Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari Pertama di Manchester

Bandar Manchester

Saya ingin menyambung catatan perjalanan kami ke Manchester. Boleh rujuk di SINI untuk entri sebelum ini. Selepas check in di Staycity Aparthotel, kami bergegas untuk ke Selfridges kerana saya mahu melihat warna handbag yang terdapat untuk musim ini. Oleh kerana telah agak lewat, saya terpaksa berjalan laju. Sempat juga singgah di Picadily Garden untuk bergambar kerana ianya adalah landmark untuk bandar Manchester. 

Sebelum balik kami singgah di Primark untuk bertemu dengan Nelly. Dia dah awal awal lagi bershopping di situ. Sebaik sampai di rumah Juita, Nelly terus mengambil teksi untuk bertemu dengan kawan di bandar Manchester. 

Oleh kerana Nelly belum makan, Nelly dengan Juita dan Aween telah mengambil bas untuk ke makan nasi Arab di kawasan restoran berhampiran dengan rumah Juita. Dia sempat membungkus nasi Arab untuk kami. Apa lagi sebelum tidur, saya bersama Hubby, Nana dan Alain makan nasi Arab dengan lauk ayam panggang yang sangat sedap. 

Pagi pagi lagi dah terjaga kerana masih jet lag. Saya bangun membancuh cucur bawang ikan bilis. Alain dan Boy yang tolong menggoreng. Makan pagi pagi dengan cuaca sejuk, memang sangat sedap jadinya makan cucur yang panas panas.   

Bandar Manchester

Bandar Manchester

OK setakat ini dahulu, nantikan sambungannya di entri seterusnya. 

2 ulasan for "Hari Pertama di Manchester"

  1. Salam..enjoy yourself with your beloved family. No hurry utk update cerita tapi kita setia menunggunya...........hehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan hai. Saya pengguna baru blogger. Boleh follow saya di https://lovernor96.blogspot.my/

    BalasPadam