Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerang Goreng Kacang Panjang Dengan Serbuk Lada Hitam


Kerang Goreng Kacang Panjang


Teringat waktu saya baru baru mula bekerja, setiap pagi saya akan berkejar untuk membeli nasi lemak yang dijual di atas van kecil di hadapan pagar bangunan pejabat saya. Namun saya selalu kehampaan bila lauk kesukaan saya iaitu kerang digoreng dengan kacang panjang selalu kehabisan. Walaupun dah hampir 30 tahun berlalu, saya masih teringat ingat akan kesedapannya.



Kerang Goreng Kacang Panjang

Dari situ, saya mula mereka resepi sendiri. Bila memasak sayuran, yang penting jangan terlebih masak dan mesti adanya serbuk lada hitam. Seperti serbuk lada putih, serbuk lada hitam kegemaran saya juga adalah AJI-SHIO® black pepper. Saya sukakan perisa lada hitamnya yang sangat mantap dengan kandungan garam serta MSG. Ianya mengbangkitkan aroma kepedasan lada hitam yang boleh menambahkan kelazatan apa apa jenis masakan. Saya akan memasukkan serbuk lada hitam sebagai topping sebelum dipadamkan api.




Selain itu, kerang mestilah menggunakan kerang segar yang direbus sendiri. Rebus kerang tak perlu menggunakan air. Selepas kerang dibersihkan, masukkan kerang ke dalam kuali dan nyalakan api. Tutup kuali dan biarkan seketika sebelum dibuka penutup dan dikacau rata. Bila kerang dah terbuka, bolehlah padamkan api. Sedia untuk dikopek isinya. Kebersihan dan kesegaran isi kerang lebih terjamin jika disediakan sendiri.



Kerang Goreng Kacang Panjang


Jom kita layan cara menyediakan Kerang Goreng Dengan Kacang Panjang. Bahan bahannya ringkas dan cepat disediakan. Sebagai wanita berkerjaya, saya suka sesuatu resepi yang ringkas tetapi sedap di makan. Meh layan resepinya di bawah ini. Selamat mencuba.



Kerang Goreng Kacang Panjang

Kerang Goreng Kacang Panjang Dg Serbuk Lada Hitam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 mangkuk isi kerang
Secekak kacang panjang
4 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
Serbuk lada hitam AJI-SHIO® black pepper secukupnya
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan isi kerang dan kacau seketika.




Masukkan pula kacang panjang dan kacau rata sehingga kacang menjadi lembut. Nota: jangan terlebih masak, nanti hilang keranggupannya.

Masukkan serbuk lada hitam AJI-SHIO® black pepper dan garam secukup rasa. Akhir sekali, taburkan cili merah hiris. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan.


Kerang Goreng Kacang Panjang



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Kerang Goreng Kacang Panjang Dengan Serbuk Lada Hitam"

  1. menarik menu kak azie ....

    BalasPadam
  2. TQ Azie...baru saya tahu rupanya mcm tu caranya nk rebus kerang ya...tak perlu air rupanya!

    BalasPadam
  3. tq kak azie , saya pun suka tapi susah nk handle kerang.. saya nak cuba juga resepi ni...tq again

    BalasPadam
  4. Salam kenal azie,saya tak pernah cuba lagi kerang campur kacang lada hitam.apa lagi serbuk lada hitam AJI-SHIO.terimakasih kongsi resepi..insyaallah boleh cuba.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum.
    terima kasih atas perkongsian, terutama cara nak mengopek kerang. :)

    BalasPadam
  6. Sedap nye.. na cbe la.. ad isi kerang lam peti es.. tak tw na msk pe.. bila tgk resepi mcm ummphhh.sedap.. sbb sy suka black peper...mekasi..

    BalasPadam