ialah nasi impit yang dicicah dengan sambal kelapa ikan. Saya tidak terlalu sukakan kuah kacang. Kalau tak ada pun tak apa. 

Masa balik kampung pada hari raya ketiga, kakak ipar saya Kak Harison ada menyediakan sambal ikan untuk dimakan dengan nasi dagang. Tetapi sayang kerana tiada nasi impit. Jadi saya tak dapat lah makan sambal ikan kegemaran saya ini. 

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Bila balik ke KL, asyik teringat ingat sahaja. Kebetulan ianya adalah hari pertama saya berpuasa enam bulan Syawal, jadi saya gagahkan diri untuk masuk ke dapur. Di samping menyediakan kuah lodeh dan lontong di SINI, saya juga sediakan Sambal Ikan untuk dimakan dengan nasi impit. Nasi impit direbus untuk dimakan dengan kuah lontong. 

Saya makan ketika berbuka dengan hanya nasi impit dan sambal kelapa sehingga kenyang, baru menjamah makanan lain. Macam orang betul betul mengidam lagaknya. Sebelum naik tidur, sekali lagi masuk ke dapur. Mengulang buat kali kedua. Keesokannya saya makan sekali lagi ketika berbuka puasa. Hari ini pun kalau masih ada, pastinya akan dijadikan juadah berbuka saya juga. Tak pasti kalau ianya masih berbaki. 

Haa memang berbaloi baloi menyediakannya. Yang remehnya bab hendak menggoreng kelapa parut tu. Kena sabar dan memakan masa kerana perlu menggunakan api yang kecil sahaja. Itupun saya dah bakar kelapa parut seketika di dalam oven sementara saya menyediakan bahan bahan lain. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya yang telah saya sediakan di Azie Kitchen youtube channel. 


Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nasi Impit Dengan Sambal Ikan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng garing
5 ekor Ikan kembung saiz kecil 
Garam

Bahan kisar:
3-4 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 batang serai
1/4 keping gula Melaka

Cara cara:
Ikan direbus dan diasingkan isi dan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga lumat. 

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Tumbuk kelapa parut goreng sehingga separuh halus. Atau boleh juga dikisar halus. 

Masak bahan kisar sehingga kering. Tuang ke dalam kelapa tadi dan masukkan isi ikan yang ditumbuk.  Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. 

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Sedia untuk dihidangkan. Saya suka makan dengan nasi impit. Sambal kelapa ini juga boleh dihidangkan sebagai sambal nasi kerabu.

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan


Catat Ulasan for "Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan"