Jakarta Aku Datang
Percutian ke Jakarta kali sangat sangat bermakna dan ditunggu tunggu, setelah sekian lama kami tidak bercuti sekeluarga. Walaupun Nana tak ikut sama namun saya sangat gembira kerana anak yang lain semua dapat ikut.
Lebih menyeronokkan kerana percutian kali ini bersama dengan bakal besan kami, iaitu Dato Salehuddin dan Datin Nursinah sekeluarga. Dek kerana terlalu seronok dan teruja, sebelum pergi saya kerap kali terbuai sehingga ke dalam mimpi.
Hahaha. Walaupun agak terkilan kerana Nana tidak mahu ikut serta, namun saya terpaksa memahami dan menghormati keputusan dia. Percutian kali ini adalah lebih kepada shopping dan jalan jalan cari makan. Memang sightseeing tiada dalam agenda pun.

Kami keluar dari rumah selepas solat Subuh dan singgah untuk bersarapan di RnR Dengkil dan selepas itu, terus ke KLIA. Kebetulan kami tiba di KLIA pada waktu yang sama dengan keluarga Dato Saleh.
Kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines pukul 10.30 pagi dari KLIA dan penerbangan ke Jakarta mengambil masa selama 1 jam 50 minit.
Haa tidak lupa sahabat kami, Finar juga turut serta di mana beliau menunggu kami di Lapangan Terbang Soekarno Hatta dengan kenderaan mini coach yang akan membawa kami berjalan jalan sepanjang di sana. Oleh kerana bag pakaian yang banyak, Hubby, Boy dan Finar terpaksa mengambil teksi untuk ke hotel.
Selepas berehat dan menunaikan solat, kami keluar ke Pasar Mayestik. Hati memang teruja sangat untuk menerokai Pasar Mayestik yang banyak disebut sebut oleh rakan rakan dan juga di blog blog. Kami memutuskan untuk tidak makan dulu kerana kata Finar, banyak kedai makan di sekitar Pasar Mayestik.
Kedai pertama yang kami kunjungi adalah Fancy. Ini lah kedai yang disyorkan oleh Jana anak sahabat kami, Dato Hassan Sakimon, boss besar Jabatan Penjara. Jadi saya tak berfikir panjang, terus memesan kain kain chiffon dan kain untuk baju Melayu.
Memang harganya sangat murah. Tetapi warna agak terhad untuk mendapat kain baju melayu yang sama warna. Manakala lace pula, memang tak ada yang berkenan di hati saya. Jadi saya tak beli pun kain lace. Lagi pulak, kata Nelly esok kita akan datang lagi, jadi hari ini kita survey dulu.
Sementara menunggu waktu berkumpul seperti yang dijanjikan, kami makan makanan ringan seperti pisang goreng dan lain lain kuih goreng di restoran yang berdekatan dengan Kedai Fancy.
Bila diberitahu, masa shopping dilanjutkan saya dan Nelly telah bergegas masuk ke beberapa kedai lagi seperti de Mayestic, Mumbay dan kedai bersebelahannya. Ada saya jumpa satu lace yang cantik tetapi selepas melihat kualitinya, saya langsung tak jadi membeli. Saya tetap berpegang kepada prinsip alah membeli, menang memakai. Tetapi di kedai Mumbay, saya sempat membeli kain lace untuk adik dan kakak kakak saya di situ.
Ketika mula mula sampai, hati terdetik hmm macam ni jer ke Pasar Mayestik. Rupanya semasa di dalam bas ketika mahu balik ke hotel, barulah tahu yang Datin Nursinah telah pergi ke deretan kedai di jalan belakang tempat kami diturunkan.
Manakala kami pula, hanya ke kedai yang sebaris dengan tempat kami turun dari bas. Ooh patutlah kami langsung tak bertembung dengan mereka sepanjang berjalan jalan di Pasar Mayestik. Bila diberitahu yang mereka menemui lace yang cantik, hati mula tak sabar untuk ke kedai kedai di belakang keesokannya. Kami keluar dari Pasar Mayestik dalam pukul 7.00 malam. Kebanyakan kedai di Pasar Mayestik ditutup pukul 8.00 malam. Ketika itu, hari dah mulai gelap dengan jalan raya yang sangat sesak.

Kami seterusnya bertolak ke Restoran Natrabu, restoran nasi Padang untuk menikmati makan malam. Memang sangat sedap masakan Padang yang dihidangkan. Kebetulan anak anak kami dan anak Dato Saleh jenis yang enjoy makan, lagi seronok bila melihat semua pinggan lauk yang dihidangkan licin. Saya pula, sangat berpuashati kerana akhirnya dapat minum jus durian Belanda yang segar. Sejak percutian kami ke Bali beberapa tahun dulu lagi, saya teringin untuk menikmati jus durian Belanda yang segar tapi tidak terdapat di Malaysia.
Pn Azie, boleh saya dapatkan nombor phone supir yang Pn Azie guna sepanjang trip?
BalasPadam