Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pajeri Nenas Hidangan Pagi Raya


Pajeri Nenas


Bila sebut sahaja pajeri, pasti selera saya akan terbuka dengan serta merta. Yang kenyang pun akan terus jadi lapar. Kuah pajeri yang pekat tu sangat sedap digaul dengan nasi putih panas panas, makan pulak dengan ikan cencaru sumbat dan telur masin. 

Hmm memang kombinasi lauk yang cukup sedap pada saya. Jika sebelum ini saya menggunakan Pajeri Nenas yang tidak menggunakan santan untuk digandingkan dengan nasi minyak di SINI tapi kali ini, saya menggunakan pajeri nenas berempah pula. Sekadar mencari kelainan. 



Pajeri Nenas

Pajeri nenas selain dari pajeri terung, memang lauk kesukaan saya. Jadi saya belajar cara ntuk menyediakannya sehingga ianya kena dengan selera saya. Bak kata Wan Chu membuat pajeri tidak sama dengan membuat kari nenas. Ianya haruslah berempah, pekat dan hanya menggunakan sedikit sahaja santan pekat.

Pajeri saya hari ini, memang terbaik dan sangat sedap. Resepi asal pajeri nenas ini adalah resepi yang saya pelajari dari Kak Halimah, rakan sekerja lebih 25 tahun yang lalu di SINI. Saya olah dengan mengambilkira resepi pajeri terung Wan Chu di SINI. Boleh lihat video yang saya sediakan di bawah ini.




 

Jom layan resepi pajeri nenas yang telah saya ubahsuai dan olah di sana sini bagi disesuaikan dengan citarasa saya sendiri.


Pajeri Nenas

Pajeri Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 biji nenas - potong dan perap dengan sedikit gula
2 paket kecil/50 gram rempah kari daging Babas
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan - 1 plastik kecil
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa
Udang hidup

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Segenggam udang kering

Cara cara:
Nenas diperap dengan sedikit gula dan biarkan seketika. Kemudian dicelur seketika, tos dan ketepikan.






Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.




Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra. Masukkan udang hidup, jika suka. Akhir sekali, masukkan nenas dan sedikit air sehingga agak agak nenas tenggelam sahaja.





Akhir sekali, masukkan nenas dan sedikit air sehingga agak agak nenas tenggelam sahaja. Masak dengan api sederhana sehingga nenas lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Pajeri Nenas




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Pajeri Nenas Hidangan Pagi Raya "

  1. Nampak sedap sgt, In Shaa Allah nk cuba since ni lauk fav husband. Thank you kak for the recipe :)

    BalasPadam
  2. Askum..terima kasih byk2. Blog aka byk ngajar sy masak yg citerasa yg ummmm.

    BalasPadam