Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Sotong Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Sebelum itu, saya nak kongsikan petikan dari kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan Hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah bersabda kematian mengejut adalah satu kebencian bagi orang kafir atau orang Islam yang fasik. Di antara tanda kiamat kecil ialah masjid dijadikan jalan samada masjid diroboh untuk dibina jalan atau masjid dijadikan jalan laluan pintas. Yang lagi dasyat, masuk dan jadikan laluan melalui dewan solat.  Kedua, ialah kematian mengejut. Dari sihat tiba tiba mati. Bagi orang kafir atau Islam yang fasik, mereka masih leka dengan dunia tat kala maut menjemput. 

Bagi orang beriman, kematian mengejut adalah rahmat kerana telah bersiap sedia dengan amalan soleh. Beristighfar, solat dan lain lain amalan. Bagi orang beriman yang tak mati mengejut, mereka memperolehi 2 rahmat iaitu sakit sebelum mati sebagai kaffarah kepada dosa dengan syarat kenalah bersabar. Rasulullah bersabda, umat ku yang dirahmati tiada azab mereka di akhirat. Azab mereka di dunia. Kedua, rahmat sempat diajar Lailahaillallah. Sesiapa yang akhir kalamnya ucapan Laailaahaillallah, akan dapat masuk syurga. 


Sotong Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Hari ini nak kongsikan masakan Sotong Masak Kicap yang saya masak bersama dengan Masak Lemak Cili Padi Ketam di SINI. Masakan simple dan mudah yang memang ramai dah tahu. Namun bagi anak anak yang baru belajar memasak, bolehlah ambil yang mana mana perlu. Tujuan asal saya ke Pasar Taman Tun untuk membeli ketam dan sotong bertelur. Bukan sotong biasa tapi yang menpunyai telur. 

Semua gara gara melihat Azrinaz Mazhar Hakim memasak sotong bertelur dalam instagram beliau. Azrinaz menggoreng sotong yang telah dilumur garam kunyit dan kemudian disediakan sambal. Akhir sekali, dimasukkan sotong yang telah digoreng ke dalamnya. Memang terliur bangat weh. 

Masakan saya hari ini sangat sedap lebih lebih lagi kerana sotongnya yang menpunyai telur. Ianya resepi biasa sahaja tapi bila menggunakan sotong segar dan bertelur pula, itu yang menjadikannya sangat sedap.

Jom layan resepi di bawah ini...



Sotong Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Sotong Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
750 gram sotong
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
2 sudu cili kisar
Kicap lemak manis Jalen

Bahan Tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan sotong di dalam kuali. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. Ianya bertujuan supaya masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.

Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili cili hidup dan bawang besar.



Sotong Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Sotong Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Sotong Masak Kicap Pedas Yang Sedap"

  1. suka entry-entry azie, mesti ada ilmu yang diselitkan. apa pun sotong tu nampak sangat sedap.

    BalasPadam
  2. kak azie..sotong y ade telur mcm mana nak taw ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa beli, picit perutnya. Yang gemuk berisi tu ada telur

      Padam
  3. Menu masakan Azie memang terbaik

    BalasPadam
  4. Dalam sotong ada ink hitam. Adakah ink hitam kena buang sebelum masak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buang. Kecuali masak sotong rebus hitam.

      Padam
  5. Masakan sis azie simple dan sedap...biasanya nak cari menu akan pilih resipi dr sis azie

    BalasPadam
  6. Resepi azie memang sedap..saya suka

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.. Kak zie, ma shaa allah... Ilmu(kuliah) yg sngt brmnfaat. Syukron kgsi ilmu nya kak😘

    BalasPadam