Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba
Semasa bersembang dengan Syed rakan sekerja di pejabat, dia bercerita yang semasa dulu dulu, dia suka menemani Bondanya memasak di dapur sambil beliau menghisap rokok. Sehinggalah berkahwin, beliau memasak sendiri dek selalu memerhatikan Bondanya menyediakan masakan.
Bila dia bercerita cara bondanya memasak masak lemak cili padi ayam menyebabkan saya menelan nelan air liur. Dari penceritaan akan teknik memasak, saya boleh bayangkan keenakannya.
Saya pulak pantang mendengar cerita resepi dan teknik yang menarik, pasti tidak mahu melepaskan peluang. Saya tanya satu persatu tips hingga jelas. Siap tanya melalui mesej lagi. Ya lah semua orang pandai memasak masak lemak cili api ni tapi tak semua orang tahu teknik untuk menghasilkan masakan yang enak terutama mereka yang bukan berasal dari Nogori. Hahaha seperti saya.
Kalau bab masakan, saya tidak pernah jemu untuk belajar hatta untuk masakan simple seperti sambal tumis sekali pun. Sebetulnya memasak resepi yang sama, belum tentu menghasilkan masakan yang sama. Ini yang dikatakan orang orang tua dahulu, sebagai air tangan. Maknanya teknik dan kreativiti.
Saya pulak pantang mendengar cerita resepi dan teknik yang menarik, pasti tidak mahu melepaskan peluang. Saya tanya satu persatu tips hingga jelas. Siap tanya melalui mesej lagi. Ya lah semua orang pandai memasak masak lemak cili api ni tapi tak semua orang tahu teknik untuk menghasilkan masakan yang enak terutama mereka yang bukan berasal dari Nogori. Hahaha seperti saya.
Tak pernah pernah lagi saya terasa tak sabar untuk balik memasak. Sampai jer di KD, terus ke kedai runcit mencari bahan bahan yang diperlukan. Serius memang sangat sedap masak lemak cara yang diajar oleh Syed kali ini. Terasa sangat keenakannya berbeza dengan memasak masak lemak cara biasa. Hahaha. Wajib cuba tau.
Menurut Syed lagi, Bonda beliau menggunakan 3 jenis cili iaitu cili padi kampung warna hijau, cili merah Pakistan dan cili kering. Cili kering dikatakan akan menyebabkan lemak cili padi lebih berlemak. Kata Syed lagi, kalau guna ayam tua lagi sedap. Cuma masa ayam direbus dengan santan cair lebih lama sehingga ianya empuk. Macam mana nak tahu ianya telah empuk ialah dengan dicucuk sedikit dengan pisau. Ini petua untuk makluman adik adik yang baru belajar memasak lah.
Lagi satu, jika ingin memasukkan serai, hanya diketuk ketuk dan dimasukkan seketika sahaja setelah kuah mendidih dan kemudiannya diceduk keluar. Kata beliau, jangan dibiarkan serai berenang renang dalam periuk.
Jom kita layan resepi yang saya salin di bawah ini. Haa jangan pulak ada yang nak komen, masak lemak cili padi nogori, tak guna bawang. Itu pun saya tahu tapi tekak masing masing kan, kalau nak letak sebiji dua bawang, bukan masak lemak bertukar jadi masak kari. Kalau nak ikut resepi ini, memang masukkan seulas bawang merah.
Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tips dan Rahsianya
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus
Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah
Cara cara:
Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat.
Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.
Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.
Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak.
Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau.
Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu.
Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.
Sakam Kak Azie....bahan tumbuk tu boleh blender banyak2 sikit, keringkan airnya dan boleh disimpan dlm peti ais. Boleh simpan lama. bila nak masak, cedok je berapa sudu. Saya selalu bekalkan utk anak dara bila beliau balik kolej dulu.
BalasPadamWslm puan. Idea yang bagus. Macam mana puan keringkan. Dengan dimasak seketika atau ada cara lain. Mind to share.
Padamselalu blender lada, kunyit, bawang dgn air....masak sekejap dlm periuk hingga airnya kering. lada yg kering dah boleh simpan dlm bekas kecil.ada stok lada dan santan kotak,bila2 boleh masak.
BalasPadamMenurut Syed lagi, Bonda beliau menggunakan 3 jenis cili iaitu cili padi kampung warna hijau, cili merah Pakistan dan cili kering. Cili kering dikatakan akan menyebabkan lemak cili padi lebih berlemak.
BalasPadamSalam Puan. saya tengok dalam resepi Puan tiada cili kering. Harus letak cili kering atau tidak? atau saya yang salah tengok? dimana cili kering nya
Itu yang Bonda beliau guna. Saya tulis utk makluman. Jadi kalau ada orang nak ikut, boleh ikut. Saya tak guna cili kering. Yang saya guna spt resepi yg saya tulis
Padammana2 pon boleh, yang penting boleh dimakan, lazat dan mengenyangkan..lain orang lain cita rasa dan bahannya
Padammana2 pon boleh, yang penting boleh dimakan, lazat dan mengenyangkan..lain orang lain cita rasa dan bahannya
PadamSedapnya.. saya pun tidak guna cili kering bila masak lemak cili padi ni
BalasPadamSalam kak azie...nak tanya cili merah pakistan tuh mcm mana ye?
BalasPadamCili merah tapi saiz kecil. Besar sikit dr cili padi
PadamSuka tgk blg ka Azie , resepinya ikhlas klu buat in sya Allah menjadi..
BalasPadamNak bagi sedikit tip.. Kalau nak pekat sikit biasanya guna 2biji kelapa utk 1ekor ayam.. Itu pesan arwah mak dulu.. Tapi org sekarang tak suka lemak sebb jaga diet...eee
Betul tu. Skrg guna santan kotak mmg tak sama dg kelapa betul. Zaman dulu kelapa kutip bawah pokok dan betul betul tua.
Padamsedap kak. simple. tak macam yg biasa saya buat. :D
BalasPadamSelalu cuba resepi Pn Azie... Senang & sedappp... Tq😉
BalasPadamTenkiu aunty utk smua resepi yg mnarik. Sy slalu ikot resepi aunty. Mudah. Aunty slalu bcerita pkara2 yg mnarik. Smbil cari resepi smbil dpt ilmu. Sy bru blajar msak. Suami suka sgt wife tahu msak apa yg dia request. Tmbh2 skrg bln puasa. Dh 20hri mmg sy suka msak. Tak pegi ke bazar pon. Smoga aunty dmurah kn rzeki diberi ksihatan yg baik. Dpt kongsi mcm2 lg ilmu utk kmi.
BalasPadamAameen. Tahniah juga kr menyediakan hidangan utk suami berbuka puasa.
PadamTerima kaseh. InsyaAllah malam ni saya akan cuba.
BalasPadamK.azie...resepi ni mmg x guna minyak masak yer....
BalasPadamHmm kenapa nak kena guna minyak masak? Saya tak silap. Masak lemak mmg tak guna minyak masak. Kalau pun nampak berminyak, ianya dari santan yang digunakan.
PadamSaya org nesmilan. Gulai lemak ni mmg x guna minyak. Semua bahan resepi ni masuk terus sekali dgn ayam dlm kuali. Supaya ayam serap semua bahan2 masakan ni. Mudah dan cepat
PadamThanks kak Azie.atas perkongsian resepi. Saya selalu mencuba recepi kak azie memasak memang menjadi.
BalasPadamterima kasih atas resepi =)
BalasPadamSy share ye resepi ni. mtk halal.tq
BalasPadamTerima kaish resipi Masak Lemak Cili APi kak Azie. Siti suka refer blog akak untuk idea menu harian hehee...semoga kak Azie terus share kan resipi lagi ya. Tq :D
BalasPadamsaya tambah nenas.. lagi nyummy.. nenas tu celur dulu.. so kalau letak nenas, kurangkan skit asam jawa
BalasPadamboleh tambah nenas atau kentang atau apa apa yang disukai
PadamSalam aunty. Saya nk tanya, kalau pakai santan kotak ada x sukatan utk tmbh air to make it cair nicely?
BalasPadamkena tengok sendiri ikut kecairan yang kita suka. Masukkan sikit sikit lah,
PadamAkk, msak lemak ayam cili api ni mmg x pakai halia eh?
BalasPadamSerai byk mana ya
BalasPadamSerai byk mana ya
BalasPadamTerima kasih kak .. saya dah mencuba sangat2 sedap family pun suka 😍😍😍
BalasPadamAndai kata terlebih air dan mau dipekat kan boleh?
BalasPadamSedapnya kak Azie! Ni makanan favourite saya. Masakan umi paling sedap. Sekarang nak makan kena masak sendiri. Boleh try resepi ni.
BalasPadamsalam kak , nak tanya sebelum masuk kan ayam yg telah diperap pakai kunyit tu. Nak kena letak minyak ke ? ke biar begitu je ?
BalasPadamSy org indonesia berkahwin dgb melayu,dan sy bljr masakan melayu semua dr blog pn azie,alhamdulillah sekali cuba selali menjadi...terima kasih..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSy dah cuba masak ikut resepi kak azie..sedap ...
BalasPadamSalam...puan,cili kering tu perlu rebus dulu tak?
BalasPadamKena lah. Tapi kalau nak cepat, rendam air panas pun ok
PadamPetua arwh mertua....ayam/daging buh serai....ikan buh asam kpg....bawang memng x bubuhn ler....baru ori
BalasPadamItu mak mertua you punya resipi. Org lain lain caranya.
PadamMuga2 kita semuanya diberkati Allah SAW
BalasPadamAtas perkongsian aziekitchan. com.
Aameen
PadamNak tnya klu kita letak bwg putih dengan lengkuas lgi sdp kan?
BalasPadamTak ori mcm rasa gulai lemak cili api nismilan lah, lain rasa dia nnt.
PadamXdo orang masak gulai lomak ni bubuh bawang do. Sapo yg memandai2 menambah neh
BalasPadamGonna try this for this Friday. I make some charity for the madrasah, semoga puan Azie juga mendapat pahalanya aamiin.. terima kasih ❤️
BalasPadamSalam, santan boleh gantikan dengan susu cair?
BalasPadamterima kasih umi Azie, perkongsian resipi, memang jadi yeyyyyy!
BalasPadamSalam sis boleh ke tambahan bahan lain contoh mcm tak letak daun kunyit tapi di gantikan dengan tomato boleh ke? saja bertanya sebb ada orang pernah bising cakap saya tak reti masak, tak letak tomato, saya pun pelik. sejak bila gulai lemak cili api ni ada tomato.
BalasPadamKalau masak lemak, saya suka ada daun kunyit. Kalau tak ada, takperlu letak. TOmato fungsi lain utk beri rasa masam. Nak letak pun boleh.
Padam