Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap
Hari ni nak kongsi petikan kuliah Ustaz Najhan iatu apa yang dimaksudkan hamba Allah ialah hamba yang taat pada semua perintah dan larangan Allah. Hari ini manusia jadi hamba pada yang lain. Atau kita hamba pada manusia, pada duit pada pangkat dsb.
Manusia bebas dari menjadi hamba lain hanya dengan Islam sahaja. Apa dia sebenarnya hakikat seorang hamba Allah. Imam Ghazali menyebut ada 3 ciri orang yang menjadi hamba pada Allah ialah:
1. Orang yang jaga hukum syariat Allah, jaga suruhan Allah walaupun tak disukai oleh nafsu kita. Jauhi apa yang dilarang Allah walaupun amat disukai oleh nafsu kita. Jaga hak Allah, nescaya Allah akan jaga hak kamu. Hanya Islam yang boleh menyelesaikan segala permasalahan termasuk ekonomi politik dsb. Kalau nak minta pertolongan, mintalah dari Allah. Bukan dengan yang lain.
Pergantungan kita pada Allah sahaja. Kalau manusia berhimpun semuanya untuk beri kebaikan pada kamu nescaya mereka tak mampu kecuali Allah mengizinkan. Begitu juga jika seluruh manusia berhimpun untuk beri keburukan pada kamu nescaya mereka tak akan mampu melainkan Allah mengizinkannya.
Letak hak Allah di atas segala hak hidup kita untuk dapat hidup yang berkat. Check apa kata hukum Allah, baru buat. Inilah sifat seorang hamba pada Allah. Islam seimbangkan antara dunia dan akhirat. Masih boleh berkeluarga, masih boleh cari kekayaan. Tak perlu tinggalkan dunia.
Semua yang kita dapat di dunia akan dibawa ke akhirat jika kita ikut peraturan Islam. Luasnya akhirat berbanding dengan dunia. Target semuanya pada akhirat, nescaya semua urusan dunia akan menjadi betul dan akan menjurus pada akhirat. Kita akan jadi berhati hati di atas dunia. Kita tak akan lakukan kejahatan kerana tahu ianya tidak akan terlepas di akhirat.
2. Redha dengan qada dan qadar dan pembahagian serta ketetapan Allah. Rahsia Allah yang maha Mengetahui kenapa seorang dapat rezeki berbeza, pangkat berbeza. Semuanya dalam pengetahuan Allah yang bijaksana. Rupanya ada kebaikan di sebalik susah iaitu untuk dapat pahala kebaikan sabar yang lebih dari pahala kekayaan. Pandang orang yang kurang dari kita, baru kita rasa besarnya nikmat Allah. Kena bersyukur atas nikmat Allah dan redha dengan ujian Allah atas kita. Bukan bermakna kita tidak harus berusaha tetapi bila datang keputusan Allah, kita terima. Jangan putus asa. Jangan give up dengan kezaliman pemerintah. Inilah sifat seorang hamba Allah.
3. Cari keredhaan Allah walaupun terpaksa meninggalkan keredhaan diri sendiri. Cari hanya keredhaan Allah. Urusan manusia, Allah yang akan jaga. Kita tak mampu menjaga manusia walaupun anak kita sendiri. Kita tak boleh jaga hati anak kita apa tah lagi manusia lain. Allah akan jaga hati anak kita supaya menjadi orang beriman. Manusia kalau tak tunduk pada Allah, akan tunduk pada benda lain seperti dunia atau manusia lain. OK cukup setakat ini dulu pesanan dari Iman Ghazali untuk kita segera amalkan di masa masa yang masih berbaki ini.
Jika sebelum ini saya mencuba masak kicap cara Noor Nabila kakak Neelofa di SINI, hari ini saya nak kongsikan pula masak kicap versi rozisangdewi, kakak ipar Dato Siti Nurhaliza. Yang membezakan ialah dia menggunakan banyak serai yang diketuk. Kalau biasa saya suka menggunakan kulit kayu manis untuk menambah aroma masak kicap saya. Tengok Nota di bahagian bawah sekali. Memasak ni perlukan kita adjust di sana sini mengikut bahan apa yang ada di dapur kita. Cuma apa yang perlu diperhatikan ialah ayam mesti dimasak lama dengan api perlahan supaya rasa ayam sebati dengan sos kicap kita.

Saya
Jom layan resepi dan cara penyediaan masak kicap yang mudah dan sedap ini. Jangan takut mencuba sedikit kelainan. Jangan lupa juga melihat video di instagram Azie Kitchen..
Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
1 biji kentang
4 batang serai - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sedikit susu pekat manis
Kicap lemak manis
Kicap pekat
Sos tiram
Bahan Tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar Holland - belah 6
1 biji tomato - belah 6
2 tangkai cili merah & hijau - belah 4
Cili padi
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan kicap kicap serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
Masukkan ayam yang digoreng ¾ masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.
Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.
Nota:
Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.
Boleh juga letak asam keping/air asam jawa jika suka.
Boleh juga gantikan serai dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
saya tertarik dgn resepi ayam masak kicap kak Azie ni. Cuma saya nak bertanya, waktu bila nak masukkan susu pekat manis tu?
BalasPadamBiasanya dimasukkan akhir bersama garam. Selepas dirasa, masam manis nya. Susu pekat manis untuk memberi rasa lemak
Padammenariknya menu kak azie n ..pertama kali jumpa resepi yg letak susu ni ....
BalasPadamSusu lemak manis akan menambah rasa lemak. Cuba lah. Saya juga belajar dari kawan sebelum ini.
PadamKak Azie, it is interesting that condensed milk is an ingredient here. Must be good since it adds creaminess and sweetness. Must try!
BalasPadamtq =)
BalasPadam...yeszaa...ayam masak kicap letak susu pekat. not bad. madam gonna try it now!txz.
BalasPadamDah lama follow resipi² Kak Azie. Suami dan keluarga semua pun suka! Memang terbaik!
BalasPadamhttp://revampwithsara.blogspot.com/
Terima kasih kak Azie krn sediakan menu masakan yg best2. Sejak saya kahwin ni, kalau masak mesti nk kena google dulu, mesti pergi page kak Azie buat rujukan. Senang simple je resepi. ❤️
BalasPadamThanks kak azie dari awal i tak pandai masak bila tengok semua resipi kak azie sikit sikit i blh masak
BalasPadamkalo xletak susu pekat xpe ke?
BalasPadamTak apa. Utk tambah lemak dan manis sahaja
PadamKicap dengan sos tiram tu byk mane letak? resipi tergantung 🙄
BalasPadamAlhamdulillah kkazie..sy cuba resepi ni lepas subuh tadi...uniknya susu pekat tu mmg satu kelainan..hasilnya suami dan ank2 suka..terima kasih kkazie kongsi resepi
BalasPadamAzie, sy rah lama ikut all your recipes and you've made me a better cook. Thank you for all your help and guidance and super delicious recipes
BalasPadamTerima kasih juga atas sokongan
Padam