Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Paru Sambal Berlado Kegemaran Saya Yang Sangat Sedap


Paru Sambal Berlado


Saya memang sangat sangat suka makan Paru Sambal Berlado terutama yang dijual di Kampung Melayu Kundang berhadapan dengan Pusat Parti PKR. Kalau hendak ke sini, memang kena datang awal. Kalau tidak, alamak memang kempunan. Orang terlalu ramai bersesak sesak dalam kedai. Ada rasa nak menangis bila dah datang awal tapi tetap paru nya telah kehabisan. Itu pun, mereka mengeluarkan lauk paru sedikit demi sedikit. Kalau dikeluarkan sekali gus, rasa nya sekelip mata dah habis. Hubby pula tak suka nak selalu ke sana, maklumlah agak jauh dengan rumah kami. Satu hari, saya gagahkan diri meminta no telefon tuan punya kedai makan tu. Kalau ke sana, memang tak sempat untuk bercakap cakap pun kerana mereka terlalu sibuk melayan pelanggan yang ramai lebih lebih lagi hari Sabtu dan Ahad. Secara jujur, saya tak tahu yang mana satu, tuan punya dan yang mana pekerja. Sebab pekerja yang melayan pelanggan di kedai pun ramai juga.

Saya menelefon dan cuba berkenal kenal dengan tuan punya kedai makan tu. Alhamdulillah orangnya baik dan tak lokek pun untuk kongsikan dengan saya cara menyediakan dan bahan bahan yang digunakan. Malahan Puan Shakila ada singgah dan membaca blog Azie Kitchen juga. Katanya pada saya, kenapa tak perkenalkan diri? Hahaha macam mana nak perkenalkan diri, nak order makanan pun kena mencelah celah di sebalik orang ramai. Paru Sambal Berlado ni bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi lemak, mee hoon tetapi juga saya makan dengan lontong yang juga sangat sedap.

Paru Sambal Berlado

Hari minggu ini kami tak ke mana mana kerana sepatutnya menpunyai temujanji dengan vendor pelamin. Tapi beliau menpunyai urusan kecemasan di kampung. Saya mengajak Nana menemankan saya ke Pasar Tani di Kota Dame untuk membeli paru. Saya beli sekilo sahaja. Tapi saya buat dalam 700 gram. Bila sebelum direbus, nampak macam banyak sangat. Tapi bila dah siap, sikit jer. Itu pun sambil menggoreng, sambil meratah macam makan keropok keropok gitu...

Jom layan resepi yang saya olah sendiri berdasarkan bahan bahan yang digunakan oleh Puan Shakila. Saya tak lah minta sukatan bagai, sebab memasak lauk pauk ni, boleh jer agak agak bahannya. Rasa kurang bawang, tambah jer bawang, rasa kurang cili, tambah cili. Mudah. Bukan macam buat kek atau biskut, mesti ikut sukatan. 

Dulu saya ada menyediakan paru goreng rangup di SINI tapi tak sesedap hari ini kerana hari ini saya memasak dengan ilmu, petua dan tips penuh di dada. Hahaha. Sebelum memasak, kita kena faham dulu resepi dan bahan bahan digunakan. Kena jelas sebelum mula memasak. Seperti biasa, saya ada buat video untuk anda melihat dengan lebih jelas cara menyediakan lauk kegemaran saya ini. Kalau di Kundang, saiz paru nya nipis nipis dan kecil, jadi sangat rangup. Jom layannn....



Paru Sambal Berlado

Paru Sambal Berlado Yang Sangat Sedap

Bahan rebus:
700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:
9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan lain:
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping

Cara cara:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.



Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.




Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.



Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.



Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

Nota:
Rahsia mendapat gorengan rangup adalah menggunakan api besar.

Jika mahukan paru yang kekal rangup, biarkan sambal sejuk sedikit, baru dimasukkan paru goreng dan kacau rata.  


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

13 ulasan for "Paru Sambal Berlado Kegemaran Saya Yang Sangat Sedap"

  1. paru goreng yang sedap mmg selalu cepat habis...terima kasih kongsikan resipi...boleh la cuba nnti...xpernah lg goreng sendiri di rumah....

    BalasPadam
  2. OMG! Kak Azie, this paru is one of my favorite dishes to pick at nasi campur stalls. But not so easy to get because they don't cook this all the time. Besides, like your experience, cepat habis! Thanks for sharing the recipe. My only problem now is to get the paru.

    BalasPadam
  3. Paru sambal berlada ni memang menjadi kegemaran. Terima kasih kerana berkongsi resepi.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kak..mmg feveret ni lebih2 lagi kalau paru yg garing.terima kasih sharing resepi..

    BalasPadam
  5. My favourite. Sy selalu tgok blog kak azie. Trima ksih bkongsi resepi. Semuanya sedap

    BalasPadam
  6. Thanks kak azie..sebab bg resepi..

    BalasPadam
  7. Sedap sedap arini jgk nk buat tq tq

    BalasPadam
  8. Makaseh alhamdulillah da makan😍

    BalasPadam
  9. Guna resioi ni....berkali2 suami suh buat....tq kak

    BalasPadam
  10. Dah beli paru...Nakk tryy resepi nie. Hehehe..mudah mudahan menjadi dgn elok

    BalasPadam
  11. Salam kak Azie.. nak tanya. Paru di rebus sehari sebelum di masak, maksudnya rebus dulu lepas tu peram letak dalam peti ais then the next day baru potong kecik2 untuk di masak ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Mana mana pun boleh sebab boleh menjimatkan masa. Nak hiris terus pun OK.

      Padam
  12. lama sy cari resepi ni... timskassih krn berkongsi. moga Allah membalasnya

    BalasPadam