Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Resepi Sambal Nasi Lemak Layan ini telah lama saya sediakan. Saya ada kongsikan video di Azie Kitchen youtube channel. Ramai yang komen menegur saya menggunakan terlalu banyak minyak. 

Bukan saya tidak boleh menerima teguran tetapi kalau seorang meninggalkan beberapa komen berbalas balas seolah sangat tidak berpuashati dengan apa yang saya telah lakukan, jadi jawapan saya mudah sahaja. Jika tak suka, tak perlulah tengok. Saya juga menpunyai hati dan perasaan, bila ditulis seolah saya sangat jahil tentang kesihatan dsb. Bukan bermakna saya hanya suka dipuji. Allah yang lebih Mengetahui yang saya juga tidak suka dipuji kerana kuatir akan menyebabkan niat asal saya tersasar. 

Zaman sekarang semua orang boleh menegur kerana semua orang boleh menaip. Tapi berpada pada lah juga jangan sampai teguran kita menyinggung perasaan orang lain. Resepi sambal nasi lemak ini saya pelajari dari Lisa tuan punya Nasi Lemak Layan yang memang terkenal. 

Bila Lisa memberitahu sambal nasi lemak dia sangat kebabom, ada juga yang mengecam dengan menulis Lisa sangat meninggikan diri. Kalau Lisa tidak memberitahu begitu, mungkin saya pun tidak berminat untuk mencuba resepi sambal nasi lemak Lisa ini. Cubalah sentiasa berprasangka baik pada orang lain. Itukan akhlak yang sepatutnya...

Saya bukan seorang Chef, sebaliknya hanya seorang blogger yang menpunyai minat mengumpul resepi dan mencuba resepi resepi. Itu pun sebagai wanita berkerjaya, saya tidak selalu berkesempatan untuk memasak. Jadi ada ketikanya terutama bila saya mencuba resepi orang lain, masakan saya tidak berapa menjadi. 

Memang tidak dinafikan untuk resepi sambal kali ini, saya mungkin telah menggunakan terlebih minyak. Memasak sambal mesti menggunakan minyak yang banyak agar sambal betul betul masak. Tetapi selepas ianya masak, minyak hendaklah diceduk keluar. Mungkin sebab mahu cepat, saya tidak menceduk minyak keluar. Lagi pulak, inilah kali pertama saya memasak sambal nasi lemak dalam jumlah yang banyak. Hampir setengah periuk hasilnya.  

Saya cuba mengikut sukatan bahan bahan dan step by step yang Lisa buat supaya hasilnya menjadi seperti nasi lemak layan. Saya mengikuti facebook live yang dibuat oleh Lisa secara berulang ulang sambil menulis sukatan bahannya. Hahaha Lisa menyebut nama saya dalam live tu. Terima kasih Lisa. 

Saya hanya membuat separuh dari sukatan bahan yang Lisa share. Maknanya sambal yang saya sediakan ini, boleh dijadikan hidangan untuk 25-30 orang. Saya saja buat lebih untuk disimpan dan boleh dijadikan lauk anak anak yang kebetulan ketika itu, semua ada di rumah.

Lisa sekarang dah tidak lagi berniaga nasi lemak. Sebaliknya menceburi perniagaan online. Jadi sama sama support Lisa dengan like page facebook beliau iaitu Queen of Mutiara Malaysia. Sama sama lah kita menyokong beliau.  

Walaupun saya menpunyai resepi yang biasa saya guna bila memasak sambal ikan bilis namun bila terlihat ada resepi yang dikatakan sedap, saya pasti ingin mencuba. Saya memang banyak mencuba dan mempelajari teknik penyediaan sambal nasi lemak. Sambal yang sedap mesti menpunyai bawang yang lebih dari cili, di samping itu mesti mempunyai rasa manis lebih dari rasa masam dan masin. 

Pemilihan cili kering juga penting untuk menghasilkan sambal yang merah cantik. Pilih cili kering yang elok, yang merah berkilat seperti gambar di bawah ini. Bukan yang merah besar dan bukan yang kerinting. Bahagian yang berwarna kuning atau yang rosak, perlu dibuang. 


Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Selain itu, untuk menambah rasa lemak pada masakan, ialah menggunakan gula Melaka atau pun gula perang. Bukan sahaja rasanya yang berbeza, rupa dan hasil nasi lemak juga berbeza. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini berdasarkan sukatan bahan yang dikongsikan oleh Lisa. Insya Allah jika menpunyai masa saya akan mencuba dan berkongsi resepi nasi lemak dan sambal nasi lemak Manggis pula....


Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Sambal Nasi Lemak 

Bahan bahan:
250 gram ikan bilis
1 kg minyak masak - guna separuh dan ditambah sedikit sedikit
160 gram cili kering - rebus dan kisar
1-2 keping gula Melaka 
Gula secukupnya 
Garam 
2 keping asam keping - atau secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis 
Sedikit aji no moto - jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland - hiris

Bahan kisar:
1 kg bawang merah
100 gram/15 ulas bawang putih - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi. Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya ianya perisa dan sebati. 

Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power. Masukkan daun pandan. 


Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Masukkan cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat. 

Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga ianya benar benar masak.  

Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi. 


Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa. 


Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa apa rasa yang kurang. 


Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Nota:
Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap. 

Selepas diangkat, bolehlah disendukkan keluar minyak yang berlebihan dalam sambal.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

29 ulasan for "Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan"

  1. Buat sambal memang perlukan minyak yang banyak. Mak saya pun memang ajar letak minyak banyak supaya cili cukup masak. Btw, saya suka singgah sini sebab banyak resepi best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar itu,sy suka belajar menu2 baru dri setiap kaum,apabila suatu hari anak dan suami minta mama ni nk sediakan kuah nasi lemak,sy mulahlah membuatnya.Mulah2 eh knpa x menjadi ya,seterusnya juga sama (x ada tngok you tube,x da buku resepi) just tanya kawan je tu pun dia x pna ajar cara bubuh minyak tu,kita pown kononya bubuh le sikit je minyak (sepastinya proses memasak sangat lama@ pastinya x menjadi sempurna) akhirnya belajar dan belajar (barulah tahu salahnya kat mane- minyak tu harus banyak@berpatutan) sbp kalau x ,x menjadi.
      So moral of the story:- bagi yg nak ckp itu ini..Bla .Bla tu (baiklah kita cuba memasak dulu) sekian.

      Padam
  2. Sambal ikan bilis memang paling sedap. Membuatnya pun tak sulit, di makan bersama nasi panas juga sedap. Bonda AZIE terima kasih mau belbagi resep masakan sambal tu.

    BalasPadam
  3. Boleh cuba ni resepi sambal ikan bilis buatan Bonda Azie memang resep masakan paling best.

    BalasPadam
  4. Saya suka simpan minyak dari sambal tu.sedap digunakan untuk menggoreng nasi.nampak sambal bilis itu sungguh menyelerakan.terima kasih kerana sudi berkongsi resepi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah saya pun baru tahu bila ramai yg share petua ni utk memasak nasi goreng yg sedap

      Padam
  5. Saya pun klau masak sambal or tumis asam pedas, mmg letak minyak byk, baru cili garing. Lepas dah siap masakan, bolehlah di saring minyak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Saya baru belajar dari follower saya, minyak itu sedap digunakan untuk memasak nasi goreng.

      Padam
  6. Saya pengikut setia resepi azie kitchen nie .. bila ada org tnya apa2 resepi saya mesti suggest azie kitchen punya resepi semua tiptop..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan.

      Padam
  7. Sma la..sy pun suka follow akak punya resepi..sy pun suka letak daun pndan dlm kuah smbal..sdp bau pun wangi..sy meniaga kecik2 jer..buat siap2 bgkus kt umh..then letk dikntin klng..hri1 80-100 bgkus..abis...alhmdulillah..sy guna gula biasa jer..pasni nk tukar gula merah la..mst sdp kan resepi akak...trbaik lah..

    BalasPadam
  8. It looks delicious..i want to try cooking too.. Thanks for sharing..

    BalasPadam
  9. Blog pilihan kalau nak resepi memasak. Alhamdulillah telah mencuba beberapa resepi.

    BalasPadam
  10. terbaik la resepi sis😊

    BalasPadam
  11. Saya follower blog masakan Puan. Saya jarang masak tapi kalau saya masak mesti meletops (family yg feedback haha) terima kasih Puan krn blog aziekitchen yg byk membantu..😃

    BalasPadam
  12. Hi Kak Azie,

    Tried it and loved it. Goes very well with rice and bread. Thanks for the recipe.

    BalasPadam
  13. Terbaik kak Azie i Like resepi2 kak Azie

    BalasPadam
  14. Wah! Terima kasih utk recipe. Saya akan cuba! Boleh saya tanya kenapa perlu letak air juga? Ada recipe lain guna kan buah keras. Saya tak pernah masak pakai buah keras. Apa pendapat kak azie?

    BalasPadam
  15. Hi kak Azie. Tadi dah comment tapi tak tau masuk ke tak. Terima kasih utk recipe sambal!! Saya akan cuba. Boleh saya tanya kenapa perlu letak air juga? Ada recipe lain gunakan buah keras. Saya tak pernah masak pakai buah keras so tak tau kegunaan. Apa pendapat Kak Zie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kena letak sedikit air kalau tidak sambal akan menjadi garing. Bila letak air, sambal akan basah dan terbit minyak. Buah keras utk menambah rasa lemak. Ianya opsyenal. Jika suka, boleh cuba.

      Padam
  16. kalau nak simpan sambal ni tanpa petisejuk boleh tahan untuk berapa lama? terimakasih sudi berkongsi resepi yg sedap sangat ni.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum..hai kak azie..sy suka menu2 masakan kak azie..semua sedap2.trima kasih kak azie sudi kongsi resepi buat kami

    BalasPadam
  18. Thank u for the recipe sis😍 well masak sambal mmng perlu pakai minyak yg byk.. Nnti suda masak cedok ja lebihan minyak tu kluar senang cerita.. Dah namanya sambal, nak sihat mkn la yg rebus2 tak payah la nak bash org segala kan sis🤣 I will definitely try this recipe.. I love all your recipe sharing. Keep it up!!

    BalasPadam
  19. Sambal tumis YG says pelajari Dari org Melaka bawang merah bawang putih paste letak lebih goreng sampai caramelized. Also letak thumbsized belacan. Takde belacan pun ok...
    Minyak kena banyak .. nak goreng chilli sampai garing turned dark red.
    Same method buat Asam tumis pedas.
    Tumis Dan goreng chilli paste sampai garing Dan bersin bersin... Masuk bawang hiris juga...kalau mahu... sampai layu.. Manis Dan caramelized .. kacau kacau...
    Baru letak Asam jawa Dan asam keeping. Masak sampai pekat Dan turned dark reddish.. chillies masak betul betul.
    Kalau minyak banyak..bila dah letak garam gula.. keluarkan .. simpan dlm jam jar. Jadi cili oil..boleh makan dgn mi goreng etc.
    Buat goreng mi bodoh sedap sebab bawang flavour infused already Dalam minyak.

    BalasPadam
  20. saya dah cuba semua kawan kawan cakap sedap

    BalasPadam