Cupcake Pandan Gula Melaka Yang Sangat Sedap
Hari ini saya ingin kongsikan berita gembira iaitu page view blog Azie Kitchen telah melepas 100 juta. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan semua. Anda telah mewarnai hidup saya dan menjadi teman setia saya walau di mana berada. Kali ini saya nak petik sedikit kuliah Ustazah Noraini tafsir ayat 94-96 Surah An Nisa. Bukan tafsir ayat ayat tersebut tetapi apa yang disebut ustazah semasa menghuraikan tafsiran. Antaranya ialah bab ehsan.
Ehsan adalah seorang beribadah seolah nampak Allah dan sentiasa ingat bahawa Allah nampak kita. Jadi selalu beringat dan berjaga jaga. Umpama kita berkelakuan baik depan polis atau bila tahu ada kamera AES. Masa tu kita tak bercakap di telefon dan tak memandu melebih had laju ditetapkan. Kita kena buat baik seolah kita nampak Allah depan mata. Ehsan akan buat kita rasa lebih ikhlas. Kedua yang saya nak share adalah berkenaan bersangka baik dengan Allah. Kita kena meletak tahap husnuzon paling tinggi pada Allah. Antara contoh tanda kita bersangka baik dengan Allah adalah apabila kita tetap berdoa secara konsisten walaupun benda yang kita mohon masih belum termakbul. Tetap berdoa tanpa jemu setiap hari.
Kita kena menilai sesuatu kebaikan bukan mengikut kehendak kita. Bukan pandangan kita yang penting tapi pandangan Allah. Allah tahu apa yang baik untuk kita. Bukan apa yang kita nampak baik. Jadi ini lah yang saya pegang bila apa yang saya hajati, tidak dimakbulkan kerana mungkin ianya sesuatu yang tidak baik untuk saya sendiri. Ketiga berkenaan ayat 95-96 bab perbandingan kelebihan berjihad harta dan berjihad diri di jalan Allah dengan orang yang tidak berjihad.
Contoh jihad harta adalah wakaf, infaq dan sedekah. Apa contoh jihad dengan diri? Iaitu, korbankan diri ke jalan Allah. Jihad dengan diri adalah jihad melawan nafsu. Lawan rasa malas nak hadir majlis ilmu, korban rasa malas nak pergi mengaji dsb. Allah janjikan 3 kebaikan untuk orang yang berjihad dengan harta dan jihad diri iaitu ketinggian darjat dari orang lain, balasan syurga dan pahala yang berganda. Selain itu diberikan keampunan serta kerahmatan pada orang yang berjihad dengan harta dan dirinya. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan terus mengamalkan kebaikan dari perkongsian dengan kadar segera dalam kehidupan kita.
Sekarang kita masuk sedikit bab resepi. Saya menyalin resepi ini dari Nana selepas merasa cupcake yang dibuat Nana. Resepi ini Nana dapat dari kelas baking yang dia hadiri. Sangat sedap keknya, gebu dan lembab serta rasa pandan dan santan. Lebih lebih lagi pulak, frosting nya yang mulus gebu diletak pula gula karamel, memang speechless. Sangat sedap untuk orang seperti saya yang berselera kampung. Cuma kalau orang yang tak suka manis, akan rasa kek ini agak manis sedikit. Jadi bolehlah dikurangkan gula samada dalam kek atau di dalam buttercream.
Jom saya kongsikan resepi yang saya olah dari kertas catatan Nana. Boleh jadi rujukan anak anak yang lain jika mereka ingin membuatnya sendiri. Hahaha tak perlu nak pergi kelas. Mereka hanya memberi sukatan bahan yang diguna tetapi tiada detail cara cara menyediakannya. Jadi saya olah dan mesej Nana untuk mengesahkan cara cara yang ditulis oleh Nana di kertas tersebut. Untuk satu adunan, dapat 20 biji cupcake menggunakan cawan saiz 10. Jom layan...

Cupcake Pandan Gula Melaka
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
150 gram mentega
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
Bahan B:
2 biji telur
Bahan C:
Bahan C:
1 1/2 cawan all purpose flour
1/2 sudu besar baking powder
Bahan D:
Bahan D:
100 ml santan
50 gram susu
3 sudu besar extract pandan
Pewarna hijau
Cara cara;
Putar bahan A dengan kelajuan sederhana sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar.
Masukkan bahan C dan bahan D secara berselang seli. Kacau secara kaup balik sehingga rata.
Masukkan ke dalam kertas cawan saiz 10 (boleh dapat 20 biji).
Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar selama 25-27 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas rak.
Nota;

Boleh kisar daun pandan yang digunting halus dengan sedikit air. Tapis dan sukat secukup yang diperlukan.
Swiss Meringue Buttercream
Bahan bahan:
4 biji telur putih
1 cawan gula kaster
300 gram mentega
1/4 cawan santan
Sedikit esen vanilla
Cara cara:
Cara cara:
Satukan telur putih dan gula. Panaskan secara double boil sehingga gula hancur.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi bertanduk. Biarkan sejuk seketika.
Masukkan mentega dan diputar lagi hingga kembang. Masukkan santan dan esen vanila. Dan putar lagi sehingga menjadi sangat gebu.
Sedia untuk digunakan pada cupcake yang telah sejuk. Hias dengan karamel gula Melaka.

Caramel Gula Melaka
Bahan bahan:
Bahan bahan:
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air
Cara cara:
Cara cara:
Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut dan pekat. Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air. Masak semula hingga pekat.
Sejukkan sebelum digunakan untuk drizzle atas cup cake tadi.
Sejukkan sebelum digunakan untuk drizzle atas cup cake tadi.
salam kak. kalau extract pandan tu ganti dengan perisa pandan boleh tak? kalau boleh banyak mana nak letak?
BalasPadamBoleh. Atau dikisar daun pandan dengan sedikit air dan guna jus pandan tersebut.
PadamYe Pn Azie, sy akui kalau pergi kelas, hanya sukatan yg tertulis, langkah2 lain kita kena catit sendiri. Kalau terlepas...habislah bg amatur spt sy. Tq kerana share resepi kek ni, sy dah lama nak cuba.
BalasPadamGula caramel tidak diajar. Ianya telah siap disediakan.
PadamSalam kak azie...susu ape yg kak azie guna? Dan boleh tak guna santan kotak?
BalasPadamWslm. Susu segar atau susu kotak. Boleh guna santan kotak
PadamAssalam. Mmg best je entri ni. Mcm nk cuba la. Nt blh tgk fb sy finie mie bila sy cuba sy share kt fb
BalasPadamKak... Agak2 ni utk 1kg ke 1/2kg kek? Saya nak buat 1 biji...
BalasPadamsalam akk, klu gna pandan emulco, sukatannya mcm mna ya kak?
BalasPadamAgak agak shaja. 1 sudu kecil pun dah ok. Boleh tengok warna dan bau nya. Jika rasa kurang, tambahlah sedikit lagi.
Padamsalam kak.. saya dh try buat swiss meringue butter cream ni. masalahnya, selepas saya masukkan butter, telur yg saya putar kembang tu jadi cair.. adakah saya kena putar aje smpai jadi gebu atau pun yg tu mmg x jadi. step2 yg lain saya ikut sama mcm resepi nih.. terima kasih..
BalasPadamTelur harus disejukkan dulu sebelum masukkan butter
PadamSalam kak azie saya pon ada masalah yg sama cream saya jd berair
PadamAssalam puan. Apabila masukkan butter, memang telur tadi akan cair tapi tak apa, teruskan pukul sampai buttercream tadi ringan 😊
PadamSalam kak,
BalasPadamFrosting dia tahan lama tak kalau misalnya nak buat doorgift?
Wslm. Saya tak pasti sb ada menggunakan santan. Sehari dua, patut boleh jer
PadamSalam kak azi,
BalasPadamterima kasih bnyak2 share resepi, ada jga bbrpa resepi kak azi yg sya dah cuba buat mcm kek butter, smua puji sedap dan moist.. mnta halal resepinya ye kak azi..
Salam kak.saiz cawan 10 tu ape yr?
BalasPadamSaiz kertas cup cake ada berbagai. Ada saiz 8. 10. Boleh ke kedai bakeri, tengok saiz yg sesuai
PadamSalam Kak Azie..maaf saya nak tanya, instead of cupcake, kalau saya nak buat sebiji kek, sukatannya masih sama macam yang Kak Azie share ni ke?
BalasPadamWslm. Boleh juga. Tambahkan masa membakar dalam 30-45 minit atau hingga masak. Sebab masak bergantung pada ketebalan kek juga faktor oven sendiri
Padamsalam.. boleh kah kalau sy gantikan swiss merangue tu pd fresh cream?
BalasPadamSalam,bleh x klu kukus kek ni?
BalasPadamsalam...tepung serba guna tu boleh tak tukar tepung naik naik sendiri
BalasPadamWslm. Boleh. Tapi jgn bubuh baking powder sb ia dah ada serbuk penaik
PadamSalam sis, boleh confirm baking powder sukatan dia 1/2 sudu besar atau sudu kecik? Terima kasih
BalasPadamWslm. Ya sama
BalasPadamAssalamualaikum kak, kalau guna tepung gandum biasa brapa sukatan utk baking powder
BalasPadamAssalam kak azie....telur saiz A ker..tq kak
BalasPadam50 gram susu tu camner kak ker susu tepung
BalasPadamAkak kalau saya buat swiss meringue tu malam and paip malam, tapi nak makan untuk petang esok boleh ke?
BalasPadamSukatan ni sesuai untuk loyang berapa ye
BalasPadamSaya buat loyang 7 inci
PadamSaya buat guna loyang 7 inci
PadamSalam kak . Nak tanye . Susu tu pakai susu cair atau pekat ?
BalasPadamSalam..
BalasPadam50gram susu tu susu tepung? Susu pekat? Susu segar ya?
Susu yg mana satu?
Terima kasih
susu penuh krim atau susu segar pun OK
PadamSalam kak. Utk butter cream tu. Santan tu tak perlu masak dulu ke?? Masukkan santan mentah terus?
BalasPadamHi kak. I dah try resepi kak. Its really turn out well. Semua org puji i kak. Thank you so much kak for the wonderful resepi😍
BalasPadam