Shopping Lace Di Pasar Mayestik Jakarta
Pagi pagi hari kedua, kami bersiap siap untuk ke Pasar Mayestik lagi. Kami bersarapan di hotel. Sedap pula makan nasi bakar yang merupakan nasi goreng yang dimasukkan dalam daun pisang dan dibakar. Ianya adalah nasi goreng kampung yang sangat pedas dan di bungkus seperti pulut bakar.
Saya punya seronok bila melihat ada buah salak di bahagian buah buahan. Dah lama tak makan buah salak. Apa lagi sambil bersembang sembang dengan Dato Salehuddin dan keluarga, mulut saya asyik mengunyah buah salak jer. Lepas satu satu, hingga tidak sedar jari jari terluka kena kulit buah salak yang agak tajam.

Kami dibawa ke Pasar Mayestik untuk sambung membeli fabrik lagi. Sebenarnya saya tidak pernah bershopping di Jakarta. Kali pertama ke Jakarta, saya tidak ke mana mana kerana mengalami masalah keracunan makanan yang serius sehingga saya terpaksa mendapat rawatan di hospital. Nasib baik saya berdua dengan Nellisa. Hampir dua botol air juga dimasukkan sebelum dibenarkan keluar.
Jadi kerana telah ditinggalkan oleh anggota rombongan lain, saya dan Nelly hanya keluar makan fat burger di Grand Indonesia Mall. Sempat juga membeli sehelai baju di Zara ketika itu. Apa yang masih saya ingat, sepanjang di sana, ramai sekali orang Indonesia yang lawa dan cantik bergaya seperti mana yang biasa dilihat dalam drama sinetron. Memang mengasyikkan, sehingga semasa ke tandas, juga ralit melihat anak anak gadis yang cantik jelita touch make up di muka masing masing. Hanya itu, pengalaman kunjungan kali pertama di Jakarta. Jadi pasti sahaja, kunjungan kali ini adalah sesuatu yang amat mengujakan dan dinanti nanti.

Selama ini saya hanya membaca berkenaan artis artis datang mencari fabrik untuk majlis perkahwinan mereka di Jakarta dan mendengar pula pengalaman kawan kawan yang telah ke Jakarta membeli kain untuk majlis perkahwinan anak masing masing.
Jika di Bandung, memang saya langsung tak melihat fabrik lace yang dijual di Pasar Baru Bandung. Mungkin sebab saya dah setia bershopping di Euro Moda. Ketika itu, Jakel belum lagi begitu besar seperti sekarang. Atau mungkin kerana tiada keperluan untuk saya bershopping kain kain lace.

Seperti semalam, hari ini kami menuju ke Fancy lagi tetapi di cawangan sederet di belakang yang nampak lebih moden. Saya membeli kain baju Melayu untuk Hubby dan anak anak dan juga membeli sepasang french lace untuk saya. Masalahnya semua kain lace dijual dalam satu panel yang terdapat 2.5 meter. Saya pulak jenis yang suka memakai lace sepasang.
Rasa macam tak lengkap jika memakai kain polos. Jadi jika mahu sepasang saya kena beli 5.5 meter. Dah lebih dari apa yang diperlukan. Jadi saya terpaksa beli hanya 2.75 meter sahaja. Selepas kedai Fancy, kami beredar ke kedai Centro Moda dan juga Mode Mart. Kain lace di sini lebih banyak pilihan, lebih cantik tetapi harga lebih mahal berbanding di kedai Fancy. Saya memang dah mengagak kerana Jana telah memberitahu awal awal bahawa harga di kedai Fancy yang paling murah.

Kami makan tengahari di restoran yang terletak di dalam bangunan di tengah tengah Pasar Mayestik. Saya memesan bakso yang diletakkan sekali daging sup yang sangat sedap sehingga kami memesan tambahan.
Kuahnya sangat sedap sehingga teringat ingat sampai ke rumah. Tidak sama dengan rasa kuah sup daging di Malaysia pun. Nelly juga memesan Pisang Goreng Cheese. Pisang di sana sangat manis kerana mereka menggunakan pisang yang telah masak ranum.
Selepas makan, saya meminta tambahan masa selama 30 minit untuk mencari beberapa helai lagi kain lace untuk dibuat patch pada baju anak anak. Kali ini hanya saya dan Juita sahaja yang pergi. Kami terpaksa berjalan dengan laju dan membuat keputusan dengan cepat. Akhirnya saya membeli 2 helai kain lace di Mode Mart.
Sementara saya bershopping, Hubby dan yang lain lain juga rupanya telah bershopping baju dari kain batik Indonesia. Hmm siap bersalin dengan memakai baju baru lagi.

Sampai di hotel, kami terus masuk bilik dan selepas solat, keluar semula ke Plaza Indonesia untuk makan malam. Plaza Indonesia hanya terletak di seberang jalan sahaja dari hotel kami. Kami makan di food court di tingkat 3 yang menjual pelbagai jenis makanan Indonesia.
Selepas selesai makan malam, kami berpecah kerana ada yang ingin shopping dan kami pulak bersama Finar, hanya mahu lepak lepak sahaja. Kami turun di tingkat bawah untuk minum di Starbuck sementara menunggu anak anak bershopping.
Saya balik ke hotel dan terus naik ke bilik. Sementara Hubby dengan yang lain berbincang agenda lawatan untuk keesokannya. OK setakat ini dahulu, hingga kita bertemu lagi di catatan seterusnya percutian kami ke Jakarta. Boleh klik di SINI untuk catatan hari pertama kami di Jakarta. Klik di SINI untuk entri hari berikutnya.

Assalamualaikum Puan Azie. I have always been a faithful silent reader of your blog. Resepi2 puan sentiasa jadi rujukan bila husband request masakan yg saya x reti masak. It was quite a pleasant surprise when I saw you on Maggi's instagram advert today. Well done, puan! Keep on blogging and paving your steps in the f&b industry :)
BalasPadamcantik kain lace tu sis
BalasPadamBila baca tulisan ini rasa ingin ke Jakarta. Dulu pernah pergi sekali, tapi tak sempat meronda sebab terus ke Bandung.
BalasPadamselama 5 tahun saya stay di jakarta...seronok baca segala kenangan teman2 malaysia bercuti di jakarta
BalasPadamSehingga skrg masih di Jakarta?
PadamAssalam Pn Azie. Berapa harga2 lace di Jakarta. Betul2 murah ke? Saya nak buat wedding anak tapi takut tak berbaloi. Harap dapat beri suggestion. Thanks
BalasPadamWslm. Mmg sangat murah.
PadamAlhamdulillah. In shaa Allah boleh cari flight sekarang. Thank you😊
BalasPadamSalam Puan. nak tanya, kat Pasar mayestik ni bole terus menempah baju tak?
BalasPadamAda. Bangunan di tengah tengahnya.
Padamsalam Pn azie boleh beri details name kedai kain fancy tu di area mane yer? saya akan ke Jakarta hujung minggu ini untukmembeli lace.
BalasPadam