Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap




Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap


Hari ini saya nak kongsikan resepi Daging Masak Kicap yang sangat mudah dan antara masakan terawal yang saya sediakan untuk hidangan Encik Hubby ketika baru baru berkahwin. Masih menggunakan daging Korban kiriman kakak dari kampung. Hahaha jangan tak percaya, nak memasak ini pun saya belajar dari rakan sekerja. Teringat lagi ketika itu, saya baru berkahwin jadi banyaklah menyalin resepi dari Kak Zahibah, Kak Halimah dan Kak Norihan selain arwah Kak Ena. 

Zaman zaman remaja dulu saya hanya suka membuat kek dan biskut tetapi memasak hari hari tak lah pulak saya gemar walaupun saya suka menyalin dan menyimpan resepi. Lagi pulak makanan harian keluarga saya sangat simple. Banyak lauk pauk berasaskan air sahaja seperti singgang, sayur air dsb. Adalah sekali sekala masak lemak dan masak kari yang menggunakan santan. Makanan orang kampung lah, memang simple dan mudah. Zaman dulu, dapur rumah kami menggunakan kayu api, bukan dapur gas. Itu pun antara sebab saya tak suka ke dapur ketika remaja. Bukan senang nak hidupkan api. Ada kala, saya curi curi tuang jer minyak dari pelita ayam. 


Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap


Bercakap pasal pelita ayam ini, saya ada kenangan yang sangat trauma. Ketika itu saya masih berada di sekolah kebangsaan. Saya hampir kebakaran bila api membakar tilam kekabu yang saya tidur. Saya takut tidur seorang diri tapi dah tak sanggup menunggu kakak belajar. Bila pelita di letak di bawah katil, masih gelap. Jadi saya ambil pelita dan letak atas tilam. Ketika itu, kakak yang masih study di luar bilik tercium bau api dan mengejutkan kedua ibubapa kami. 

Dari cerita mereka, saya ketika itu, sedang memadamkan api dengan meniup. Arwah bapa yang panik lantas mengambil pelita dan melempar ke arah pintu. Terkena pula, langsir di pintu dan terbakar pula di situ. Arwah ibubapa saya telah mengangkat tempayan berisi air untuk memadamkan api. Secara jujur, saya sebenarnya tidak ingat apa apa pun. Saya mungkin seperti mamai atau bermimpi ketika itu. 

Alhamdulillah tiada apa apa yang berlaku pada saya atau rumah kami. Rasanya sebesar 2 kaki persegi tilam yang telah terbakar. Tidak sepatah pun ibubapa saya memarahi atau menegur saya. Mereka juga panik agaknya. Sebak dan hampir menitis air mata, di kala saya menulis entri ini. Sebelum kejadian, rakan mengaji Quran kami mati kerana terbakar juga.  Itulah kenangan saya di zaman kanak kanak. Rumah kami hanya menpunyai kemudahan elektrik ketika saya berada dalam darjah lima.

Berbalik bab memasak, teringat mak saudara saya yang saya panggil Mak Su menegur macam mana nak kawin kalau tak pandai memasak. Saya selamba jer menjawab, kawin dengan anak orang kaya. Huh kalaulah rupa tu lawa, bolehlah kawin dengan anak orang kaya. Hahaha menunjukkan saya memang pemalas masa kecil kecil dulu. Dapur kami bertukar pada dapur gas hanya setelah berpindah ke rumah sekarang.
 
Jom kita layan resepi yagn saya gunakan hari ini. Sekadar kenangan dan mungkin berguna untuk anak anak yang baru belajar memasak. Jom layan. Nak tengok video, kena singgah di Instagram Azie Kitchen ya.....



Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap

Daging Masak Kicap Simple

Bahan bahan:
Daging - lumur garam dan kunyit
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris
Minyak untuk menggoreng
Cuka
Kicap lemak manis Jalen

Cara cara:
Rebus daging dalam kuali dengan air secukupnya sehingga daging empuk dan air kering. Jika belum empuk, tambah air.





Bila air kering, tuang minyak masak secukupnya dan goreng seketika sehingga agak keperangan. Masukkan cuka dan kicap secukupnya. Kacau rata.





Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sehingga bawang layu. Sedia untuk diangkat.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

22 ulasan for "Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap"

  1. Kak Azie, that's really simple! Simple cooking that tastes good is what I love.

    BalasPadam
  2. Trauma btul kisah kak azie. Terima kasih resepinya kak..esok leh cuba

    BalasPadam
  3. Kawin dengan anak raja Kak Azie, semua orang masakkan. Hehe.. Anyway, Nostalgia kenangan zaman dapur kayu yang mengasyikkan & tak patut terlupakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa tu tak nak kawin dengan orang kaya sebab orang kaya dah tua. Kawin dg anak orang kaya. Hahaha

      Padam
  4. haha kahwin dengan anak orang kaya ni ada dalam lagu 'buai kangkung kangkung' yang sering sy nyanyikan masa main buai-buai dengan anak-anak sy :'D

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak azie,salam perkenalan.actually dah banyak kali dah ikut resepi kak azie sampai tak ingat dah yang mana tau.suka sangat.sebb sy suka resepi yang simple tapi sedap.thanks kak :)

    Btw jemput singgah ya

    vitaminvitaminsihat.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak azie,

    Kalau tak nak guna cuka, ada tak pengganti yg saya boleh guna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh letak asam keping atau sedikit air asam jawa atau tak letak pun tak apa

      Padam
  7. Assalamualaikum.. terima kasih k.azie..nk mencuba seberapa banyak resepi k.azie.. lagi2 nak kawen ni..hee

    BalasPadam
  8. Terima kasih k.azie.. atas resepi.. saya selalu mencuba resepi k.azie sebab simple dan mudah..lagi 1 sedap kena ngan selera sy

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak azie..saya slalu try resipi..kak azie..slalu menjadi..tqvm for sharing 😍😍😘😘

    BalasPadam
  10. baru lepas try...hasilnya torrrrbaikkkk

    BalasPadam
  11. Sedap..br lps try... Simple n sdpppp

    BalasPadam
  12. Assalam. Kak Azie, sya nak tanya. Kenapa kene lumur dgn kunyit? Untuk ape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supaya meresap di daging. Saya mmg buat macam ni

      Padam
  13. Askum kak azie nk kene perap dulu ke kunyit ngn garam tu,berape lama?resepi kak azie saya byk try mmg menjadi..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum. Selama sy 4thn berkahwin .sy banyak mengambil ilmu melalui resepi2 akak dalam masakan sehari harian sy.bahkan bila kenduri or makan2pn sy kadang2 rujuk jugak... minta di halalkan ye ..dan terima kasih banyak2 😘...

    BalasPadam
  15. Mmg terbaik. Klu cm xtahu nk msk ape. Mesti search kak azie. Simple & sedap mnjadi tau😍

    BalasPadam