Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Berinai Nana Di Malam Hari Jadi





Memilih hari kelahiran sebagai tarikh pernikahan, majlis anakanda kami bermula pada petang 22 Disember dengan acara berinai. Ianya bukan lah majlis berinai seperti biasa. Sebaliknya hanya Nana ingin meraikan bersama kawan kawan doktor beliau sementara menunggu detik pukul 12 tengah malam iaitu hari jadi Nana. Kawan kawan Nana begitu sporting untuk sama sama menyanyikan lagu Happy Birthday bila jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Inai dibuat oleh @hennabyfeezfey. Boleh check Instagram beliau atau boleh hubungi Fey di 0129231923.





Mereka semua cantik berpakaian sedondon baju putih dengan berkain batik. Nampak sangat ayu walaupun ada yang telah bergelar ibu dan ada yang sedang berbadan dua. Saya sangat bangga melihat persahabatan mereka yang begitu utuh. Apabila telah mendirikan rumah tangga para suami mereka juga menjadi rapat dan serasi. Semoga persahabatan mereka kekal berpanjangan seperti mana saya dan suami yang kekal bersahabat dengan rakan rakan semasa kami masih menuntut di universiti. Selamat Hari Jadi, Kakak.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Majlis Berinai Nana Di Malam Hari Jadi"

  1. Alhamdulillah..kegembiraan berganda..2 in 1...

    BalasPadam
  2. meriah kan buat buat majlis berinai cmni..hehe..one day :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. rasanya belum terlambat utk sy mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr Nana dan suaminya, semoga mahligai yg dibina berkekalan.. Amiiinnnn.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah syok nya tengok anak2 happy kan Azie

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...tahniah kak Azie dan keluarga

    BalasPadam
  6. pasti meriah tu. bestnya semua berkumpul macamtu :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. rasanya belum terlambat utk sy mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr Nana dan suaminya, semoga mahligai yg dibina berkekalan.. Amiiinnnn.Cuma nak minta pada Puan Azie..nanti kalau ada kelapangan, masukkanlah gambar sepanjang majlis berlangsung...mesti meriah majlis tukan...:)

    BalasPadam
  8. Anak Kak Azie cantik walaupun tak mekap..

    BalasPadam
  9. Tahniah Nana... moga berkekalan hingga ke jannah

    BalasPadam