Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Kelantan
Assalamualaikum semua. Telah lama saya tidak bersiaran dengan entri resepi. Fokus saya hanya untuk menyiapkan catatan perjalanan saya bersama keluarga ke London dan Edinburgh.
Walaupun telah lebih dari 2 minggu kembali ke tanahair tapi saya sebenarnya masih tak boleh "move on". Jiwa dan minda saya masih di sana walaupun secara fizikal, saya telah berada di sini. Lagi pulak sejak balik, saya masih kepenatan. Kata doktor, penat adalah punca utama kenapa saya terasa seperti tidak sihat.
Ini adalah kali pertama saya bercuti dengan disertai oleh semua anak anak setelah lebih 7 tahun. Setiap kali bercuti, pasti ada yang tidak dapat ikut sama dek kerana tugas atau kerana pengajian.
Alhamdulillah kerana kali ini, semua anak anak dan menantu dapat ikut serta. Inilah kegembiraan dan kebahagiaan saya yang sebenarnya. Malahan saya telah membeli tiket untuk ke sana lagi. Insya Allah tahun ini atau awal tahun depan.

Saya tahu ramai follower saya yang telah tertunggu tunggu, bila agaknya saya ingin mulakan entri masakan di tahun 2018. Jadi hari ini, saya akan hadiahkan satu perkongsian lauk yang mudah tapi wallaa sedapnyer. Ianya adalah lauk kegemaran saya.
Haa ianya adalah Gulai Udang sebagai lauk nasi dagang. Walaupun ianya sangat sesuai dimakan dengan nasi dagang, tapi sedap juga dimakan dengan nasi putih atau pun nasi minyak. Kalau di sebelah Pantai Timur memang terkenal dengan lauk gulai seperti ini.
Saya memasukkan 2 biji telur rebus ke dalam gulai udang saya hari ini. Tapi saya tak lah memasak nasi dagang. Hanya memasak nasi putih sahaja. Tetap sedap dan meletop.
Saya memasukkan 2 biji telur rebus ke dalam gulai udang saya hari ini. Tapi saya tak lah memasak nasi dagang. Hanya memasak nasi putih sahaja. Tetap sedap dan meletop.
Jom layan resepi gulai udang di bawah ini dan jangan lupa mencubanya. Saya akan pos kan video di youtube tapi harap jangan lah komen yang bukan bukan kerana saya bukanlah pandai dengan mengedit video. Kalau suka dan rasa ianya bermanafaat, Alhamdulillah. Jika tidak, maafkan lah kelemahan saya.
Gulai Udang Nasi Dagang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1 kotak santan kotak
1/2 sudu kecil halba campur
1/2 sudu besar rempah kari ikan
1 keping asam keping
Serbuk Maggi Cukup Rasa
Gula Melaka
Garam - jika perlu
2 biji telur rebus - opsyenal
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar cili kisar
1/4 inci halia
2 hiris lengkuas
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan rempah halba campur seketika sebelum dituangkan bahan kisar.
Tumis sehingga naik minyak dan masukkan rempah kari. Kacau lagi hingga naik minyak.
Tuangkan santan dan air secukupnya. Kacau sehingga kuah mendidih. Masukkan asam keping, gula Melaka dan serbuk Maggi Cukup Rasa.
Masak kuah hingga menjadi sedikit pekat.
Masukkan udang dan telur rebus dan kacau hingga hingga kuah pecah minyak.
Rasakan masin dan manisnya. Masak sebentar sahaja agak agak udang masak. Jangan lama sangat takut udang jadi keras.
Nota:
Kuah yang cantik adalah kuah yang pekat dan terbit minyak.
Salam mohon halalkan resepi yang saya ambil dari azie kitchen saya doakan semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan terima kasih
BalasPadamThank You! Licin nasi dagang saya buat semalam. Dah la 1st time try! Mula2 dah buat gulai ayam tapi tak cukup. So buat gulai udang pula. Gulai ikan tongkol belum berjaya try sbb tak ada stok ikan tongkol kat pasar.
BalasPadam