Asam Pedas Melaka Ikan Terubuk Yang Sedap
Resepi asam pedas hari ini, saya belajar dari Ayu, isteri Ustaz Ahmad Muaz yang sangat pandai memasak lauk pauk dari negeri Melaka. Saya menggunakan ikan terubuk bertelur yang Hubby beli di Pasar Taman Tun Dr Ismail.
Lama betul saya tak jumpa dengan ikan terubuk yang gemuk dan bertelur. Teringat dulu dulu, saya suka makan di gerai USJ 6 yang menjual pelbagai lauk pauk kampung termasuklah Asam Pedas Melaka ikan terubuk bertelur.
Telur ikan terubuk yang dibuat telur masin di Sarawak sangat mahal kan. Maklumlah ianya agak sukar untuk mendapatkan terubuk bertelur. Ikan terubuk yang saya masak hari ini pun memang dibeli dengan harga yang sangat mahal. Mahal lah pada saya. Saya pun terkejut bila Hubby memberitahu yang harganya lebih RM80 seekor.
Tapi memang Hubby macam tu, jenis tunjuk tunjuk dulu. Kalau saya, pasti saya bertanyakan harga dulu sebelum minta disiang atau dibungkus. Kadang kadang rasa tak berbaloi nak bayar ikan terubuk semahal ini kerana isinya banyak tulang. Bahagian kepala banyak tulang halus halus walaupun dah ditarik kepala dan ekor ikan.
Masakan asam pedas memang sedap, masak apa pun sedap. Ianya antara lauk kegemaran saya. Lagi pulak, ianya masakan menyihatkan kerana tidak ada penggunaan santan atau bahan berlemak. Menggunakan ikan ikan yang jenis lemak dan sedap, maka lagi lah sedap jadinya asam pedas kita. Hee berapa banyaklah nak tulis sedap sedap ni. Kalau diperhatikan asam pedas saya hari ini kurang bahan kerana saya malas nak mengisar cili kering. Saya hanya menggunakan baki cili kisar yang ada dalam peti ais sahaja. Jadi kuahnya agak cair.
Seperti biasa, saya ada menyediakan video di Instagram Azie Kitchen. Jemput singgah di sana juga ya. Jom layan resepi yang sangat mudah tetapi sangat sedap ini. Selamat mencuba...
Lama betul saya tak jumpa dengan ikan terubuk yang gemuk dan bertelur. Teringat dulu dulu, saya suka makan di gerai USJ 6 yang menjual pelbagai lauk pauk kampung termasuklah Asam Pedas Melaka ikan terubuk bertelur.
Tapi memang Hubby macam tu, jenis tunjuk tunjuk dulu. Kalau saya, pasti saya bertanyakan harga dulu sebelum minta disiang atau dibungkus. Kadang kadang rasa tak berbaloi nak bayar ikan terubuk semahal ini kerana isinya banyak tulang. Bahagian kepala banyak tulang halus halus walaupun dah ditarik kepala dan ekor ikan.
Masakan asam pedas memang sedap, masak apa pun sedap. Ianya antara lauk kegemaran saya. Lagi pulak, ianya masakan menyihatkan kerana tidak ada penggunaan santan atau bahan berlemak. Menggunakan ikan ikan yang jenis lemak dan sedap, maka lagi lah sedap jadinya asam pedas kita. Hee berapa banyaklah nak tulis sedap sedap ni. Kalau diperhatikan asam pedas saya hari ini kurang bahan kerana saya malas nak mengisar cili kering. Saya hanya menggunakan baki cili kisar yang ada dalam peti ais sahaja. Jadi kuahnya agak cair.
Seperti biasa, saya ada menyediakan video di Instagram Azie Kitchen. Jemput singgah di sana juga ya. Jom layan resepi yang sangat mudah tetapi sangat sedap ini. Selamat mencuba...
Masak Asam Pedas Melaka Ikan Terubuk
3 keping ikan terubuk - boleh juga guna Ikan parang/ikan merah
5 sudu besar cili kisar - 20 tangkai cili kering
2 batang serai - ketuk
500 ml air asam jawa
Garam
Kacang bendi
Minyak masak
Bahan tumbuk:
Bahan tumbuk:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2-3 helai daun limau purut
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
Sedikit belacan - opsyenal
Cara cara:
Cara cara:
Ikan dihiris nipis. Bersihkan dengan air asam untuk menghilangkan hanyir.
Bahan tumbuk dihiris kasar dan tumbuk sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan serai dan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan air asam jawa dan ikan.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan garam. Bila ikan masak dan bendi lembut, tutup api.

Susah nk dpt ikan terubuk sekarang ni..ikan terubuk masin ada la..itupun setakat goreng je..
BalasPadamtq kak azie krn membri idea nk masak pe blik kang
BalasPadamhhiihi
sedapnya ikan terubuk.. lagi2 terubuk masin. hehe
BalasPadamIkan terubuk ..sedappp..Kalau masak asam pedas lagi lah sedap..Hishh..terasa- rasa pulak lemak2 dagingnya tu..
BalasPadamMmg kecur kalau nmpk lauk asam pedas
BalasPadamsedapnya masakan2 kat blog ni..saya selalu melihatnya...smoga trus berjaya.. follow my blog if interested adindamenawan.blogspot.com..mcm2 cerita yg saya update..hehe..
BalasPadamSy nak masak ikan terubuk asam pedas hari ni..
BalasPadamtq kak .. sy dh try resepi ni kelmarin .. mmg sdp ..
BalasPadam