Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Setiap kali bulan Ramadhan, saya memang akan mengurangkan aktiviti dan masa di dapur. Bukan bermakna saya tidak memasak tapi saya lebih fokus kepada masakan yang simple dan mudah disediakan. 

Masakan untuk dihidangkan waktu bersahur adalah sesuatu yang agak memeningkan kepala para wanita terutama ibu ibu. Hubby dan anak anak saya memang tidak makan nasi berlauk pauk masa bersahur. Paling paling pun makan nasi putih dengan ayam goreng dan berkuah kicap sahaja. 

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Di kebanyakan masa, saya hanya menyediakan nasi goreng. Nasi goreng adalah kegemaran keluarga saya untuk bersahur. Saya cuma akan pelbagaikan menu nasi goreng agar tidak menjemukan. Nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi goreng sardin dsb. 

Kalau anda pernah baca entri sebelum ini, pasti anda akan tahu yang saya banyak menggunakan perencah nasi goreng Seri Aji untuk menyediakan hidangan sahur kerana ianya sangat mudah dan cepat disediakan sebab ia lengkap dengan bahan bahanasli seperti ikan bilis, cili padi, belacan dan penambah perisa yang diperlukan. 

Pendek kata jika kami terlewat bangun pun, masih sempat menyediakan nasi goreng dengan perencah nasi goreng Seri Aji. Pernah sekali terlewat bangun, Hubby hanya memecahkan telur ke dalam kuali, lalu dimasukkan nasi dan perencah nasi goreng. Pun rasanya sangat sedap. 

Tetapi sebaik mungkin saya akan memasukkan sayuran, ayam, telur, ikan bilis bagi memastikan famili mendapat khasiat pemakanan seimbang yang diperlukan oleh badan untuk menjalani ibadah puasa keesokannya. 

Jom kita layan resepi nasi Goreng Kampung yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa menonton video penyediaannya di Instagram Azie Kitchen dan video berdurasi lebih panjang di Azie Kitchen youtube channel. 


Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Nasi Goreng Kampung Asli
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ cawan Minyak Masak
30 g Ikan Bilis
200 g Isi Ayam, dipotong kecil
100 g Sayur Kangkung, dipotong 3cm
2 biji Telur
3 ½ cawan / 550 g Nasi Putih
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan keemasan. Diketepikan.

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

4. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung.

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

5. Taburkan ikan bilis yang digoreng tadi. 

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

6. Gorengkan hingga sekata. Hidangkan ketika masih panas panas. 

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Tips: 
Nasi yang sejuk dapat menghasilkan nasi goreng yang lebih sekata

Selain nasi sejuk, nasi yang dimasakkan dengan air yang sedikit dari biasa juga dapat menghasilkan nasi goreng yang sekata.

Kepada follower blog Azie Kitchen, jangan lupa untuk sertai Peraduan Beli & Menang SERI-AJI® untuk memenangi set alatan memasak, set pinggan mangkuk dan banyak lagi yang bernilai RM10,000!  Macam mana nak sertai? Sangat mudah. 

Anda hanya perlu melakukan perkara berikut:
1. Beli SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng bernilai RM2 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.
2. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian. 
3. Tempoh peraduan adalah 18 April sehingga 17 Jun 2018. 

4.Layari link di SINI, isikan borang dan muat naik gambar tersebut.


8 ulasan for "Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah"

  1. Saya memang suka resepi nasi goreng kampung Bonda AZIE, ingin nak try di rumah nih. Memang best lah resep masakan bonda AZIE.

    BalasPadam
  2. nampak sedap ni Kak Azie. nnt boleh cubalah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah sedap. Terima kasih sudi komen. Saya gembira membacanya

      Padam
  3. Nasi goreng kampung memang best, tak kalah sedap pun nasi goreng USA. Memang resep masakan buatan Kak Azie paling sedap.

    BalasPadam
  4. Semua resepi akaAzie mmg sedap byk byk yg i dh try masak..tq for sharing...

    BalasPadam
  5. terima kasih sudi share idea resepinya, jangan le segan lawat web saye =)

    BalasPadam