Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam Sedap
Sebelum masuk bab Ikan Terubuk bakar yang dicicah dengan Air Asam yang sedap ini, saya nak mencoret sedikit bab penampilan. Bukanlah bermakna penampilan yang baik adalah yang mahal. Bukan tau. Saya pernah bersembang dan berpesan dengan anak saya, Juita supaya menjaga penampilan diri. Untuk menjadi seorang yang vibrant dan berpersonaliti, tidak semestinya memakai barangan berjenama atau membawa handbag atau kasut mahal. Tidak sama sekali.
Cara kita bercakap cara kita membawa diri malahan cara kita senyum dan ketawa juga adalah melambangkan kelas seseorang. Apa lagi cara makan dan mengunyah. Saya tidak pernah menghadiri kelas grooming tetapi saya memang mengambil berat tentang semua ini. Bukan bermakna saya ini anggun. Saya kalau di pejabat, memang sempoi jer. Saya cuma bergaya di luar pejabat sahaja. Tapi saya suka melihat mereka yang bergaya tapi bukanlah bergaya girlish.
Ada orang yang memakai semua barangan mahal tapi bila buka mulut sahaja, semua daya tarikan akan hilang. Aura merudum dan hanyut ke laut. Pasti anda pernah bersua dengan orang sebegini kan. Anggun dan elegan tidak boleh dibeli. Ianya adalah peribadi yang boleh dipupuk dan disemai.
Antara contoh personaliti yang menpunyai kelas tersendiri adalah Vivy Yusoff dan Fadza, Scha dan Awal, Dato Siti Nurhaliza dll. Bandingkan mereka dengan yang lain. Tentu anda dapat melihat perbezaan penampilan antara mereka. OK cukuplah setakat ini. Mesej nya ialah nak bergaya anggun tak perlu yang mahal. Memakai yang mahal dan berjenama, tidak semestinya anggun. Lebih kurang begitu lah kira kiranya.
Antara contoh personaliti yang menpunyai kelas tersendiri adalah Vivy Yusoff dan Fadza, Scha dan Awal, Dato Siti Nurhaliza dll. Bandingkan mereka dengan yang lain. Tentu anda dapat melihat perbezaan penampilan antara mereka. OK cukuplah setakat ini. Mesej nya ialah nak bergaya anggun tak perlu yang mahal. Memakai yang mahal dan berjenama, tidak semestinya anggun. Lebih kurang begitu lah kira kiranya.
Haa ingat tak lagi cerita mimpi saya di SINI. Mimpi makan ikan terubuk yang sedap terutama di bahagian perut ikan yang walla sedap nyeeer. Saya mengajak Boy ke Pasar Taman Tun semata mata untuk mencari ikan terubuk. Tapi biasalah kalau dah ada di pasar di kawasan perumahan elite tersebut, macam macam ikan dan udang yang saya beli sekali.
Saya hanya membakar ikan terubuk yang dilumur dengan sedikit garam. Ikan terubuk dah cukup sedap. Tak perlu nak menambah bahan bahan lain. Rasa isinya yang lemak memang sedap. Saya rela makan sambil membuang tulang ikan yang halus halus. Nak makan benda sedap, kenalah makan perlahan lahan sambil menikmati keenakannya. Tak boleh main makan jer. Tak anggun lah macam tu. Tak elegan lah gitu. Hahahaha.
Saya bakar ikan terubuk dengan menggunakan kuali ajaib sahaja. Saya lumurkan sedikit minyak supaya kulitnya tidak melekat dan tertanggal ketika diterbalikkan. Nanti rupanya dah tak cantik. Kalau nak bakar, jangan dibuang sisiknya. Biarkan jer begitu. Ini pesanan untuk anak anak yang baru belajar memasak lah. Emak emak tak payah lah sentap pula bila baca pesanan ini. Manalah kot dikata, ini pun nak tulis ke.
Hari ini cuma nak share cara membuat Pencicah Air Asam yang pekat melekat dan secukup rasa. Air asam yang pedas mesti menpunyai secukup rasa masin, manis dsn masam. Di samping itu, ianya mesti pekat dan melekat bila dicicah. Bukan cair hingga tak melekat pun. Mesti juga berwarna warni. Jadi guna cili merah dan cili padi guna yang merah dan juga hijau. Barulah sedap dan cantik. Hmm pasti kecur air liur bila tengok air asam seperti ini kan?
Jom layan resepi. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel. Walaupun resepi mudah tapi jika dilihat video akan lebih jelas. Tapi resepi masih kena rujuk di blog.
Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 ulas bawang merah
1 biji tomato - belah 2
1 tangkai cili merah - buang biji dan potong 2
10 tangkai cili api
Segenggam asam jawa
Belacan - opsyenal
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1-2 biji limau kasturi
Maggi Cukup Rasa
Sedikit sos tomato Maggi
Cara cara:
Ramas ramas asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil jusnya. Tuang ke dalam blender.
Tomato, cili dan bawang dibahagi dua. Satu bahagian dikisar bersama air asam jawa. Satu bahagian lagi dipotong dadu.
Kisar jus asam jawa, bahan kisar bersama belacan, gula dan garam. Kisar sehingga halus.
Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisar sehingga halus.
Kemudian tuang ke dalam mangkuk. Masukkan sebahagian lagi bahan yang di potong dadu atau dihiris kecil. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali, masukkan perahan jus limau kasturi dan sedikit kulit limau yang dihiris nipis nipis. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu cair, tak sedap.
Masukkan juga serbuk Maggi Cukup Rasa dan sedikit sos tomato. Kacau sehingga semuanya bergaul rata. Sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan.
Thanks very interesting blog!
BalasPadamsedapnyer...
BalasPadamKak Azie, your air asam looks delicious. Great with grilled/fried fish. I must try it!
BalasPadamDear PH thank you for always supporting me with the like and comment. I am so sorry hardly have time to blog walking to your blog. Your blog is also amazing with so many recipes.
PadamIni pesanan untuk anak anak yang baru belajar memasak lah. Emak emak tak payah lah sentap pula bila baca pesanan ini. Manalah kot dikata, ini pun nak tulis ke.<<<--- hahah..terbaek ayat ni kak... saya pernah tegur & nasihat sorang anak dara pasal mintak dia tlg mak dia masak kat dapur..tlg kemas ape yg patut..yer laa..anak dara kan... tp rupa2nya mak nya yg sentap..walhal saya tegur secara lembut dengan niat nak ringankan beban mak nya yg dah cam bibik saya tgk sbb semua urusan dapur mak nya yg urusskan walhal ada anak dara umo dah 19-20thn yg blh harap..
BalasPadamsince dari tu, saya lantakkan aje..kita nak ajar, mak & anak x bleh terima..biar la..esok kawin mintak hantaran 20k pastu susahkan suami plak... nauzubillah..huhu
salam puan azie, saya silent reader yg sentiasa baca blog masakan puan. suka sgt bila dpt resepi dan dpt ilmu akhirat dari perkongsian puan. :)
BalasPadamAssalam kak azie... sy selalu rujuk resepi kak azie bila ada yg resepi xpernah buat... mcm terubuk ni biasa buat terubuk belah belakang... bahagian oerut tu mmg yg terbaik rasa dia...
BalasPadamTerima kasih di atas resipi air asam yg enak sekali.
BalasPadameem sedapnya.Terima kasih share..bahan dan maklumat sangat berguna ...bukan yg mahal itu penting tapi kualiti dan rasanya..sangat menyelerakan
BalasPadam