Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap



Ikan Siakap Masak 3 Rasa

 
Sedikit pesanan dari petikan Tazkirah Zohor oleh Ustaz Nushi di mana kalau kita merebut kekayaan pastikan ia tidak menjadi penyebab yang kita jauh dari Allah. Sebaliknya jadikan kekayaan itu, mendekatkan kita dengan Allah. Contoh, dengan kekayaan yang dimiliki, kita memperbanyakkan bersedekah, berwakaf dsb. Kata Nabi Muhammad SAW, sesunguhnya dunia ini adalah seperti sesuatu yang manis. Benda benda manis memang kita perlukan tapi tak boleh berlebihan. Jika berlebihan akan memudarat dan mendatangkan pelbagai penyakit. Begitulah perumpamaannya, dunia diperlukan tapi tak boleh berlebihan. 



Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Matlamat hidup kita adalah akhirat. Ingatkan yang umur kita tak panjang. Kita pasti akan mati. Entah kenapa kebelakangan ini, semangat saya seperti merudum jatuh. Perasaan saya sangat berjauh hati dengan seseorang. Bila saya berdukacita, lagi saya akan habiskan masa dengan mendengar kuliah ustaz ustaz seperti Ustaz Jafri, Ustaz Wadi Anuar di youtube, juga saya akan membaca buku sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadhan. Saya cuba mengamalkan sebanyaknya apa yang dipelajari terutama zikir zikir mudah kerana setiap lafaz zikir akan memberikan pahala yang besar pada timbangan mizan. 

Ustaz berpesan supaya mengamalkannya supaya kita tidak menjadi orang yang menyesal. Kerana tiada kematian lagi selepas hari kiamat. Samada kita kekal di syurga atau kekal di neraka. Jadi setiap hari kita haruslah berdoa sebanyak 3 kali agar diberikan syurga tanpa hisab, nescaya syurga akan berdoa agar kita diberikan syurga. Kita juga berdoa supaya diberi perlindungan dari neraka sebanyak 3 kali, supaya neraka berdoa kepada Allah agar kita dijauhkan dari neraka. Itulah sedikit perkongsian dari saya dan semoga ianya bermanafaat buat kita semua.
  


Ikan Siakap Masak 3 Rasa


Kalau ikutkan hari ini, saya memang tiada plan untuk memasak tetapi Nana menghantar mesej WhatsApp menanyakan kalau mahu memasak untuk makan malam. Kalau hendak memasak, dia menyuruh saya singgah di kedai runcit membeli daging untuk dibuat sup dan ikan selar kuning untuk digoreng. Ikan jenis kecil di kedai runcit semua nampak tak segar. Yang nampak segar hanyalah ikan siakap.  Jadi saya beli seekor dengan harga RM15.00. Bila ikan siakap, terfikir di hati tak kan lah nak goreng garam kunyit jer. Kalau ikut Nana, dia hendak goreng sahaja. Jadi bila saya buat keputusan untuk memasak Ikan Siakap 3 Rasa, terpaksa lah saya sendiri yang memasaknya. Hmm hajat hati nak berehat sebelum solat Maghrib terpaksa dilupakan. 

Saya pun mula lah menengok resepi mana yang hendak digunakan. Samada mengikut entri saya sebelum ini di SINI dan SINI atau memasak Ikan Sweet Sour di SINI. Tetapi bila dilihat di blog Sajian Dapur Bonda di SINI,  nampak macam lebih ringkas dan mudah. Cuma hiris hiris dan tumis jer. Jadi saya pun terus salin resepi. Banyak bahan yang tak dimasukkan kerana tiada stok. Jadi saya masak main letak jer ikut apa yang ada di dapur. Tapi serious sangat sedap Ikan Masak 3 Rasa ini, lebih lebih lagi saya menggunakan ikan siakap yang sangat segar. Seronok melihat Hubby meratah kepala dan ekor ikan. Manakala Alain pula meratah bahagian perut ikan. Kiranya seekor ikan ini, sesuai untuk hidangan kami seramai 6 orang.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat berbaloi memasaknya sendiri. Maklum kalau ikan seperti yang saya masak hari ini, harganya pasti tidak kurang dari RM70-80 jika dimakan di restoran atau kedai makan. Sangat menjimatkan jika dimasak sendiri lebih lebih lagi kalau ramai anak anak di rumah. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba semua....




Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk

Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - tak letak
Sedikit minyak bijan - opsyenal

Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal
Kiub nenas dalam tin - opsyenal
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajino-moto secukup rasa

Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.





Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak.

Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai. 

Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.






Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.






Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.




Selamat mencuba....

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

56 ulasan for "Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap"

  1. Pn azie, saya selalu baca your blog tp x pernah komen. Saya juga spt pn suka dgr ceramah di youtube, dlm beberapa bulan ni saya kerap dgr ceramah ust dr rozaimi. Dgn ceramah dia saya rasa diri makin menghargai Islam. Do listen to his ceramah sis. Wasallam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr Rozaimi berhujah atas dalil dari AlQuran dan Hadis. Dia seorang yang berilmu dan berfikiran terbuka

      Padam
  2. hanya blog yg rasa yakin untuk mencuba...diana

    BalasPadam
  3. Sebelum baca resepi ada tazkirah, dpt 2 faedah 2 pahala. Tkasih, agar Pn dlm kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiinnn. Allahhuakbar. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Azie, terima kasih atas perkongsian resepi dan tazkirah. Saya suka sangat!Saya adalah salah seorang yang sering merujuk kepada blog resepi Kak Azie. Semoga Allah berikan ganjaran atas perkongsian yang baik ini :) Ceria ceria slalu Kak Azie.

    BalasPadam
  5. Kak azie sy mmg xpandai msak tp since kahwin sy kna masak la kn hihi..tiap kali masak n google resepi msti saya ke blog kak azie...tq kak semua resepi y sy try dr blog akk suami msti ckp sdp huhu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.
    Saya share resepi ni.
    Memang sedap.
    Jemput ke blog saya pula ye.
    izcergas.blogspot.my

    BalasPadam
  7. Tqvm sbb share resepi..mmg mudah dn sedap

    BalasPadam
  8. ikan siakap kalau dekat pasar berapa ye sekor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut saiz..ada rm7 seekir

      Padam
    2. Dah 2x masak ikan ikut resepi ni. Mmg ada taste restoren atas jetty la.

      Padam
  9. Assalamualaikum..terima kasih sebab sudi share resepi sedap nie..selamat berpuasa🤗🤗🤗

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..terima kasih sbb sudi share resepi yang mudah dan ringkas nie..in shaa Allah saya nak masak untuk berbuka nanti..🤗🤗🤗

    BalasPadam
  11. Saya pulak try hr ni...tksh sis...

    BalasPadam
  12. assalamualaikum.tq share resepi,nk try hari n utk menu berbuka

    BalasPadam
  13. Trima ksih utk prkongsian tazkirah n resepi

    BalasPadam
  14. Sy dah try utk berbuka tadi..sedapp mcm kat kedai.. hihi terima kasih puan.

    BalasPadam
  15. assalamualaikum akak .. terima kasih yer atas resipi nya . sejak sejak berumahtangga ni Encik Somi selalu request untuk makan di rumah . kita yang tak expert bab bab memasak ni naik haru biru dibuatnya . haha . tapi semalam try resepi siakap 3 rasa ni Alhamdulillah syukur husband kata sedap sangat. resepi akak memang mudah untuk faham dan follow step nya ! mohon halal ilmu nyer kak zieeee ��
    #kasihlaura

    BalasPadam
  16. Boleh tahu xmacam mana nak pasti kn ikan siakap tidak rasa hanyir selepas masak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman saya, kene pilih ikan yg fresh, masak mcm biasa je, insyaAllah dia takde hanyir.

      Padam
    2. Slalunya sy basuh pkai tepung gandum. Lumur2 bedak2 kn dlu utk buang dia punye lendir. Make sure darah kt dlm perut area tulang tu cuci bersih.

      Padam
  17. Terima kasih atas resepi puan.

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah...Memang Best Resepi Di Sini. Saya Dah Cuba beberapa Resepi..Tq Puan

    BalasPadam
  19. Terima kasih sebab sudi share resepi puan.

    BalasPadam
  20. terima kasih azie kitchen sbb sentiase mnyediakan resepi yg sy google . resepi2 azie kitchen mmg sdap dn simple je

    BalasPadam
  21. Sebelum baca resepi ada tazkirah, dpt 2 faedah 2 pahala. Tkasih, agar Pn dlm kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiinnn. Allahhuakbar. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  22. Baru lepas masak.sedapnya mcm kt kedai.Alhamdulillah.tq kak

    BalasPadam
  23. Mohon share kak azie..tq

    BalasPadam
  24. Tq resepi k.azie mmg win.

    BalasPadam
  25. Puan Azie, dah 4 thn sy follow blog puan. Setiap kali nak masak blog 1st yg sy refer mesti puan punya. Resepi2 tak pernah mengecewakan walaupun utk 1st timer. Tq sudi share kat kami semua ❤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah saya sgt gembira bila blog saya ada memberi manafaat pada follower saya. Saya juga ingin mengucapakn jutaan terima kasih pada puan kerana setia follow blog saya dan sudi meninggalkan komen di sini.

      Padam
  26. Hari ni nak cuba resepi Azie utk buka

    BalasPadam
  27. TERIMA KASIH BERKONGSI RESEPI YANG SEDAP
    PAHALA BERTERUSAN HINGGA AKHIR HAYAT KAK AZIE SELAGI ORANG MENGGUNAKAN RESEPI YANG DIBERI

    BalasPadam
  28. salam kak azie, tadi baru shj cuba resepi ni, tapi dgn ikan jenahak. sedappppp sgt, saya buat berkuah sikit, tmbh air lebih. terima kasih, akak punya blog penyelamat utk dinner family saya hari ni

    BalasPadam
  29. alhmdulillah sy dah cuba masak resepi ni mlm td,rasa sebijik mcm kt kedai tomyam..terima kasih di atas resepi yg sgt sedap ni!!👍👍

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum kak Azie, everytime i wanna cook i will always look up upon ur resepi masakan, baik kueh mueh or lauk pauk bcoz bila cuba alhamdullilah semua menjadi.. My family loves it.. Thanks a million kak! ❤❤❤❤❤❤

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum.. Terima kasih atas perkongsian resipi di blog ini. Saya masak buat makan malam hari ini. Suami dan anak-anak sukakannya. Terima kasih. Semoga akak Azie sekeluarga dilindungi Allah sentiasa. Insya Allah.

    BalasPadam
  32. Saya dh cuba.. Sedap tq sis atas resepinya..

    BalasPadam
  33. Thanks for resep ini ....

    BalasPadam
  34. tq utk resepi2....dh byk kali cuba dr resepi aziekitchen..sedap..lg 1 bn2 semua mudah..

    BalasPadam
  35. As salam kak Azie, saya nak try resepi siakap 3 rasa ni, macam mudah je bahannya, thanks kongsi resepi mudah ni kak:)

    BalasPadam
  36. Terima kasih atas resepi..
    Sy selalu ikut blog kak azie..
    Resepi..x pernah x jadi..
    Tq

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum.. kak Azie, terima kasih atas resepi, resepi kak Azie saya buat semua menjadi tak pernah tak jadi dan semua memang sedap2... Klo nak Google resepi mesti saya pergi ke blog kak Azie.. terima kasih, semoga kak Azie dan keluarga dipermudahkan segala urusan.. Aamiin

    BalasPadam
  38. kak azie memang best apabila berkongsi resepi. terima kasih yer atas resipi nya . sejak sejak berumahtangga ni Encik Somi selalu request untuk makan di rumah . kita yang tak expert bab bab memasak ni naik haru biru dibuatnya . haha . tapi semalam try resepi siakap 3 rasa ni Alhamdulillah syukur husband kata sedap sangat. resepi akak memang mudah untuk faham dan follow step nya ! mohon halal ilmu nyer kak zieeee

    BalasPadam
  39. Satu-satunya website yg saya Akan rujuk Kalau memasak makanan Melayu.. Mmg best and mudah di fahami.. Thank you so much Pn Azie

    BalasPadam
  40. mmm..... kelihatannya sedap sekali, terimakasih resepnya

    iddev.website

    BalasPadam
  41. Nampak menyelerakan... Sangat mudah utk memasak
    https://wwwmazman.men

    BalasPadam
  42. done siakap 3 rasa hr ni. tq Kak Azie kitchen

    BalasPadam
  43. Saya minta izin nk share gambar ni boleh ke
    Nnt sy letak kredit k azie sekali

    BalasPadam
  44. Salam kak tq sngat2 hee. Salah satu blog yg saya senang faham dan belajar dari dulu mula2 masak. Maklumlah bujang,so kene masak and kadang masak tuk adik2 kt rumah. Mula2 kekok sbab ialah laki baru nk blajar masak. Lama2 alhamdulillah mudah dan senang 🤗

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum....honestly bila saya perlu resipi masak apasekali pun saya akan mula cari dari Azie Kitchen...sbb selalu masak jadi... alhamdullilah....terima kasih Puan...

    BalasPadam