Tart Nenas Gebu Gebas Yang Sangat Sedap
Aduh tersenyum saya sorang sorang. Ada juga orang macam ni dalam dunia. Bila buat kek tak menjadi, salahkan resepi, salahkan saya. Yang paling kelakar, minta saya gantikan duit dia yang membeli bahan bahan. Aduhhaai kenapalah begini sekali adat belajar.
Kalau kek buah tu dah pahit, sah sah lah gula nya dah hangit kerana dimasak dengan api kuat. Saya ke yang salah? Mestilah ada sebab bila kek tu tak sedap. Memasak ni kena ikhlas dan tak boleh nak show off. Saya memasak tak ada pun atas kepentingan apa apa. Ada kala, saya pun gagal dalam percubaan memasak saya.
Saya tidak berniaga dan tidak pula charge resepi yang dikongsikan. Apa apa pun saya harap, dia tahu apa yang perlu dia buat selepas ini. OK lah sempena bulan Syawal ini, saya tak mahulah merosakkan amalan Ramadhan saya dengan melayan orang seperti ini.
Syukur Alhamdulillah kerana kita telah berpeluang untuk berada dalam bulan Ramadhan dan semoga kita berjaya menjadikan diri kita seorang bertaqwa yang Allah janjikan penghapusan dosa. Samada kita telah menemui Malam Lailatul Qadr, hanya diri kita yang dapat menilainya. Apakah bisikan kebaikan lebih kuat dari bisikan untuk melakukan kejahatan dalam diri kita. Jika ya, maknanya kita mungkin telah bertemu malam penuh keberkatan itu.
Insya Allah semoga kita dipanjangkan usia untuk menghadapi Ramadhan akan datang dengan usaha yang lebih berlipat ganda. Banyak nikmat dan peluang yang telah Allah kurniakan untuk saya beribadat sepanjang bulan Ramadhan yang telah lalu. Semuanya datang dari Allah bila kesusahan yang dihadapi sebenarnya adalah satu manfaat yang tersembunyi.
Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya sangat gembira kerana berpeluang merasai suasana beraya di Kelantan setelah sekian lama. Namun apa yang saya perhatikan, banyak perubahan yang berlaku dari segi hidangan. Lebih moden.
Kalau kek buah tu dah pahit, sah sah lah gula nya dah hangit kerana dimasak dengan api kuat. Saya ke yang salah? Mestilah ada sebab bila kek tu tak sedap. Memasak ni kena ikhlas dan tak boleh nak show off. Saya memasak tak ada pun atas kepentingan apa apa. Ada kala, saya pun gagal dalam percubaan memasak saya.
Saya tidak berniaga dan tidak pula charge resepi yang dikongsikan. Apa apa pun saya harap, dia tahu apa yang perlu dia buat selepas ini. OK lah sempena bulan Syawal ini, saya tak mahulah merosakkan amalan Ramadhan saya dengan melayan orang seperti ini.
Syukur Alhamdulillah kerana kita telah berpeluang untuk berada dalam bulan Ramadhan dan semoga kita berjaya menjadikan diri kita seorang bertaqwa yang Allah janjikan penghapusan dosa. Samada kita telah menemui Malam Lailatul Qadr, hanya diri kita yang dapat menilainya. Apakah bisikan kebaikan lebih kuat dari bisikan untuk melakukan kejahatan dalam diri kita. Jika ya, maknanya kita mungkin telah bertemu malam penuh keberkatan itu.
Insya Allah semoga kita dipanjangkan usia untuk menghadapi Ramadhan akan datang dengan usaha yang lebih berlipat ganda. Banyak nikmat dan peluang yang telah Allah kurniakan untuk saya beribadat sepanjang bulan Ramadhan yang telah lalu. Semuanya datang dari Allah bila kesusahan yang dihadapi sebenarnya adalah satu manfaat yang tersembunyi.
Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya sangat gembira kerana berpeluang merasai suasana beraya di Kelantan setelah sekian lama. Namun apa yang saya perhatikan, banyak perubahan yang berlaku dari segi hidangan. Lebih moden.
Contoh 2 rumah yang saya kunjungi menghidangkan soto. Sedang untuk perantau seperti saya, pasti yang dicari adalah hidangan Kelantan seperti nasi kapit, nasi dagang atau lain lain makanan Kelantan seperti nisse cair dsb. Namun begitu, saya tetap seronok terutama Nana, Juita dan Aween ikut sekali berhari raya.
Seperti dijanjikan dalam entri inti tart nenas sebelum ini di SINI, kali ini saya ingin kongsikan resepi tart nenas gebu gebas yang kami sediakan untuk hari raya baru baru ini. Inilah resepi baru yang saya pelajari dari Nana. Resepi kawan beliau yang memang setiap tahun menyediakan biskut tart nenas. Boleh lihat juga resepi "keeper" saya iaitu Tart Permata Qaseh di SINI dan SINI. Layan juga video di bawah ini.
Jom layan resepi mudah dan sangat gebu ini. Rugi tak mencubanya tau. Saya perhatikan biskut tart memang laris dan dicari cari. Saya sendiri hanya makan biskut tart berbanding dengan biskut lain.
Jom layan resepi mudah dan sangat gebu ini. Rugi tak mencubanya tau. Saya perhatikan biskut tart memang laris dan dicari cari. Saya sendiri hanya makan biskut tart berbanding dengan biskut lain.
Biskut Tart Nenas
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gm mentega
350 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kuning telur + sedikit air + pewarna kuning - sapuan
Cara cara:
Cara cara:
Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.
Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.
Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
Susun atas redai dan bila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Hi kak Azie.. ooo ada jugak orang jenis macam tu rupanya. Abaikan saja, ye kak. Heran bin ajaib jugak SB jadinya bila dia nak gantirugi ke apa sbb kek tak menjadi..hhrrmmm..alahai manusia..
BalasPadamSB saya pun hairan bin ajaib juga. Ada orang yang macam tu.
PadamSalam kak. Saya nak mintak halal resipi akak untuk saya gunakan buat bisnes ye kak.
Padamcantik nya kejadian tart ni. boleh tak share mcm mana rupa acuan dan mcm mana gulung cantik2 cmni... menusuk kslbu betul tgk hasilnya!
Padamassalam kak zie, alhamdulillah tart nenas resepi dr azie kitchen menjadi.. terima kasih kak zie, mohon halal kan resepi yg kak zie kongsi ya.. semoga Allah berikan kak zie sekeluarga kebaikan d dunia dan akhirat.. aamiiinn.
PadamHi kak boleh i tahu quantity yang diberi itu boleh dapat berapa pieces biskut ya?
PadamAssalamualaikum Kak, Akak ada tak buat video tutorial untuk memasak? Hehehe... terima kasih & selamat hari raya.
BalasPadamAssalamualaikum Kak Zie,...sy dah cuba tart gebu landak kak zie mmg mavelous sedap sgt dan menjadi
BalasPadamWslm. Nak lagi sedap, inti kena buat sendiri.
Padammacam mane intip dye
Padamsya share resepi yer k.azie.nk bt mkn dan jual.tq
PadamMacam2 kerenah manusia ni kan.... sbar je lah
BalasPadamPernah juga tengok komen di fb. Memang ada yang jenis salahkan resepi. Bukan nak kata apalah kan kak. Memasak ni perlu skill juga. Percubaan pertama kadangkala menjadi, bila buat kali ke2. Lain jadinya. �� Pengalaman sendiri.
BalasPadamOoh saya tak pernah pulak perasan ada komen macam tu di fb. Memasak ni perlukan praktis. Ada kala menjadi dan ada masa tak menjadi.
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamsampai juga nak beraya di sini he he heee...dapat pula jamu mata dengan tart nanas yang gebu gebas tu. Selamat hari raya buat Azie sekeluarga, maaf zahir batin.
hai kak azie, selamat hari raya maaf zahir batin..")
BalasPadamsaya nak tanya, tak perlu pukul mentega + gula sampai kembang dulu ke?
Tak perlu. Hanya diramas ramas sahaja
PadamAssalam...slmt hr raye...doakn yg terbaik utk org tu..hati dia bermslh skit tu...nk buat ape2 yg penting niat..sya nk tanye puan..acuan mcmmn guna utk tart tu cantik sgt nmpk..kemas n sama saiz je..sya buat mcm2 bentuk jd gulungnye..hihi..atau ade tips ke nk hasilkn tary gulung yg comei gitu..
BalasPadamSaya guna acuan yang dipicit. Boleh tengok video yang baru saya update
PadamAssalam..kak zie..sy sentiasa follow resepi kak zie..alhamdullilah semua menjadi..paling best nasi briyani pakistan & setiap tahun mesti buat biscuit famous amos atas permintaan mak sy serta adik2...tq kak zie..sy doa kak zie serta sekeluarga dirahmati allah..
BalasPadamSalam kak azie . Bakar tart ni guna api atas bwh ke ? Tingkat 2 sebelum last ?
BalasPadamYa jika resepi tak menyebut secara spesifik, bermakna guna api atas bawah macam biasa
PadamResepi ni x letak telur kuning ke?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalam kak azie nk tanya inti nenas tu brape gram ye?
BalasPadamBuat sebiji agak agak saiz yang disukai. Timbang dan yang lain timbang sama saiz. Saya punya besar sebab utk makan sendiri
PadamAssalamua'laikum kak Azie..sy peminat ketat resepi kak Azie..setiap kali sy ingin buat minum ptg ke..nk buat muffin ataupun biskut tuk hr raya..100% sy akn search blog kak Azie..ini kali pertama sy komen kt ruangan blog kak Azie..rs teruja sgt nk cari resepi tart nenas..sy zuuuuuzzzz terus ke blog kak Azie..setakat ni tdk mengecewakn..alhamdulillah semua yg sy buat semuanye menjadi.berkat resepi dr Kak Azie..tq kak Azie😘😘..excited sgt😄😄😄
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi resipi biskut2 yang memang menjadi.
BalasPadamSalam kak azie.. Boleh tahu kenapa kita masukkan tepung jagung untuk doh tart?
BalasPadamkalau ikutkan entri kak azie sblm ni texture tart yg ni rapuh lagi, untuk tart yg lebih rangup xde tepung jagung resepi boleh follow link tart qaseh tu
PadamAssalamualaikum kak azie.. ada jugak org yg perangai mcm tu.. sepanjang sya guna resepi akak,tk pernah pulak ada silapnya,kdg2 sya rasa mana yg sya perlu tmbh sya tambah sendiri.. terima ksih ye kak atas tunjuk ajar
BalasPadamAssalamualaikum, wah.. Nampak Sedap Tart akak.. Boleh guna tips untuk improve..
BalasPadamhttp://www.mamalyndacookies.com/2017/03/resepi-tart-nenas.html
salam Blogwalking :)
Salam Kak Azie..nk tnya kuning telur+air+pwrna kuning tu untk sapu ke??
BalasPadamWslm. Ya. Arulah cantik sapuannya.
PadamAssalamualaikum. Saya nk minta izin guna resepi ni utk buat bisnes ye kak. halalkan ilmu ni ye kak.
BalasPadamWslm. Saya doakan semoga business maju dan berkembang ya. Aamiin
PadamSalam kak...tq share byk resepi.mintk akk akk halal kn ye stiap resepi yg akk share tu.stkt ni smua mnjadi sdp dn snang.yq kak azie😘
PadamTerima kasih kerna berkongsi resepi tart nenas ni kak...Saya pun kalo raya cari tart nenas jer
BalasPadamAssalammualaikum Kak mintk halal ilmu akk NK,, egt NK ambik resepi ninuntuk niaga
BalasPadamWslm. Saya doakan agar business NK maju dan dimurahkan rezeki. Aamiin.
Padamminta halal juga resepinya ya Kak Azie :)
BalasPadamSilakan share
PadamMasyaAllah ilmu yang berkah. Amiin YRA. Thank you for the recipe
BalasPadamsalam kak , saya juga nak minta izin ambil resepi ni untuk buat bisnez ... minta halal ya kak...
BalasPadamWslm. Semoga berjaya dan maju. Aamiin
PadamAssalamualaikum kak saya nk minta izin ambil resepi ni ye kak,nk buat makan untuk ank2
BalasPadamKak Azie, nak tanye...oven tu tak perlu di panaskan dulu ye (nak buat tart nenas)?
BalasPadamKena panaskan dulu. Semua pun kalau menggunakan oven atau bakar, mesti dipanaskan dulu.
PadamMana nk dptkn acuan tart nenas macam dalam video puan.Tk
BalasPadamYa
BalasPadamMana nk dptkn acuan tart nenas macam dlm video puan?.Tk
BalasPadamKa Azie, tepung gandum dan jagung tak perlu ayak dahulu ke?
BalasPadamSemua kalau guna tepung tepung, kenslah ayak dulu supaya tak berketul
PadamAssalamualaikum kak azie..nak mintak halal resepi tart nenas ni..nak buat kuih raya tahun ni..suke makan tart nenas tapi yang dijual tak sedap..nak cuba buat sendiri tahun ni..
BalasPadamWslm. Insya Allah saya doakan agar agar ianya mnejadi dg sedap. Memang buat sendiri bukan sahaja jimat tetapi lebih sedap
PadamAssalammualaikum..kak azie..sy share ya..mohon dihalalkan ..baru nk mencuba..hihi
BalasPadamAS SALAM KAK AZIE...GUNA TEPUNG RED ROSE BOLEH X
BalasPadamBoleh je.
Padamni kalau buat bentuk bunga pun boleh ke?
BalasPadamAssalamualaikum...Kak azie adunan tart ni take perlu campur telur ke?
BalasPadamWslm. Ikut resepi, sis. Saya juga ada letak video dalam blog.
PadamSalam kak ..sy nk minta izin ..sy amik yer resepi .. Mintak halal .. 😊
BalasPadamMacam mana nk wt inti tart nenas ..pkai jem nenas yg dlm botol kaca ke tu..
BalasPadamAssalamualaikum.. kak nak tanya.. x letak telur dalam doh ke?
BalasPadamSuka resepi dalam blog ni..nak buat tart xde penimbang plak.. Nak bajet sukatan cawan xreti plk.. :)
BalasPadamAssalamualaikum, kak.. Bahan2 diatas aggaran untuk berapa biji yer..
BalasPadamAssalam kak ..sya share yer resepi..mintak halal
BalasPadamSalam kak..saya share yer resepi ni..mintak dihalalkan :)
BalasPadamKak zie pinjam resipi ye. Btw jem nenas tu guana nak buat?
BalasPadamNampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com
BalasPadamsedapnya..jemput singgah blog saya ea.
BalasPadamdirawanhartawan.blogsport.com
Manusia ni mcm2 peel ye pn azie....sya pun pernah kena..buat donut xjadi smp rosak mixer kata sya bg resepi tipu.. redho jelah. Semoga Allah bg hidayah kt org2 mcn ni. Thanks kongsi resepi pn azie.
BalasPadamKak! Kalau boleh ni tahun ke tiga saya buat kuih raya sendiri, terima kasih sebab selalu share pelbagai jenis resipi. Banyak resipi kakak yg kiranya sedap n special! Mama saya cakap tq juga. May Allah bless you kak.
BalasPadamassalam kak , ada yang bagi tips kalau nak rangup letak air sejuk atau ,doh tu letak dlm peti ais .betul ke? ada tak tips nak bagi rangup pastri tu?
BalasPadamResepi ni mmg dah rangup. ikut jer resepi
PadamSaya try buat hari raya bulan lepas, memang menjadi, sebelum ni saya try guna resepi lain tak menjadi, jadi keras dan tak boleh dipicit from acuan, thank you kak azie for your resepi, selalunya resepi kak azie tak pernah menghampakan.
BalasPadamNice
BalasPadamSalam kak Azie..nk tanya..kalau nak buat dlm kuantiti yg byk..cth dlm 180 biji,sukatan bahan2 mcmna ye?boleh bagi tak sukatan bahan2 biskut tart nenas utk 180 biji😅
BalasPadambiasanya saya double kan bahan utk yg kita nak. kalau nak 4 kali, gandakan bahan kepada 4
PadamSedap nyer. Minta halal resepi yer akak. Dah lama tak buat tart nenes.
BalasPadamsaya nak tanya butter apa yg sedap kalau nak guna?
BalasPadamSemua pure butter sedap. Buttercup bukan butter ya
PadamSalam k.azie.. nak guna pure butter jenama ape yea?
PadamSalam k.azie.. nak guna pure butter jenama ape yea?
Padamwslm. jenama apa pun tak apa. Asal pure butter mcm SCS ke
PadamAssalamualaikum kak . tak de buat kelas PJJ untuk kek ke ?
BalasPadamTak ada.
PadamAssalamualaikum Kak Azie.
BalasPadamterima kasih share resepi ni. satu keluarga suka sangat tart ni.
semoga Kak Azie dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan & dipanjangkan umur, aamiin
Salam k.azie... k.Azie org kelantan ke.. utk makluman k.Azie sy sentiasa mengikuti blog k.Azie utk dptkan resipi2 makanan.. mohon halalkan ye.. cuma nak tanya.. k.Azie buat biskut tart nwnas gulung tu dlm brape inci panjang yg k.Azie guna?
BalasPadamWslm. Cookies lagi kecil lagi bagus dan lagi mahal. Sb susah nak buat. Bite size mudah nak makan.
PadamAslmlkm k.azie,,Nk tanya masa nk tekan dalam acuan tu tekan guna jari ka??
PadamTerima kasih kak azie.. Semalam sy ikut resepi kak azie utk buat biskut famous amous, menjadi.. Dapat buat 7bekas kuih.. Hari ni sy nak buat tat nenas gebus ikut resepi kak azie.. Suka sgt2 blog kak azie
BalasPadamTq kak azie..resepi2 kak azie semua sedap..dh bnyk yg sy cuba..alhamdulillah semua menjadi..
BalasPadamkalau tak guna asen vanila xpe kan.. hehe
BalasPadamBoleh jer
PadamAssalamualaikum kak azie..sedapnya tart nenas.. nak try lah nanti.. sy selalu kalau nak cari resepi2 masakan dan nak masak selalu guna rezepi akak.. mintak halal ya kak azi.. tq 😘
PadamHai kak azie. comel je tengok tart nenas tu. boleh tau kat mana beli acuan tart tu? ada jual online ke?
BalasPadamSaya beli di Bagus.
Padamkak azie sy nak try lah...hehe..puas cari yg biskut nenas..semoga berjaya..1st nak try..doakan ye kak azie
BalasPadamkak azie...sy nak cuba buat ye..1st nak try kak azie doakan sy bejaya ye..
BalasPadamnampak mcm senang tp belum try lagi..minta hahal resepi ye sis
BalasPadam-najwafazila-
Salam. Kak Azie, sy peminat akk. Suka sgt bila setiap resepi yg akk siarkan, menjadi. Syarikat mintak akk halalkan smue resepi ye. Thanks a lot & may Allah bless you & family.
BalasPadamwslm. alhamdulillah
PadamTerima kasih kak azie bagi resepi ni.. Mohon halalkan ye kak
BalasPadamSalam..nak ynya..mcm mane nak bulat2 kan jem nenas tu..ade tips x
BalasPadamAssalam Kak Azie. Saya adalah peminat tegar akak. Semua resepi saya ambik dari kak azie memang semua menjadi dengan baik. Musim PKP ni saya mmg jadikan blog akak sebagai panduan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan akak ini. Semoga selalu dilindungi dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
BalasPadamWslm. Aameen. terharu di atas doa buat saya. Saya juga doakan puan dilindungi dan sentiasa dalam rahmat Allah juga.
PadamKak azie..minta halal ye sgla ilmu resepi yg sy cedok dr blog akK..semua menjAdi, ank2 n suami mesti puji berkali2 sdp ..sy bgtau la,sy hnye belek respi di sini je..yg sy yakin mnjadi respi nye
BalasPadamAssalamualaikum kak Azie...saya minta hala dgn resepi yang saya ambil..alhamdullilah resepi akak semua saya cuba semua menjadi ..terbaik..
BalasPadamSalam kak azie sya nak mintak halal ye ...sya nak amk resepi ni buat mniaga...
BalasPadamWslm. Silakan. Semoga dimurahkan rezeki
PadamMohon tiru resepi ye kak zie. Tq
BalasPadam