Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cempedak Goreng Rangup



Cempedak Goreng Rangup


Saya tersenyum sendiri mengenangkan manusia yang dalam menjalankan pekerjaan seharian, kadang kadang berfikir dan bertindak seperti robot tanpa menggunakan apa apa budi bicara. Tapi kan.... kita selalu melepaskan peluang untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Sebab apa? Sebab kita pandang remeh bab pahala. Ya lah benda tak nampak di mata. Kalau emas berlian, boleh dipandang dan disentuh. 



Cempedak Goreng Rangup

Teringat pesanan boss saya dulu. Bila berurusan dengan manusia, memang banyak permasalahan kerana masalah antara seorang dengan seorang yang lain tak sama. Pesan boss saya, jangan cari seribu alasan untuk menolak sebaliknya cari seribu jalan untuk membantu. Haa ingat pesanan ini tau. Hahaha. Bila kita memudahkan urusan orang, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Selain bekerja, pahala juga dapat. 



Cempedak Goreng Rangup


Hari ini saya nak kongsikan resepi goreng cempedak yang rangup. Cempedak yang diberi oleh sahabat serta jiran kami Encik Hasbullah dan Puan Kartina yang juga buah sulong dari pokok cempedak mereka di kampung. Saya terpaksa lah menanya Pak Cik Google bagaimana cara untuk memeram buah cempedak supaya cepat masak. Dah tak sabar nak menikmati cempedak goreng. Resepi yang saya pelajari Pengasas Vida Beauty, Dato Seri Vida ini memang rangup. Krup krap krup krap saya meratah apa yang dipanggil keropok oleh Dato Seri Vida. Kalau nak tahu bagaimana rangupnya kenalah cuba memasaknya sendiri. Boleh tengok video dalam Instagram Azie Kitchen. Jom layan resepi di bawah ini...


Cempedak Goreng Rangup

Cempedak Goreng Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 senduk tepung beras
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - opsyenal
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.



Celup cempedak atau apa sahaja ke dalam adunan tepung dan goreng. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.





Balik balikkan dan angkat. Tos di atas tisu dapur. Sedia untuk dinikmati.


Cempedak Goreng Rangup



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

23 ulasan for "Cempedak Goreng Rangup"

  1. sedapnya cempedak goreng... aromanya... fuhh... terangkat selera...haha... baru kejap ni penyelia bercakap pasal tu... membantu memudahkan kerja orang lain, maka Allah akan memudahkan juga pekerjaan kita dengan sebaik cara...^_^...

    BalasPadam
  2. cempedak goreng mmg sgt sedap! seronok kalau musim cempedak, dapat makan selalu :)

    BalasPadam
  3. wah belajar dengan dato vida resepi ni. tapi kalau kita ganti goreng pisang jadi je krup krap krup krap ni kan

    BalasPadam
  4. ak azie saya dah try buat nie..tapi bila sejuk sedikit ada au hanyir telur tu...camne nak ilangkan bau hanyir telur tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur, petua nak hilangkan hanyir telur adalah dg buang mata yang berketul putih dalam telur

      Padam
  5. how to get them all int the pan at once?

    BalasPadam
    Balasan
    1. it's not them into the pan..mix them in a bowl until nice blended and sunk buah cempedak into the mixture then put those buah cempedak into hot swimming oil like pisang goreng.

      Padam
  6. Xsabar nak try resepi goreng cempedak ni.

    BalasPadam
  7. hari ni saya nak goreng cempedak.sebab itu lah google resepi, jumpa resepi ni

    BalasPadam
  8. Skg musim cempedak..sy pun cr resepi nk buat minum petang...t.kasih share ye ��

    BalasPadam
  9. kak nak tanya angkat tinggi2 tu mase ngah goreng time nk angkat tu ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selwpas dicelup tepung, angkat tinggi supaya tepung jatuh dalam kuali dan jadi serdak. Jangan lah tinggi sangat, nnt terpercik pula minyak. Tengok video dalam azie kitchen Youtube channel.

      Padam
  10. Hehe saya Bru Nk mencube

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah terima kasih utk resepi pn Azie.. sy br buat ikut resepi.. sy suka sgt.. sy klo buat mmg fail.. dgn resepi ini sy berjaya tq si much😍😍😍

    BalasPadam
  12. air secukupnya tu biasanya sebyk mane..ade 1 cawan tak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuang sikit sikit dan kacau. Tengok kepekatannya yg sesuai

      Padam
  13. Thank you aziekitchen, kak niza guna resepi untuk goreng cempedak

    BalasPadam
  14. Baru try. Kerangupan dengar sampai ke Jepun. ��

    BalasPadam
  15. Petang nie baru nak try buat ..harap menjadi lah ye tq kak azie

    BalasPadam
  16. Kak azie, ambil ISI cempedak atas Sebiji dengan biji dia ?

    BalasPadam
  17. Sedap guna resepi ni ♥️♥️ mcm selalu, sentiasa berjaga2 masak guna resepi dr Azie Kitchen♥️

    BalasPadam
  18. sedap resepi ni. goreng apa pun jd rangup... letak telur tu mmg game changer...

    BalasPadam