Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Bilis Kegemaran Saya



Nasi Goreng Ikan Bilis



Kalau anda follower blog Azie Kitchen, pasti ada perasan atau terbaca yang saya adalah penggemar nasi goreng terutama home cooked. Jika pening memikirkan apa hendak dimasak atau tak tahu apa yang hendak dimakan, pasti sahaja nasi goreng boleh membuka selera saya. 

Saya hanya sukakan nasi goreng simple simple ala kampung. Kalau dah tekak kampung tu, kampunglah juga. Saya tidak malu untuk mengaku anak kampung kerana sebagai anak kampung, saya menjalani hidup yang mungkin tidak pernah dirasai oleh anak anak bandar. 

Pasti ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit pun. Pengalaman menyeberang sungai dengan meniti batang kelapa, sedang saya tidak boleh berenang adalah sesuatu yang kini, saya rasa hairan bagaimana saya boleh melakukannya dulu. Jika sekarang, dicampak duit RM10k pun, sumpah saya tidak akan melakukannya. 

Kerana suka merayau di sungai, saya pernah terpijak paku binaan jambatan yang saiznya sebesar jari kelingking saya. Itupun saya memakai selipar getah tebal. Jika tidak, pasti tembus kaki saya. Itu pun masih berdegil, balik rumah dan tidur tanpa memberitahu sesiapa. Keesokannya saya dibawa ke klinik daerah selepas arwah Bonda melihat saya tidak dapat berjalan. 

Jadi ianya menjelaskan tekak dan selera kampung yang saya ada sehingga ke hari ini. Walaupun kini hidup dalam air cond hampir 24 jam, tapi saya masih anak kampung. 

Nasi Goreng Ikan Bilis


Berbalik kepada nasi goreng, saya sentiasa mengubah di sana sini. Jika semasa kecil, selalu meletak aji no moto tetapi kini saya menggunakan serbuk perasa Secukup Rasa yang jika digunakan boleh menggantikan garam. Tapi saya masih menggunakan garam, jadi saya hanya menggunakan sedikit sahaja serbuk perasa. 

Yang sebetulnya serbuk perasa Secukup Rasa bukan taste enhancer tetapi ianya adalah salt replacement. Boleh diguna untuk mengganti garam untuk contoh memerap ikan ayam atau bahan bahan goreng kerana ianya akan memberi aroma bawang putih dan lain lain rempah. Itu yang saya tahu berdasar apa yang saya tanya tanya dan bacalah.

Jom layan resepi nasi goreng feveret saya. Pagi, tengahari petang dan malam pun, saya boleh makan nasi goreng tanpa jemu. Kalau ternampak ada lebihan nasi, saya pasti akan memasak nasi goreng ini. Saya memang sangat suka rasa ikan bilis dalam nasi goreng. Sangat sedap dan yang penting cepat disediakan. Selamat mencuba....



Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
4-5 batang kacang panjang - hiris halus
1-2 biji telur
Garam secukupnya
Sedikit serbuk perasa
Segenggam ikan bilis

Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1- 2 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi - jika suka pedas

Cara cara:
Tumbuk bahan tumbuk sehingga hancur. Saya suka ianya kasar kasar, tidak terlalu hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk seketika sahaja. 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kacang panjang dan kacau seketika. Saya suka kacang panjang yang masih rangup. Jadi jangan goreng lama. 

Tuang pula telur dan kacau rata, sebelum dimasukkan nasi. Masukkan garam dan serbuk perasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota:
Ikan bilis dibasuh sejurus sebelum digunakan. Ertinya lalukan bawah air dan terus ditumbuk. Jangan dicuci dan biarkan atau jangan direndam untuk mengelakkan ianya menjadi liat.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Bilis Kegemaran Saya"

  1. sedapnya..saya selalu buat nasi goreng resepi ni.membangkit selera nak pulak buat pedas sikit..yummy..

    BalasPadam
  2. sedapnya nmpak nasi goreng kak azie ni ;)

    BalasPadam
  3. Sedapnya saya share yer mummy azie

    BalasPadam
  4. em memang nasi goreng kampong
    kalau dah asal kg
    makanan kg juga dicari. Terima kasih ya
    http://resipicitarasawan.blogspot.com/2015/12/kuzi-kambing-kelantan.html?m=1ab kg

    BalasPadam
  5. Saya suka tambahkan halia dalam bahan tumbuk...tak pakai bawang putih ..

    BalasPadam
  6. Saya dah masakk.. Mmg sedap. Tapi sy tambahkan isi ikan goreng dan belacan. Kacang panjang diganti dgn sayur kubis.

    BalasPadam
  7. Terimakasih utk resepinya.. Moga sentiasa sihat walafiat

    BalasPadam