Kek Buah Buahan Bakar Yang Sangat Sedap dan Lembap
Sebelum melihat resepi, saya hendak kongsikan terlebih dahulu petikan dari kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad sebagai pengisian dan hidangan minda. Kali ini hadis berkenaan tegahan yang makruh untuk melakukan sesuatu perkara secara bersendirian.
Pertama, makruh tidur malam bersendjrian kerana ditakuti berlaku apa apa. Kena cari seseorang untuk menemani, termasuklah mereka yang masih belum berkahwin.
Kedua, ditegah bermusafir bersendirian. Contoh bermusafir dengan melalui jalan sunyi yang tidak dilalui ramai manusia. Ianya samada siang atau malam, sebaik baik musafir adalah seramai 3 orang. Bermusafir seorang diri adalah amalan syaitan. Bermusafir dua orang adalah amalan 2 syaitan. Kalau bermusafir 3 orang adalah amalan musafir sebaiknya dengan melantik salah seorang sebagai ketua. Hadis riwayat Abu Daud.
Sebelum ini saya pernah mencuba resepi Kek Buah Bakar di SINI yang sangat sedap dan moist. Resepi kek buah yang lain adalah versi kukus. Boleh klik di SINI. Tetapi tahu lah, nak mengukus agak remeh dan memakan masa yang lama.

Seminggu sebelum berangkat ke UK, Juita membuat kek untuk hari jadi kawan baik dia. Jadi dia bertanya kalau saya ada ingin makan kek apa apa. Yahoo Juita nak membuat kek untuk saya. Apa lagi, pastinya kek buah lah. Tapi saya mahu versi bakar.
Saya salin resepi ini di SINI ketika sedang mengintai ngintai Kek Buah Bakar. Walaupun saya dah ada Keeper Recipe untuk kek buah bakar, saya suka mempelbagaikan koleksi resepi.
Kek ini sangat sedap dan secukup rasa sahaja manis. Maklumlah buah buahan pun dah ada rasa gula. Tapi jika ditanya citarasa saya, saya lebih suka kek Bakar keeper recipe saya sebelum ini. Boleh tengok link di atas.
Jom layan resepi yang telah saya salin dan olah untuk memudahkan rujukan. Jika anda penggemar kek buah, apa di tunggu lagi, jom sama sama mencubanya sendiri di rumah....

Kek Buah Buahan Campuran Bakar Yang Sangat Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
250 gram mentega
250 gram buah buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange
4 biji telur gred A
200 gram gula perang - asal 220 gram
260 gram tepung kek - guna 180 gm tepung naik sendiri dan 80 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis
Cara-cara:
Putar mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
Masukkan esen vanila dan susu pekat. Kemudian masukkan tepung ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
Masukkan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan adunan ke dalam loyang tersebut.
Bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak bila kek tidak melekat pada lidi atau tester.
Selamat mencuba....
Tgk post ni rasa nk buat jugak skrang ..sedapnyeee
BalasPadamhahaha jom buat. nnt bagi feedback
PadamHi Kak Azie! Love your new site and blog layout. I can see that your cake is very moist and full of fruity goodness!
BalasPadamThank you dear. Time to change and re brand.
Padamsedapnya nampak kek buah kak azie ni. nnt boleh cuba ;)
BalasPadamJom pakat cuba
PadamJust nak bertanya bakar api atas bawah ke...? Klu atas bawah sama ker temp nye..tq
PadamKalau resepi tk sebut, maknanya bakar api biasa atas bawah sahaja.
PadamSalam kak. Nak tny.. Sy ada buat yg versi kukus.. Resipi yg kukus tu bolrh ke sy bakar?
BalasPadamWslm. Boleh jer
PadamSaya dah cuba buat.rasanya sedap cuma kek tu berderai bila dipotong. Apa sebabnya ya...
BalasPadamJus oren tu, jus sunquik boleh ke ?
BalasPadamsy ambil reseoinya ya kak azie..minta halalkn
BalasPadam.semoga k.azie murah rezeki selalu hndaknya
Tq...
BalasPadamAnak tgh mencuba resepi ni.
Salam kak.. kek bakar bole disimpan dalam peti sejuk.ke macam kek buah kukus?
BalasPadamSalam kak maaf nak bertanya kalau resepi ni dibuat untuk kukus bole ke?
BalasPadamSalam kak azie. Saya suka tengok resepi kakak. Nak tanya buah2an yang diperam tu kena simpan dalam peti ais atau biar kan kah luar saja.? Jus fresh ke?
BalasPadam