Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Kampung Sempoi Tapi Sedap



Nasi Goreng Kampung


Kebelakangan ini dan mungkin sehingga penghujung tahun, saya agak sibuk dan akan sibuk dengan urusan keluarga. Jadi masa untuk mengemaskini blog akan lebih terhad. Namun begitu, anda masih boleh google pelbagai resepi di dalam blog ini. Insya Allah, macam macam resepi mudah telah saya kongsikan. Jika ingin mengetahui perkembangan terkini atau aktiviti saya, boleh follow instagram Azie Kitchen. 



Nasi Goreng Kampung

Hari ini saya cuma nak share, masakan yang cukup sinonim dengan masyarakat kita tak kira pagi siang atau malam iaitu nasi goreng. Nasi goreng ini disediakan sebagai sarapan pagi sementara saya memasak untuk jamuan makan makan di rumah tempoh hari. Sambil menyediakan bahan bahan untuk membuat begedil, saya memasak nasi goreng. Kebetulan ada lebihan nasi putih yang disimpan dalam peti sejuk. 

Kalau hendak memasak nasi goreng, sedap menggunakan nasi yang telah semalaman. Kalau di kampung, dipanggil nasi dingin. Bila memasak nasi goreng, saya tidak terikat pada resepi tetapi akan memasukkan apa sahaja yang tergerak di hati. Lebih lebih lagi bahan yang tersedia dalam peti sejuk. Yang paling saya suka ialah ikan bilis. 

Jom layan resepi mudah yang saya gunakan untuk menyediakan nasi goreng di bawah ini. Jom layaaan...




Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung Sempoi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
2 biji telur
1 mangkuk sayur kobis
1 batang karot - potong dadu
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
1-2 sudu besar cili kisar
Garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak sebelum dimasukkan ikan bilis tumbuk dan tumis lagi seketika.

Masukkan pula karot dan masak sehingga agak lembut. Masukkan pula sayur kobis. Kacau rata.

Ketepikan bahan yang digoreng dan pecahkan telur. Kacau rata telur seketika sehingga ianya separuh masak. Tuang kan nasi putih. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan garam dan sedia untuk dihidangkan. Taburkan daun bawang atau daun sup serta bawang goreng.


Nasi Goreng Kampung


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Nasi Goreng Kampung Sempoi Tapi Sedap"

  1. waa.. feveret nih.. tq sharing. =)

    done follow =)

    BalasPadam
  2. Kalu ada ikan rebus goreng lg sedap ni

    BalasPadam
  3. Buh cili padi tumbuk kasar lg kick nih...😃

    BalasPadam
  4. Buh cili padi tumbuk kasar lg kick nih...😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah nnt nk cuba. Terima kasih atas suggestion

      Padam
  5. Setuju dengan Kartina Ahmad

    BalasPadam
  6. ikan bilis tu kena goreng dulu ke ? ke terus tumbuk ikan bilis ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak goreng dulu. Hanya tumbuk kasar.

      Padam
  7. Bhn yg diketepikn tu nk masukkn bl?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketepikan dalam kuali sahaja. Adakan ruang utk telur. Selepas telur hampir set, gaulskn sekali dengan bahan yg diketepikan.

      Padam
  8. Assalamualaikum kak Azie dari awal saya hingga kini saya banyak cuba resipi akak, alhamdulillah menjadi����

    BalasPadam
  9. Terima kasih kak Azie... Joan dh try byk resepi yg kak Azie bg ni...semua sedap...

    BalasPadam
  10. thanks for sharing kak azie :)

    BalasPadam