Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

The Kelpies Yang Sangat Cantik

The Kelpies

Walaupun kami bermalam selama 2 malam di Edinburgh tapi secara teknikalnya kami hanya menpunyai satu hari sahaja untuk melawat lawat tempat tempat menarik di sana. 

Hari pertama ketika mula mula sampai dah gelap gelita walaupun baru pukul 5.00 petang. Hari ketiga pula, pukul 7.00 pagi kami telah check out untuk bertolak ke London. 

Tapi yang lebih penting aktiviti kekeluargaan semasa percutian. Saya sangat sangat seronok dengan percutian ini lebih lebih lagi bila semua ada bersama. Semua aktiviti dilakukan bersama sama. 

Hari kedua di Edinburgh adalah hari kami berjalan jalan di tempat tempat menarik. Malam sebelum tidur, Juita merendam mee hoon untuk dibuat mee hoon goreng sebagai hidangan sarapan. Sebelum keluar berjalan jalan, perut mesti kenyang, lebih lebih lagi dalam cuaca sejuk. Saya terjaga dalam pukul 2 lebih. 

Ketika terdengar ada bunyi orang di dapur, saya menjengah ke dapur dan  melihat Alain dengan Nana. Jadi saya terus menyediakan mee hoon goreng sementara Nana menggoreng keropok. Bayangkan memasak pukul 2 atau 3 pagi setiap hari. Tengok dalam gambar di bawah, kami jumpa sos cili Maggi di Edinburgh. Tapi sos Maggi di Malaysia lagi sedap. 

Makan makan di Edinburgh

Makan makan di Edinburgh

Selepas sarapan, kami bersiap siap dan keluar dari apartment pukul 8.30 pagi. Hari masih gelap. Destinasi pertama adalah untuk ke Kelpies yang terletak di Helix Park, Falkirk dalam jarak 50 km dari bandar Edinburgh. Arca 2 kepala kuda setinggi 30 meter. Ianya dibuka kepada orang ramai dalam bulan Oktober 2013. Arca kepala kuda ini adalah sebuah tribute untuk peranan kuda dalam pembangunan kawasan Falkirk, Scotland.

Ketika sampai di sana, orang belum ramai dan cuaca pulak sangat sejuk. Ditambah pula dengan angin yang agak kuat. Bayangkan saya yang memakai baju setebal 3 lapis pun, masih menggigil kesejukan. 

The Kelpies

Tidak lama kami di situ kerana tidak tahan kesejukan. Terletak di kawasan tanah lapang, jadi angin memang bertiup kuat tanpa halangan. Di sana juga terpaksa berjalan dengan berhati hati kerana lantai granite yang terdapat ais yang membeku menjadikan permukaannya agak licin untuk dipijak. 

The Kelpies

Bila hujan mulai turun dengan rintik rintik, kami mulai beredar. Sebetulnya saya tidak sempat untuk google tempat tempat menarik di Edinburgh. Saya ke sini selepas membaca cadangan yang dibuat oleh salah seorang follower blog Azie Kitchen. Berbaloi kerana sangat cantik, lebih lebih lagi bila kepala kuda terkena imbasan cahaya matahari pagi yang sedikit kemerahan menampakkan ianya seperti emas permata yang berkemilau.


1 ulasan for "The Kelpies Yang Sangat Cantik"

  1. cantiknya arca kuda tu.....kreatif sungguh mereka yang membina ni ye

    BalasPadam